Quantcast
Channel: Susun Atur Sioca
Viewing all 60 articles
Browse latest View live

Cara Beli Barang Di Shopee (Step-By-Step)

$
0
0
Assalamualaikum wbt,

Dok Shopee Shopee sana sini. Shopee ni apa sebenarnya? Macamana nak guna?

Meh akak nak cerita sikit pasal Shopee ni ya.

Shopee ni sebenarnya sebuah syarikat mobile market place yang berasal dari Singapura. Dia merupakan spinoff company by Garena iaitu sebuah internet platform provider kat Singapura. Kira macam anak syarikat Garenalah lebih kurang. Kerja utama Garena sebenarnya buat game tapi sejak tahun 2015 dah mula buka e-commerce.

Itulah asal mula tertubuhnya Shopee ni.

Secara asasnya, Shopee ni sama je konsep dengan market place yang lain (Lazada contohnya).

Tapi Shopee ada beberapa kelebihan yang utama antaranya - ada 'jambatan' antara pembeli dan penjual dengan wujudnya butang 'Chat Now' pada setiap produk.

Maknanya, bila kita nak beli sesuatu tu, kita boleh tanya dulu penjual ada ke tak barangnya, bila shippingnya, apa saiznya dan apa-apalah; even nak bargain pun boleh dengan function'Make Offer' yang ada dalam kotak chat tu.

Ada banyak lagilah yang best kat Shopee ni. User friendly pun iya juga. Takmo cerita panjanglah, korang kena try sendiri baru tahu.

Di sini, saya kongsikan langkah bergambar yang lengkap untuk rujukan sesiapa yang nak menghabihkan boreh di sini ;p - mana boleh habih boreh sorang-sorang je hihi

Ni langkah bagi yang menggunakan desktop ya. Kalau guna handphone lebih kurang jugalah. Akak tak rajin la pula nak attach sini version handphone bagai. Pandai-pandai korang explore sendiri ya ;D

Sila baca ikut turutan. Jangan pening-pening, tak faham kalu - boleh tanya.

1. Search http://shopee.com.my/

2. Klik 'Sign Up'.

3. Masukkan maklumat yang diperlukan untuk Sign Up.

4. Klik 'Sign Up'.

5. Masukkan maklumat yang diperlukan untuk Login.

6. Klik 'Login'.

7. Perhatikan dah ada username dan gambar profil anda.

8. Boleh start cari barang nak dibeli.

9. Contohnya nak beli 'Planner 2018'.

10. Boleh filter nak display barang tu ikut apa - contohnya Top Sales.

11. Lagi butang Filter.

12. Cari lori hijau ni kalau nak Free Shipping.

13. Antara yang best di Shopee ni ialah - dapat Coins bila beli barang. 
(dalam contoh ni beli satu Planner dapat 20 coins = 20 sen)

14. Lagi best ialah - dapat Free Shipping untuk belian RM30 ke atas..!! 
(terhad kepada 5 free shipping sahaja setiap bulan) 
Kalau kurang daripada RM30, fee minimum sahaja dikenakan.
(contohnya RM2.30 dalam kes ni)

*Nilai coins dan fee shipping ditentukan oleh Shopee bukan seller*

15. Pilih design produk yang diinginkan dan kuantiti.

16. Lagi yang best ialah butang 'Chat Now- boleh discuss dengan seller sampai puas hati dan proceed beli dengan klik 'Add To Cart' atau 'Buy Now'. 
Add To Cart - untuk yang nak membeli belah lagi. 
Buy Now - kalau dah habis shopping dah.

17. Klik 'View Shop' kalau nak tahu apa lagi yang seller jual.

18. Dah setel pilih barang, klik 'Check Out'.

19. Tekan butang '+' untuk masukkan Delivery Address.

 
20. Masukkan maklumat Delivery Address yang diperlukan.

21. Masukkan juga alamat yang lengkap.
(nombor rumah, nombor jalan, nama taman dan sebagainya)

22. Pilih Payment Method.

23. Semak Total Payment (harga barang + fee shipping) dan klik 'Place Order' sekiranya puas hati.

24. Pilih Bank yang nak digunakan untuk buat bayaran.

25. Klik 'Next'.

26. Semak maklumat transaction dan klik 'Proceed'.

27. Keluar tetingkap Bank, boleh teruskan payment macam biasa (request TAC etc).

28. DONE. Dah boleh tunggu posmen depan pintu dah ;p
Sambil-sambil tu, boleh semak status belian di 'My Purchase'.

29. To Pay - kalau belum buat bayaran. 
To Ship - kalau dah buat bayaran. 
To Receive - kalau seller dah pos. 
Completed - lepas barang selamat diterima. 

Dah dapat barang, jangan lupa klik 'Order Delivered' untuk claimCoins dan seterusnya Rate Seller. Kalau puas hati dengan servis seller, cakaplah seller ni baguih ka, barang cepat sampai ka..apa-apa jelah. 

Rate ni membantu kepercayaan buyer lain untuk membeli dengan seller.  

Bawah ni contoh-contoh Rate yang saya dapat untuk produk Planner 2018. Terima kasih customer iols yang cecomels belaka. ❤







Sekian sahaja perkongsian hari ni. Ada soalan kalu, tanya di ruangan komen. 

Tau saya jawab, taktau saya google. 😉

Kalau nak terus ke Shopee seller tertentu, boleh minta address depa seperti contoh di bawah:


Ok faham ya murid-murid. Ada soalan? ;p

#cikgujadian
#overtimesiapkanentri
#sejeniskegigihan
#misihabihkanborehbersama

 photo footer.png

Sistem Folder Untuk Mudahkan Anak Bawa Buku Ke Sekolah

$
0
0
Assalamualaikum wbt,

Hujung-hujung tahun begini, mulalah mak-mak sibuk uruskan persiapan kembali ke sekolah anak-anak. Bercuti-bercuti jugak tapi preparation nak masuk sekolah pun dah kena fikir. Ni semua sejenis nak masuk fikiran jugaklah ni.

So, here the list yang perlu dipersiapkan ya, terutama untuk mak-mak newbies yang anaknya nak masuk Darjah 1 tahun depan. Rasa macam rama-rama terbang dalam perut? Don't worry, it's normal! ;D

Nah hadamkan sharing daripada mantan emak newbies ni ya. ;P

Senarai ni semua berdasarkan pengalaman emak sendiri je. Mungkin lengkap mungkin tidak ikut sekolah mana yang anda hantar anak-anak anda. Tapi, secara asasnya beginilah yang sepatutnya ada.


Ni asas alat tulis yang perlu ada ya mak-mak. Labelkan nama anak dan kelas.

Dua anak, dua set.

Tiga anak, tiga set.

Selain alat tulis, fail ni juga sangat penting (untuk Darjah 1 ke atas sahaja, tadika tak perlu la). Fail ni berguna untuk memudahkan anak-anak mengurus buku-buku yang nak dibawa ke sekolah. Namakan setiap fail tersebut dengan subjek mata pelajaran.

Labelkan juga nama anak, kelas dan sekolah pada setiap fail.

Dan paling penting labelkan warna-warna pada fail untuk mewakili hari. Contohnya warna putih hari Isnin, pink hari Selasa dan seterusnya.

Lekatkan warna sticker pada jadual untuk mudah dirujuk.

Guna highlighter je untuk warnakan. Versi jimat ;p

So, here it goes fail-fail yang tersusun indah di rak.

Senang sangat guna sistem ni. 

1. Buku terjaga elok, tak rosak/kelepet di hujung penjuru. 
2. Terus ambil fail yang nak dibawa je, buku automatik dah tersedia. 
3. Kurang risiko buku tertinggal. 
4. Senang simpan kertas latihan tambahan, tak bersepah merata.

Dalam setiap fail ada buku teks, buku latihan dan buku tulis.

Kena beli beg yang tingginya 40cm ke atas supaya muat masuk fail.

Kemas.

Kalau ada subjek Pendidikan Seni, selit je drawing block macam tu.

Benda-benda gini nampak je macam senang nak disediakan. Tapi, bila sampai waktunya memang huru hara juga dibuatnya. Nak-nak kalau jenis last minute. Tak ketahuan arah tangan mak ni nak setelkan. Sebab tu, dengar nasihat kakak ni ya, prepare awal..!!

Terutama bab nak cari beg sekolah murah, kasut sekolah murah, baju sekolah murah...ni semua perlukan masa untuk survey. Macam saya hari tu, tak sempat survey dah terjumpa AEON buat sale kasut sekolah sepasang RM15 je. Terus beli 4 pasang. Tak perlu tunggu Year End Sale segala. Memang dah boleh agak berapa jauh sale dia boleh pergi. Macam gitulah emak ayah ni. Selagi boleh jimat kita jimat. Duit tu simpan untuk benda lebih penting.

Bab-bab benda murah ni memang kegemaran kami. So, bila-bila senang saya kongsikan mana nak cari barang-barang sekolah murah ni ya. Sila follow rapat-rapat.

#sejenissusunaturjuga
#susunaturmasuksekolah

 photo footer.png

Lagi Blog Susun Atur Dengan Giveaway Yang Best!!

$
0
0
Assalamualaikum wbt,

Masih sempat! Masih sempat!

Sempat apa tu...??

Sempat joinGiveaway by nurinkhairi...!!

Haha ya ampunnn...sikit lagi nak tamat tau GA ni.

Apa yang best sangat sampai kena join tu?

TENTULAH SEBAB:

1. Hadiah dia BEST!! Iaitu rak besi yang sinonim sangat dengan susun atur. ❤

2. Blog nurinkhairi menyediakan cerita-cerita berkisar susun atur. Tak ke happy hati iols ni membacanya? ;D Susah nak cerita tau dia punya happy. So please uols kongsilah cerita susun atur juga di blog korang ok...pehleaseeeee 👉👈



Cukup menarik kebabo kan rak besi ni? Elegan, lasak dan mudah dipasang. Dan bukan itu sahaja, ada hadiah bekas storan juga untuk dimenangi! Eh best sangat ni!! 👍👍👍

So apa lagi? Sila terjah blog nurin ok!!

http://nurinkhairi.blogspot.my/

Nak join GA? KLIK SINI

Tarikh tutup 10 Dis 2017 tau. Jangan terlepas!


Ps - Selain raga putih yang cantik-menawan-kebabo-ala-ala-Jen-punya-tu, yang menarik hati ni ialah LABEL tu!! Cantiknya tulisan pada label tu dan sangat kemas!! Macam bukan handwriting kan? Nanti iols risik tuan punya dia pakai apa. Hehe mode menyibuk on!! ;D

 photo footer.png

Cara Menjual Di Shopee Malaysia

$
0
0
Assalamualaikum wbt,

Hari tu menghabihkan boreh, sekarang kita menjana boreh pula. ;p

Cara nak membeli di Shopee boleh lihat DI SINI ya. Hari ni kita tengok macamana nak menjual pula di Shopee.

1. Bagi yang belum 'Sign Up', sila KLIK SINI untuk cara Sign Up.
Selepas itu, 'Login' macam biasa dan klik pada 'Seller Centre'. 

2. Akan keluar tetingkap ni, klik 'My Products'.

3. Keluar tetingkap ni pula, klik 'Add a New Product' untuk upload gambar produk.

TIPS: Upload gambar lebih mudah kalau guna PC/laptop berbanding handphone sebab di handphone ada limited size yang boleh upload. Kalau besar sangat nanti dia akan crop.

4. Upload gambar produk dengan menekan butang 'Browse Images'.

5. Boleh upload maksimum 9 gambar dengan klik 'Add More Images'.

TIPS: Kalau nak letak lebih banyak gambar, gunakan apps seperti PhotoGrid yang boleh combine banyak gambar jadi satu gambar. Pastikan pixel gambar cun supaya gambar tak 'pecah'/blur.

6. Masukkan maklumat produk pada bahagian 'Basic Information'.

TIPS: Pilih category yang tepat supaya produk anda terpapar bila orang search. Boleh cuba search produk dengan niche yang sama, tengok diorang letak dalam category apa, pastu tiru.

7. Masukkan maklumat harga dan stok pada 'Price and Inventory'.

TIPS: Jangan terlalu mahal, jangan terlalu murah juga. Di Shopee, customer boleh sort items yang diorang nak mengikut harga. So kalau mahal sangat takut nanti tak ada yang nak beli. 

TIPS: Sediakan FREE GIFT sebagai daya penarik buyer untuk membeli di kedai anda.

8. Kalau ada pilihan design untuk produk tersebut, klik 'Add Variations' dan kalau ada harga borong klik 'Add Price Tier'.

9. Masukkan maklumat 'Shipping'.

TIPS: Masukkan maklumat berat yang tepat ataupun lebihkan sikit supaya tak kena extra caj jika terlebih berat bila dah ambilkira berat pembalut/bubble wrap/packaging.

TIPS: Apply Free Shipping Program di www.shopee.com.my/poslajusignup untuk dapatkan kelebihan FREE POSTAGE sebagai satu lagi daya penarik buyer (ambil masa lebih kurang seminggu atau lebih untuk Shopee approve, so apply awal)

TIPS: Kena ada printer kalau nak join Free Shipping Program
Kenapa? Nanti saya cerita next entry.

10. Pilih 'Yes' untuk Pre-Order kalau produk tidak readystock.

11. Klik 'Save' - DONE

12. Untuk boost iklan kita supaya ramai viewer, klik 'Boost Now'. Iklan kita akan terpapar yang pertama dalam column Latest butang carian.

13. Contoh lepas klik Boost Now, bila kita search produk kita tu (planner2018 contohnya), maka pada column Latest tu iklan kita yang pertama sekali akan terpapar.

14. Selain Boost Now, boleh klik butang Share untuk kongsi iklan di platform yang lain. Di handphone lebih banyak pilihan platform berbanding di PC ni - terhad kepada 5 ketul tu je. 

15. Kalau di handphone, bila klik Share, dia akan keluar listing platform yang selambak tu. Pilih je. Siap boleh Copy Link produk - contohnya;


dan share kepada target market

Nombor yang panjang-panjang kat hujung tu merujuk kepada produk tersebut. 
Kalau link kedai sahaja, cukup sekadar;


So, apa lagi? Boleh share dah iklan kita tu ke serata alam supaya seluruh pelosok dunia tau apa yang kita jual ;D  

Untuk proses mengiklan dan menjual di Shopee, itu sahaja prosesnya. Senang kan! Bolehlah cuba meniaga di Shopee pula ya korang. Sales mantap juga dari sini. Chayokkkk 💪💪 

Nak buat apa bila order dah masuk nanti? Tu next entry ya. 

Penat dah ni mengarang. ;p

 photo footer.png

Cara Pos Barang Melalui Shopee (FREE SHIPPING PROGRAM)

$
0
0
Assalamualaikum wbt,

Seperti yang dijanjikan, entri Shopee diteruskan hari ini.

So, sebelum nak jawab "nak buat apa bila order dah masuk selepas kita iklan dan menjual di Shopee?", izinkan saya berkongsi dahulu perihal Free Shipping Program oleh Shopee ya.

FREE SHIPPING PROGRAM ni adalah satu kolaborasi antara Shopee dan Pos Laju untuk mengajak lebih ramai orang membeli secara online. Program ni bermaksud, sebagai buyer mahupun seller, kedua-dua pihak tidak perlu membayar kos postage apabila berjual-beli di Shopee. Program ni juga dipanggil Pengeposan Poslaju Berkontrak.

Walau bagaimanapun, terdapat terma dan syarat untuk program ini iaitu:

1. Free shipping terhad kepada pembelian RM30 ke atas.

2. Berat parcel terhad kepada 5kg ke bawah untuk Semenanjung dan 1kg ke bawah untuk Sabah Sarawak.

3. Free shipping dibenarkan sehingga 5x pembelian sahaja sebulan untuk satu akaun buyer. Seller takde masalah boleh berapa ramai buyer pun, tetap dapat free postage.

Tetapi dalam kebanyakan keadaan, walaupun terma no 1 tak dapat dipenuhi, contohnya harga Planner 2018 yang saya jual RM20, bila buyer nak beli 1pc je, fee postage tetap akan dikenakan sebab di bawah RM30. Tetapi fee tersebut tidaklah mahal, malah jauh lebih murah daripada pos biasa iaitu sekitar RM1-RM5 sahaja.

Nilai fee ini bergantung kepada berapa yang Shopee tetapkan dan bukan di bawah kuasa seller. Sebab tu, kalau buyer tanya berapa postage untuk 1pc, seller pun taktahu. Buyer yang kena klik sendiri Shipping Option untuk tahu berapa postage yang Shopee kenakan mengikut alamat buyer.

Apa kelebihan program ni?

1. Free shipping la, apa lagi ? ;P

2. Tak perlu bayar apa-apa di kaunter, drop off je parcel.

3. Tak perlu tulis borang Pos Laju lagi, print je.

4. Kalau banyak barang dan berat melebihi had free yang ditetapkan, maka fee akan diadjust secara automatik mengikut berat yang lebih tu. 

Dalam kes yang saya pernah alami, iaitu buyer nak beli planner 130pcs, kos pos jadi RM50++. Nampak mahal tapi sebenarnya nilai tu jauh lebih murah daripada kos pos biasa yang boleh menjangkau lebih RM100. Dah jadi separuh harga je kalau melalui Shopee.

Apa yang berlaku bila dah aktifkan Free Shipping Program?

1. Di bahagian maklumat Shipping tu automatik bertukar kepada Poslaju sahaja (rujuk gambar).

2. Kemaskini berat produk yang dimasukkan supaya tepat dengan mengambilkira packaging.

Apa nak buat SEBELUM apply Free Shipping Program?

1. Kena ada PRINTER. Sebab nak kena print waybill (yang menggantikan borang poslaju tadi tu).

2. Kemaskini maklumat shipping (address seller).

3. Siap-siap timbang berat produk supaya tak exceed berat ditetapkan.

4. Sediakan borang PL9.

Apa itu borang PL9? Kat mana nak dapatkan? Macamana nak isi borang PL9?
Baca bawah ni.



Ok, sekarang menjawab soalan "nak buat apa bila order dah masuk?".

Bila dah iklan, dah share, dah promote...orang pun beli kan. So, apa langkah-langkah seterusnya?

1. Klik 'Seller Centre'.

2. Keluar tetingkap atas ni, klik 'My Sales' yang mengandungi maklumat order yang masuk.

3. Di bahagian 'To ship', tersenarai order-order yang perlu kita proses. 
Macamana nak proses? Klik 'Arrange Shipment'.

4. Ada dua pilihan untuk proses iaitu 'dropoff'atau 'pickup'. Pilih salah satu dan klik 'Confirm'.

TIPS: Pilih dropoff kalau rasa lama nak tunggu posmen datang pickup - contohnya kalau saya dapat order hari Jumaat, saya akan poskan Sabtu/Ahad. Kalau nak tunggu posmen kena tunggu Isnin.

TIPS: Pilih pickup kalau anda ada masalah transport nak ke pejabat pos.

TIPS: Bagi yang tiada pilihan pickup, boleh cuba tanya Shopee kot depa boleh tambah untuk anda. Dia terhad kepada 500 subscribers pertama sebenarnya, tapi bolehlah cuba tanya kot ada rezeki.

5. Selepas pilih shipment, akan keluar tetingkap atas ni yang ada maklumat tracking numberYang best di Shopee ni - seller tak perlu update tracking number pada customer sebab dah auto-generated dalam sistem buyer/seller. So buyer boleh terus cek tracking number diorang dalam Shopee tanpa perlu tanya seller.

TIPS: Walaupun sistem Shopee dah mudahkan untuk cek tracking number, tapi ada juga buyer yang suka bertanya, dah pos ke belum, dah hantar ke belum, so jawablah dengan tabah dan sabar ;p. Bayangkan kita pun as a buyer, mesti tak sabar nak dapat barang yang kita beli kan. Jadi bantu gembirakan customer.

6. Ni langkah-langkah untuk proses waybill. Waybill tu apa? Waybill tu macam consignment notes yang menggantikan borang Poslaju. So tak perlu isi borang lagi, print je. 

7. Klik 'Print Waybill'.

8. Inilah waybill - yang ada maklumat alamat pengirim, alamat penerima, tracking number dan poskod. Ada lagi maklumat lain tapi ni yang pentinglah. Perlu diingat ya, maklumat ni bukan Seller yang isi, ni auto-generated dalam sistem. Maksudnya bila buyer place order, waybill ni akan terus tersedia dan seller tinggal nak print je. Tak perlu key-in apa-apa.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * *
PROSES UNTUK POS:
* * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Print waybill
v
Gunting waybill jadi 4 helai
v
Simpan salinan pengirim
v
Lagi 3 selit dalam pocket parcel
v
Isi borang PL9 dan letak sekali dengan parcel
v
Dropoff di pejabat pos atau arrange pickup
v
SETEL!!

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
AMBILKIRA UNTUK TENTUKAN HARGA BARANG:
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Kertas A4
Ink printer
Bubble wrap
Soletep
Plastik poslaju berpoket
Minyak kereta (kalau dropoff)

Untuk payment pula, duit yang buyer bayar akan dihold oleh Shopee sehinggalah parcel selamat sampai pada buyer. Selepas itu, barulah payment direlease kepada seller. Di peringkat inilah buyer akan klik Order Received, dapat coins dan akan Rate Seller. Lepas tu, as a Seller, kita pun boleh Rate Buyer. Cakaplah buyer tu supportive ke dan sebagainya.

Perlu diingat ya, Shopee akan release payment ke dalam Wallet seller dan bukannya terus ke akaun bank. Ada dua cara untuk withdraw duit tu sama ada secara manual setiap hari dengan klik withdrawal atau buat auto-withdrawal - yang bermaksud duit dari Wallet Shopee akan diauto-tansfer ke akaun bank kita setiap hari Rabu pada setiap minggu.

Ok, setakat tu jelah dulu. Boleh faham? Ada soalan? ;p

Tak faham kalu, kakak buat kelas tuisyenlah nanti haha ;D

#dutashopee
#dutatakberbayar
#kongsipengalaman

Klik untuk baca:

CARA MEMBELI DI SHOPEE MALAYSIA
CARA MENJUAL DI SHOPEE MALAYSIA

 photo footer.png

Pengumuman Pemenang Planner Sioca 2018 GIVEAWAY

$
0
0
Assalamualaikum wbt,

Mohon maaf kelewatan sehari nak umumkan keputusan Giveaway kita. Sibuk apa lagi tuan tanah kedaung ni? Sibuk jual #planner2018 la, apa lagi? ;p

So, pemenang-pemenang GA telah diundi seperti berikut ya.

Pemenang paling pantas join ialah dari blog Dorsett Pink..!! ;D

Pemenang 1: Asyiqin

Pemenang 2: siti rohaida


Pemenang 4: Rfah Hasb

Pemenang 5: Radhia

Pemenang 6: Hani Rahman

Pemenang 7: Syanissa

Pemenang 8: kasihjuju

Pemenang 9: Afiqahinani

Pemenang 10: Hazrina Halim

Hadiah adalah seperti berikut ya:

Pemenang 1 : Bullet Journal
Pemenang 2 : Fixed Planner
Pemenang 3 : A5 Monthly Planner
Pemenang 4 : A4 Monthly Planner
Pemenang 5 - 10 dan paling pantas join : Hadiah Misteri :)

Mohon pemenang yang awesome semua whatsapp saya:

Nama:
Alamat:
No Tel:
Winner ke berapa:

di www.wasap.my/60132068411/Winner+GA+Dis17+SusunAturSioca

TAHNIAH kepada semua pemenang dan TERIMA KASIH kepada yang join!!

Jumpa lagi tahun depan di next Giveawaysss atau Cabaran Bulanannnn ❤

2018...silakan datang!! 💪💪😅

 photo footer.png

Konsep Minimalis Untuk Rumah Bonda

$
0
0
Assalamualaikum wbt,

Hai semua!

Dalam tenggelam dan timbulnya saya, banyak sebenarnya cerita susun atur yang nak dikongsikan. Hanya sahaja masa belum mengizinkan. Malah urusan bisnes juga banyak tertangguh kerana mendahulukan keperluan hakiki yang lain.

Ruang komen telah saya pop-upkan kerana komen pada entri Tutorial Shopee melebihi yang boleh dipaparkan oleh embedded view iaitu lebih 200 komen. E-book Tutorial Shopee juga telah terjual menghampiri 100 unit. Telah tertubuh dua Group Support untuk membantu mereka yang nak memulakan perniagaan di Shopee. Sekadar melakukan mengikut kemampuan dan ilmu yang terbatas.

Rutin harian sekarang lebih berkisar kepada urusan rumahtangga yang tidak lari daripada urusan memasak, mengajar anak, beraktiviti, urusan kain baju dan macam-macam lagi. Hal-hal rumah pun bergerak seiring. Tak termampu nak biarkan rumah tak berorganize. Bab mengemas, menyusun, mengatur, merombak, menyusun kembali, merombak lagi, mengefektifkan sistem...tu semua adalah jiwa!

Bila anak makin bertambah, usia pun makin meningkat, barang di rumah pun tentulah ikut bertambah juga. Ada saja yang nak dibeli, atau yang orang bagi, tak campur buku anak-anak lagi. Kalau tak ada sistem yang menyokong, boleh cacamerba jadinya! Maka, demi nak maintainkan tenaga kerja supaya tak habis kat mengemas rumah je, saya mengaplikasikan sistem kehidupan yang minimalis. Terlalu banyak barang dalam rumah ni saya dah let-go dan hanya yang penting dan betul-betul digunakan sahaja yang tinggal. Lebih mudah, lebih tenang dan lebih praktikal begitu.

Malah, kerana merasakan cukup banyak kebaikan daripada konsep ni, saya telah sebarkan juga 'penyakit' ni kepada mak saya dan rumah beliau. Sempena nak raya hari tu, dalam kegigihan dengan berpuasa, saya make-over rumah mak saya - supaya menjadi minimalis! Mula-mula mak bising "kau semua nak buang," hehe. Tapi, bila tengok hasilnya, mak saya pun dah mula nak let-go aje kerjanya semua barang kat rumah tu. ;p

View asal rumah omak den...macam-macam adooo...

Banyak barang...biasanya emak-emak kita ni sejenis suka simpan barang kan.

Maka kita pun kemas punya kemas, buang punya buang, cat mengecat, angkat sana, angkat sini, sampai kena berurutlah daku lepas tu sebab sakit pinggang ;p maka inilah hasilnya...!!!

v

v

v

v

v

v

v


Tadaaaaaaa.........^_____^

Yeehaaaaa....!!

Perfect view!! Mato den tak lepas tengok hasil ni!! Mato den la, mato awak, den taktau ;p

So, susah ke nak mengemas ni sebenarnya? Idokle susah. Cuma penat je la sikit. Tapi puas hati la.

1. Mula-mula, nak bagi nampak lapang rumah, wajibul wajibul tukar tikar getah tu. Lantai yang cerah akan menampakkan sesebuah rumah tu luas. Kerana tanah rumah mak ni statusnya bakal dijual, maka cukup sekadar kami guna tikar getah dan bukannya tukar tiles ataupun vinyl floor. Tikar getah ni beli satu setengah roll di Cowboy dengan harga RM150++. Murah dan berbaloi.

2. Menukar warna cat dinding adalah tak wajib pun. Tetapi, untuk mendapatkan efek luas dan kemas, bolehlah tukar dan seragamkan warna biar cerah dan bersih. Macam rumah mak saya ni, kami pilih warna biru terang. Warna-warna gelap juga boleh sebab rasa cozy-cozy gitu, tapi akan nampak sempit sikitlah. Kos cat ni semua RM150++. Termasuk cat minyak untuk bahagian papan.

3. Selain lantai dan dinding, langsir sangat-sangat memainkan peranan dalam menampakkan sesebuah rumah itu luas dan kemas. Warna pilihan sudah tentulah yang cerah dan tidak sarat design. Ini pakai langsir lama je, jimat kos.

4. Buang perabot/barang yang besar dan kurang fungsi. Ni paling payah nak buat ni. Kena pujuk sikitlah mak saya. Bagi beliau yakin sikit yang kalau susun elok-elok barang tu semua dalam satu almari pun dah cukup. Tak perlu banyak sangat storage

5. Susun atur apa yang tinggal. Cara menyusun perabot lepas tu juga memainkan peranan. Rujuk gambarlah ya acane saya buat. 



-bersamo omak den-

Kesimpulannya, saya nak sebarkan pula 'penyakit' minimalis ni kat korang semua! Haha! Serius senang bebenau nak mengemas rumah jadinya uii. Senang nak maintain. Senang nak jaga. Senang nak kemas. Senang nak suruh anak-anak kemas. Eh senang belakalah! Jimat pun jimat konsep minimalis ni. 

So, apalagi? Jom minimalis!

 photo footer.png

Kemas Beg Travelling - Part 1

$
0
0
Assalamualaikum wbt,

Gigihnya nak update entri ni. Gambar cantik di telefon suami, suami kena send guna telegram supaya gambar tak pecah, telegramku pula ada jutaan gambar nak kena transfer dulu masuk laptop, sebab tak rajin nak buka satu-satu tengok nak gambar mana, gambar mana, lepas tu nak edit lagi. Eh, punya banyak kerjaan. Should I consider sharing through fb/ig je lepas ni tak? Apa pendapat korang?

Lepas tu, nak tanya ni...apa sudah jadi dengan semangat susun atur korang semua? Sudah ke laut dalamkah? Bila nak timbul semula ni? Hu hu hu... Bagi kakak semangat sikitlah baca cerita korang juga. Walaupun kita semua pembizi tak kenal masa ni. Yang penting kita sama jiwa. ;P

Kakak bukan apa, tiba-tiba semangat ni sebab baru-baru ni ada terbaca sharing di facebook. Ada seseorang ni tau. Dia ada penyakit berkemas jugak koranggg. Hani namanya kalau tak silap. Ya ampun lahhhh, nak terkeluar jantung baca perkongsian-perkongsian dia. Sejenis rajin, pengemas dan kreatif la uiii. Rilek je dia share cerita-cerita dia guna ig, guna fb. Kakak juga yang masih konvensional, setia dan loyal dengan blog ni. Bila nak pandai guna fb/ig lahai. Tapi, memang kagum la dengan Hani tu. Nampak la diri kakak dalam diri dia. Ahahah kau...nak jugekk...

Ok, kita nak share apa sebenarnya ni?

Sebenarnya nak cerita al-kisah cara kakak mengemas beg travelling. Kemas beg jalan. Bila kita nak travel, kita bawak beg kan, beg balik kampung atau nama omputeh dia luggage bag. Hah, beg tulah kakak nak tunjukkan camne cara kemasnya dan susun tiap kali nak travel.

Sebenarnya dah pernah share pun sebelum ni, dalam ENTRI NI. Tapi hidup kan penuh keajaiban. Dulu susun cara lain. La susun cara lain. Apa ada hal. Fleksibellah demi memenuhi keperluan ahli keluarga yang kian bertambah dan juga keluasan perspektif kehidupan seiring umur yang meningkat.

Jadi, sekarang ceritanya ada seorang suami, seorang isteri (ekhem) dan 4 orang anak. Entri lama masa tu anak 3 orang je. Takde beza sangat la, tambah sorang je pun. -.-"

Tapi, beg tu dah guna lain tau. Beg-beg lama semua dah let-go. Semua sekarang nak seragam je. Ala-ala konmari jugalah perangai kakak sekarang ni... Haaaa tau dak apa dia konmari? Kakak pun baru tahu uiii benda ni...nantilah kita siasat ya.

Sekarang marilah kita direct pada gambar untuk cerita hari ini ya.

Basically, hanya beg yang paling besar tu je yang akan digunakan bila travel. Saiz 24". Cukup untuk kegunaan kesemua 6 ahli keluarga untuk maksimum 3 hari 2 malam. Bilangan hari travel tak kisah sangat sebenarnya sebab boleh dobi dan pakai semula.

Tapi, bila nak pergi travel lama atau yang ada swimming pool/laut, maka kami akan gunakan beg yang sederhana tu juga. Saiz 20". Tu untuk swimming gear dan baju backup.

Beg yang paling kecil tu, palinggg jaranggg guna. Saiz 12". Untuk yang ada set mekap, disarankan beli beg comel ni. Sebenarnya ada je benda lain boleh letak dalam ni, tapi dia sama ada; terlalu kecil atau terlalu besar untuk sesetengah barang yang nak dimasukkan dalam tu, jadinya tak digunakan sangat.

Ok, ni masa travel hari tu, ada swimming pool. Jadi guna kedua-dua beg.

Ni beg pertama, yang paling besar, 24". Ada dua bahagian, belah kanan untuk anak-anak, belah kiri untuk mak pak. Cara susun untuk anak-anak macam tu untuk jimat space.

Ni bila kita zoom baju budak. Banyak ni untuk seramai 4 orang. 
Baris bawah - baju malam.
Baris atas - baju jalan.
Baris tengah - tudung dll.

Dulu-dulu je camni, sekarang dah okey...hikhik

Ni bila zoom baju mak pak...minimalis habis ni ;P

Belah mak pak ni saya prefer lipat cara biasa. Gulung-gulung atau dirikan macam kat atas tu tak gemar sebab hasil dia sama je. Malah cara macam ni, masih ada ruang lagi untuk letak tuala, telekung, beg toiletries, beg mekap, beg baju kotor. Ehh muat belakalah, yang penting susun elok-elok.

Beg toiletries dan beg mekap tak nampak sebab dok bawah tuala dan telekung tu.

Yang ni beg saiz sederhana yang optional tadi, 20". Kalau takde aktiviti swimming biasanya tak bawa pun beg ni. Ni contoh yang ada swimming, maka belah kanan tu untuk letak bathrope, swimming gear dan belah kiri untuk baju extra. Ada juga towel kecil dan beg untuk letak baju basah.

Beg baju basah dan towel kecil kalau dikeluarkan nampak ginilah. 
(eh, geram pula tengok tali beg tu terbelit-belit)

So, overall macam inilah cara susun beg 6 ahli keluarga. Beg minnie tu pula isinya buku aktiviti anak-anak, selain keperluan sepersalinan untuk bayi sekiranya termuntah, terpoo dan sebagainya. 

Ni yang orang kata kalau perempuan packing, semua yang "kalau-kalau" ni memema kepakaran dia...;P

Ni di satu hari indah yang lain. Takde aktiviti berenang tapi travel lama dan tempat tu sejuk, jadi selimut pun kita bawa. Kalau setakat balik kampung, memang beg besar seketul tu je.

Optional - beg laptop dan bakul makanan. In case lama travelnya, maka kena bawa lah ni...Bakul ni pemberian Kak Aty suatu ketika dahulu. Masih bertahan dan elok bersih terjaga walaupun dah nak 5 tahun guna. Mekasih Kak Aty 💗

Ni pula sekadar rujukan, kot ada yang nak tahu saiz beg yang ada di pasaran. 

Beg saya saiz 24", 20" dan 12".
Harga RM190 + RM20 postage.

Saya beli beg ni lama dah, November 2016, sekarang dah Julai 2018, alhamdulillah masih elok, malah dah naik flight lebih 3 kali. Tahan lasak setakat ni. Cuma kekurangan dia tak boleh extend zip. Sekarang dah ada yang boleh extend punya, tapi mahal sikit. Takpelah, janji praktikal, mahal sikit pun berbaloi.

Ini kegunaan beg kecil tadi.

Ada tali belakang dia untuk sangkut pada handle beg besar.

Ni di satu hari indah yang lain pula. Kalau nak bawa kasut pun boleh guna beg kecil tu - atau apa-apa barang emergency yang senang nak dicapai.

So, begitulah sedikit sebanyak cara susun travel bag kami. Tak rajin nak bawa beg banyak-banyak, jadi kenalah susun elok-elok dan rajin pergi dobi.

Dulu, memang ada list bila travel. List barang yang perlu dibawa. Hehe. Comel je bila ingat semula. Semua pun nak dilistkan. Lepas tu, mana pakai beg-beg ni, kita pakai box terus. Ya ampunnn...;D;D Sekarang, bukan tak perlu list, tapi semua pun dah masuk otak. Dah hafal. Pengalaman mendewasakan gituuu...List penting juga bila nak ajar anak (atau suami) pula packing nanti. 

Korang susun camne beg-beg ni? Jomlah kongsi jugaaa...

Ps - Lepas ni saya plan nak share pula cara susun dalam beg toiletries dan beg mekap. Ada yang nak dengar takkkk? ^^

 photo footer.png

Kemas Beg Travelling - Part 2

$
0
0
Assalamualaikum wbt,

Rentetan daripada entri Kemas Beg Travelling - Part 1, hari ini  saya kongsikan pula, apa yang saya isi dalam beg toiletries dan beg mekap untuk travelling.

Sebelum tu nak kabor ni, kita nak run balik CABARAN BULANAN tau... ❤❤❤

Misi kita adalah untuk boost semangat dan motivasi susun atur semua orang. Mungkin untuk first run ni kita akan lancarkan tema berkaitan cara urus baju. Boleh guna medium fb dan ig kalau tak ada blog.

Harap dapat jumpa balik la kawan-kawan yang aktif sharing dulu-dulu. Dan jumpa kawan-kawan baru yang se'kepala'. :)

Ok beg toiletries tadi kan. Saya masih guna beg yang sama. Dari dulu beli belum pernah tukar lagi. Dari tahun 2012 lagi beli. Ni semua saya sharing asas travelling dalam negara je. Sama macam Part 1. Kalau pergi overseas, lain pulalah susun aturnya. Contoh kalau pergi negara beriklim sejuk, kena bawa baju sejuk pula dan sebagainya.


Beg ni macam biasalah, kita letak perkakas mandian. Condition beg masih tiptop. Tak jumpa dah beg macam ni. Tebal kain dia. Ni beli kat Cosway harga dalam RM13 je, kalau tak silap.

Ada ruang untuk letak perkakas mandian tadi. Partition macam ni sangat penting supaya barang-barang tu tak bergolek-golek dalam tu. Lepas tu, dia ada penyangkut untuk kita sangkut dalam toilet. Sempurna seadanya!

Ni perkakas mandiannya, macam biasa;
-sabun&syampu
-baby wash
-ubat gigi

Saya memang letak bekas mandian as it is setakat ni. Untuk travel dekat-dekat, tak kisah berat kan. So bawak je seketul-seketul macam tu. Kecuali kalau travel by flight, tu memang kena ambilkira berat. Masa tu, baru kita tukar kepada bekas-bekas mini - yang banyak jual kat Mr DIY atau Daiso.

Produk mandian setakat ni kita usaha sikit-sikitlah beralih ke yang healthy, contohnya free paraben, free SLE, free SLS dll. Mana-mana maklumat yang kita dapat, kita proses dan kita bersedia untuk ubah. 

Learn, unlearn, relearn tu adalah satu proses kehidupan yang membantu manusia untuk tidak jumud kepada sesuatu perkara atau ilmu yang dia telah tahu atau pelajari. Boleh jadi sesuatu perkara itu, adalah sah sehinggalah datang suatu kajian baharu yang lain - untuk memperbaiki kesahihan maklumat tersebut. 

Maka, kita dengan rendah dirinya pun bertabayyun dan mempraktikkan seadanya mengikut pengetahuan tersebut.

Ni pula beg mekap. Banyak kali tukar juga ni. Setakat hari ni, yang nilah paling lama saya pakai. Nama je beg mekap, takde mekap pun.

Yang ada ni je haa;
-deodoren
-minyak wangi
-gincu alami
-serum muka

Semuanya natural dan tiada bahan kimia yang berat atau berbahaya.

Diikuti barisan first aid kit;
-baybie cream (ruam lampin/gatal)
-magnesium oil (sumber mg)
-tumeric cream (selsema/batuk)
-alami saputerapi (nyamuk repellent/gatal/etc)
-extra virgin olive oil (luka)
-essential oil (boost happy mood)

Tapi, ni semua masih kategori optional

Yang palinggg WAJIB dan tak boleh tinggal adalah;

v

v

v

PATI HABBATUSSAUDA!!

Dia works like magically untuk demam repellent. Kalau nak demam telan ni - tak jadi demam. Hah macam tu lah... So kalau tinggal, mak menggelabah kejap la kalau anak mula dedar.

Semua masuk dalam ni, kecuali PHS tadi kena asingkan sebab tu untuk telan.

So, there you go...
beg toiletries-
beg mekap- 
(apa nama lain tah? beg mekap macam tak kena)

Beg dua ketul ni, masuk dalam beg besar, muat terletak.

Macam ginilah rupa dia...

So, tu jelah nak sharing hari ni. Mana yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan.

Korang bawa camne pula beg-beg ni?

Ps - Dalam mood mengarang entri untuk Cabaran Bulanan. Susun atur baju, susun atur mainan, susun atur fail keluarga, semua menerpa sekaligus. Tengok pula slide viva tadi sebab kawan nak pinjam, terus rasa nak run simulation pulak. Ya Allah berkecamukkk sungguhhh... --,

 photo footer.png

Percutian Ke Pulau Pinang

$
0
0
Assalamualaikum wbt,

Hari ni kakak nak kongsi sikit cerita tentang Pulau Pinang sebab ni antara negeri yang kami dah lawati banyak kali dan tak pernah bosan untuk datang lagi. Cuti-cuti Malaysia korang wajib masukkan Pulau Pinang dalam list untuk dijelajah, memang best!


Ibu negeri Pulau Pinang ialah Georgetown. Lebih kurang 3 km dari situ ada bandar Butterworth - bandar yang terbesar di Seberang Perai. Mengikut sejarah, nama asal Butterworth ialah Bagan kemudian ditukar kepada Butterworth sempena nama kolonel British yang berkhidmat masa tu sebagai Gabenor Koloni pada pertengahan abad ke-19.

PERGI PULAU PINANG NAIK APA?

Di Butterworth ada stesen keretapi yang terletak bersebelahan dengan terminal feri dan dikendalikan oleh KTM - iaitu Keretapi Tanah Melayu. Keretapi ni terhubung sampai ke Singapura dan Thailand. So, boleh guna beberapa cara nak ke Pulau Pinang termasuklah naik train;

- kereta
- train
- bas
- flight
- jalan kaki ;p

Kalau guna kereta, dari KL, korang boleh lalu lebuh raya Utara - Selatan untuk ke Butterworth. Ikut teori, 3 jam 30 minit je. Kalau jem, korang congaklah sendiri ;p. Ada jalan alternatif untuk elak jem, iaitu guna laluan Klang - Teluk Intan, tapi lagi jauh jadi 5 jam lebih. Naik train atau ETS pun sama lebih kurang waktu perjalanan, 3 jam lebih. Naik bas lagi lama, 10 jam pun boleh jadi. Jalan kaki janganlah ya, takut sampai nanti tak rasa kaki dah... ;P

Kalau nak jimat masa dan tenaga, korang naik flight jelah paling senang, 1 jam je dah sampai. Guna Traveloka je mudah, sekarang semua hujung jari. Picit picit je fon tu hihi. Perjalanan jadi sekejap dan tak letih kan pilot tolong drivekan ;p. Untuk orang Singapura lagi best sekarang ni katanya tengah ada promotion. Boleh la grab cepat-cepat fly Singapore to Penang with Traveloka!

TEMPAT MENARIK PULAU PINANG

Banyak tempat menarik dan bersejarah kat Pulau Pinang ni. Boleh tengok peta atas tu tadi.

- Jalan Seni
- Taman Botani
- Taman Burung
- Pantai Batu Feringghi
- Lorong Kulit
- Rumah P Ramlee
- Bazar Chowrasta
- Ladang Buah Tropika
- Masjid Kapitan Keling
- dll

Antara yang menariknya ialah Taman Burung. Ni antara fakta menarik tentang Taman Burung ni:

- ditubuhkan sejak tahun 1988
- seluas 5 hektar
- ada lebih 300 spesis burung
- 20 minit dari bandar Butterworth


Koleksi burung ni bukan yang local je, international pun adoo. Ada tanduk burung, burung sunbird, pheasants dan macam-macam lagi. Selain burung, ada juga haiwan seperti buaya estuarine, arapaima iaitu ikan air tawar dari Sungai Amazon di Amerika Selatan, pythons gergasi 18 kaki panjang, kura-kura raksasa berkulit lembut dan lebih daripada 20 monyet daun malu-malu. Seronok tak? Bab parking jangan risau, ada tempat letak kereta percuma.

Ni waktu operasi dan bayaran masuk ke Taman Burung Pulau Pinang.

Selain Taman Burung, ada Ladang Buah Tropika juga untuk dilawati. Tujuan ladang ni untuk memelihara pokok yang jarang didapati dan eksotik, untuk mendidik dan mempromosikan buah-buahan kepada penduduk tempatan serta warga asing dan bertindak sebagai pembangunan pertanian dan pelancongan eko atau agro.


Tempat ni depa tanam semua jenis buah tempatan dan juga buah import sebab terletak di lokasi yang ideal iaitu 700 kaki di atas paras laut. Untuk pokok buah tropika dan sub-tropika ni memang sesuai la. Ada lebih 250 jenis buah. Epal, pic, lai semua pun ada. Buah tempatan lagi la banyakkk...

Dikatakan waktu yang paling sesuai untuk mengunjungi ladang ini ialah pada bulan Mei hingga Ogos. Ada pakej lawatan kalau nak masuk antaranya:

- pakej melawat kebun (RM20 dewasa RM12 kanak-kanak)
- pakej rasa buah (RM7)
- pakej makan buah (RM20)

Waktu operasi 9 pagi - 5 petang setiap hari.

Yang suka makan buah tu, sesuai sangatlah mai sini dapat tengok pokoknya, dapat makan sekali buahnya.

PENGINAPAN

Kalau nak duduk lama kat Butterwoth, boleh cuba Rex Motel di Jalan Terbilang, 15 minit je nak ke Terminal Ferry Butterworth. Bilik-biliknya bersih, selesa, akses Wi-Fi percuma dan parkir percuma. Semua bilik di Rez Motel dilengkapi penyaman udara dan sebuah TV serta kemudahan asas seperti bilik mandi en suite bertab dan water heater. Selain itu, ada restoran 2928 Coffeeshop yang menghidangkan pelbagai pilihan hidangan tempatan yang dimasak dalam bentuk gerai jajaan dan santai.

Selain tu, boleh try Lodge 18. Ni betul-betul di bandar Butterworth. Hotel ni juga menawarkan perkhidmatan Wi-Fi dan tempat letak kereta percuma.

Banyak lagilah hotel, motel, homestay yang korang boleh cari dan booking ikut keselasaan dan keperluan musafir korang. Yang penting, Pulau Pinang memang tempat yang wajib masuk list untuk travel. Kalau dah pergi, lepas tu pergi lagi - pun masih tetap seronok!

Sekian, selamat bercuti!

 photo footer.png

READER SPACES - Tips Urus Baju

$
0
0
Assalamualaikum wbt,

Hai semua! Salam Jumaat!

Hari ni saya nak lancarkan Cabaran Bulanan (Reader Spaces) yang bertahun dah ditinggalkan - dengan tema kali ni;


v

v

v

T.I.P.S

U.R.U.S

B.A.J.U

v

v

v


Kenapa tema baju?

...sebab BAJUlah yang paling senang nampak sepah jika tak diurus dengan baik.

Sistem yang efektif akan membantu untuk selenggara hal ini dengan berkesan. Banyak masa boleh dijimatkan jika kita ada sistem yang baik, malah tenaga juga boleh dijimatkan. So, di sini kita kongsi bersama cara urus baju-baju ni semua, semoga ada manfaat untuk yang lain.

SYARAT:

1. Untuk yang join guna fb/ig sila gunakan hashtag di bawah, senang nak cari nanti.

#SiocaReaderSpaces
#UrusBajuBersamaSioca

2. Untuk blog, boleh letak link di Mister Linky di bawah;



Your name = nama awak
Your URL = link entri bukan link blog ya

3. TAMAT : 31 Ogos 2018

4. HADIAH ekhem rahsia dulu. Nanti saya akan update dari semasa ke semasa di entri ini. Stay tuned ya! Hadiah best punya menanti!! ;);)

 photo footer.png

Sistem Pengurusan Baju - 1 {Intro}

$
0
0
Assalamualaikum wbt,

Hari ni nak mukadimah sikit untuk perkongsian sistem pengurusan baju yang terbaru - cukup kemas, tersusun dan efektif!

Setelah sekian lama menggunakan konsep almari baju; dan tak pernah suka atau terfikir untuk buat konsep open wardrobe sebagai sistem pengurusan baju - saya akhirnya antara rela dan terpaksa (pada ketika itu iaitu sekitar tahun 2016), telah memilih cara open wardrobe untuk mengurus baju bajan di rumah. Open wardrobe ni diletakkan dalam satu bilik khas yang menempatkan segala perkara berkaitan baju di dalamnya.

Dah hampir dua tahun guna sehingga sekarang, i must say that i really LOVE LOVEEE LOVEEEE it to the max! Sistem ni sangat-sangat praktikal, efektif, berkesan, menjimatkan masa, menjimatkan tenaga, senang diselenggara, senang kemas dan banyak kebaikan lagi!

Dulu saya tak suka sistem open wardrobe sebab nampak semak. Sekarang, bila dah guna, baru tahu boleh je nampak kemas kalau betul cara susunnya. Ada bajet lebih, memang saya prefer buat sistem yang sama tapi tambah pintu. Maksudnya open wardrobe tapi boleh ditutup. Tapi, apa yang ada sekarang ni pun dah lebih dari cukup untuk saya urus baju-baju dengan baik.

So, saya kongsikanlah cara ni dengan para suri di luar sana andaikata ada yang pening sokmo nak urus baju-baju ni - yang diketahui merupakan kerja yang tiada berpenghujung. Dengan harapan, banyak masa yang boleh dijimatkan dengan menggunakan sistem ini dan dapatlah ganti dengan 'me time' lebih sikit ;)

👆SISTEM LAMA: 
{konsep almari baju dan sistem lipat}

1. Mula-mula, basuh baju macam biasalah kan. Mesin basuh masa ni letak kat dapur. 

2. Selesai basuh baju, sidai kat luar. Kalau hujan, maraton la kejap nak selamatkan baju. Dapat pula baju belum kering, murung sekejap..

3. Lepas kering, sesi melipat - yang agak emosional nak siapkan --,

4. Setel lipat, simpan ke bahagian baju anak-anak...

5. ...dan ke bahagian baju ibu ayah.

👆SISTEM BARU:
{konsep open wardrobe dan sistem gantung}

1. Basuh baju. Mesin basuh masa ni dah tukar letak kat airwell.

2. Selesai basuh baju, sidai kat airwell juga. Airwell ni panas dan masuk cahaya matahari sebab memang ruang ni nampak langit terus. Tapi kita pasang zink transparent so hujan tak masuk. Hari ni sidai, esok kering. Bau sabun tak perlu risau juga sebab airwell ni ada pintu sliding, so tutup je, tak terhidu dalam rumah.

3. Lepas kering, tiada sesi melipat - terus angkut hanger dengan baju tu sekali ke bilik baju. Setel.

❤❤❤
Nampak tak betapa banyak penjimatan yang berjaya dilakukan; 
baik dari segi masa, tenaga malah ruang pengurusan baju. 
❤❤❤

Tempat asal mesin basuh 2011 - renovasi kawasan ni ada saya kongsikan di ENTRI NI
Sekarang dah letak di airwell, susun aturnya nanti saya kongsikan.

Tempat asal sidai baju - kat luar - guna wall mounted hanging system.

Baju berlonggok masa anak 1-2 orang ok lagi, seronok lipat ala-ala konmari style, masuk 3-4 wahh kemain pening nak hadap...{awal-awal berkongsi cerita susun atur, lipat baju pun boleh jadi entri okeh huhuh}

 
Sistem lama - menggunakan konsep almari dan sistem lipat. Cantik dan tertutup tetapi tidak cukup praktikal bagiku. Rindu dengan almari-almari ni tapi terpaksa let it goooo...Susun atur dalam almari ni semua boleh terjah kat SINI

Before after sistem yang amazingly significantly help with the cloth organization

Konsep dia simple je sebenarnya:



1. KUMPULKAN SETEMPAT

Semua perkara berkaitan baju/pakaian/fabrik diletakkan di dalam satu bilik sahaja. Jika tiada bilik, cukup sekadar menggunakan ruang-ruang yang ada, tapi pastikan ada ruang khas.

2. SISTEM GANTUNG BAJU

Gunakan sistem hang/gantung baju. Sistem lipat hanya untuk kain pelikat/kain batik, cadar, tuala dan beberapa kategori lain yang diketahui tak sesuai digantung. Sistem gantung baju ni adalah kunci kepada penjimatan masa yang sangat-sangat signifikan dalam pengurusan baju. Sebahagian besar masa surirumah banyak dihabiskan untuk melipat baju kan.

3. HADKAN BILANGAN BAJU

Pastikan baju yang 'currently use' tidak terlalu banyak. Kalau boleh hadkan kepada beberapa helai sahaja. Banyak-banyak buat apa kan? Kalau orang tanya kenapa asyik pakai baju sama je, bagitahu la yang rumah kita ada mesin basuh ;p

4. SISIH SECARA BERKALA

Purgingsetiap 6 bulan. Konsep ni sama je mana-mana bahagian rumah. Purginglah bila nak purging pun. Kalau nak buat setahun sekali ke dua tahun sekali ke tak sapa marah aih. Kalau rasa dah semak mata tengok baru nak purging pun bulehhhh...

5. DISIPLIN

Pakai almari ke, pakai open wardrobe ke, pakai sistem hang ke, sistem lipat ke, kalau tak ada dispilin, tak jadi jugakkk... Disiplin ni melibatkan mana ambil, situ letak. Kalau jenis main campak je, adudulah jawabnya...


Sekianlah perkongsian hari ni. 

Ada tak yang gunakan sistem yang sama? 

Gantung-gantung je baju ni semua? 

Atau ada yang masih suka lipat? Walaupun berzaman nak siapkan, tapi hati tetap suka dan cinta dengan proses lipat baju...;p

Saya pun suka sebenarnya lipat baju tapi timing selalu lari dan tempat longgok baju tu jadi aduhai sangat mata ni melihat. Dengan sistem yang ada sekarang ni, saya lipat baju bila nak travel je, sebab kena masuk beg kan. Kalau ada beg yang boleh apply sistem gantung, mungkin masuk muzium dah sistem lipat untuk saya ni ;D

Perkongsian seterusnya nanti saya cerita susun atur terbaru ruang airwell {yang sekarang dah jadi ruang dobi} dan bilik baju.

Stay tuned ya!

Ps - Jangan lupa share Tips Urus Baju gaya anda DI SINI 

 photo footer.png

Sistem Pengurusan Baju - 2 {Ruang Dobi}

$
0
0
Assalamualaikum wbt,

Pehh susah amat ni mahu tarik balik semangat blogging korang tentang susun atur ni ya. Semua blog yang rajin join Cabaran Bulanan dulu pakat menyepi, sesepinya Sioca semasa memulun study itu hari. Ni nak seru balik semangat semua orang ni macam takde harapan je ni..hahah.

Takpelah, kita pelan-pelan kayuhlah ya. Dah tu awak pun dulu sibuk sangat, sekarang turn orang lain pulak tengah sibuk sangat. Rasakan lho! ;P

Walaupun begitu, perkongsian di sini tetap diteruskan; dengan harapan ada manfaat boleh dikongsi bersama. Kalau ikutkan pun, taklah begitu banyak masa terluang dan tak juga rajin nak menaip, tapi blogging ni ada feel dialah. Aura dia sekali datang memanggil-manggil...walaupun trend sekarang dah banyak berubah. Ramai dah beralih ke fb/ig. Sana klik-klik terus baca, sini banyak kerjaan. Tapi kakak tetap prefer bebel kat sini lagi.

Ni kalau dah berjaya baca sampai perenggan ni pun kakak nak ucapkan...syabas!! Tak ramai rajin nak baca panjang-panjang sekarang ni.. --,

Jadi hari ni nak sambunglah cerita tentang airwell kita, rentetan daripada perkongsian Sistem Pengurusan Baju hari tu.

Ini haa sejarah awal airwellku..❤

Al-kisahnya airwell ni asalnya stor yang berlantaikan simen je, kemudian dinaiktaraf dengan memasang tiles dan diubah warna cat dinding lalu menjadilah ia sebuah ruang mini library yang fungsinya lebih kepada ruang aktiviti anak-anak. Impian asal sebenarnya nak jadikan surau. Pakat berjemaah kat situlah kononnya.

Surau - tak jadi. Sebab akhirnya jemaah di masjidlah ya. Kalau di rumah, semua bahagian kita meriahkan dengan ruang tersedia untuk solat. Nak biasakan diri di mana-mana pun boleh solat janji bersih. Lagi pula panas airwell ni, direct cahaya matahari. Kalau waktu zohor kurang sikit je lagi nak jadi oven dah. Azab juga rasanya nak habiskan rakaat-rakaat tersebuttt... ;p

Mini library - tak jadi juga. Sebab yang sama jugalah. Panas berdenting! Kalau pasang kipas ok juga tapi tidak begitu cozy keadaannya. Untuk ruang aktiviti anak-anak, dalam suasana luar yang tak begitu terik memang sesuai, kalau panas terik, berbahang berpeluhlah juga jawabnya. 

So, ruang airwell ni perlu dimakeover semulalah supaya ada fungsinya kat rumah ni - supaya efektif semestinya! 

Fikir-punya-fikir-punya-fikir

...punya-fikir-punya-fikir

...punya-fikir-punya

...fikir-

...datang idea nak jadikan RUANG MENDOBI...!! 

Alasannya seperti yang dah dijelaskan di ENTRI sebelum ni;

- jimat masa

- jimat tenaga

- lebih praktikal 

untuk dijadikan ruang mendobi.

Lagipun panas kan, sesuai sangatlah - dah kita pun memang nak keringkan baju. 

Konsep dia adalah sekalikan tempat; membasuh situ, sidai pun situ. 

Proses makeover pun bermula...^^,

Cat kita tukar balik kepada - warna asal. Konsep minimalis ni warna apa lagi, putih la paling sesuai dan evergreen. Semua bahagian rumah ni pun sebenarnya sudahpun ditukarkan warna catnya kepada warna asal. Dah taknak tukar lagi rasanya. Penat uii mengecat...

TIPS sikit ya; untuk mengecat, silalah rajinkan diri buat border macam kat atas tu dulu 👆. Teramat-amat mudah proses mengecat jadinya bila dah ada border. Buat sorang-sorang semua pun takde hal punya. Border pakai berus ya, siap-siap bawa bekas kecil berisi cat dan kain lembap naik tangga, supaya tak perlu naik turun banyak kali. Kain lembap tadi prepare untuk lap tangan dan kawasan yang dicat kalau ada cacat cela. Selesai border, boleh guna roller dengan senang hati untuk baki tempat yang lain tu.

Sebelum makeover cat, kita tambah wiring sikit {untuk power supply mesin basuh + ironing} dan piping {untuk air masuk dan keluar}. Tu dalam gambar tu 👆 nampak paip putih kat lantai tu air mesin basuh keluar. Lubang air tu memang sedia ada, sebab memang asalnya air hujan boleh masuk, jadi laluan air hujanlah - akan ke longkang terus.

Untuk memudahkan kontraktor tahu mana kita nak letak paip air dan suis elektrik, gunakan soletep kertas untuk tandakan.

Ni suis untuk ironing, tapi akhirnya ironing system kita letak di BILIK BAJU, jadi suis ni gunanya untuk letak stand fan sekiranya hari hujan dan baju perlukan lebih pengeringan.

Kejadian selepas makeover ^____^ 

Ini je gambar yang ada haha. 

Masa ni takde masa nak update blog kan, jadi mana ambil gambar sangat. Ni masa anak tengah sidai baju kita snap. Bolehlah nak bayangkan keadaan airwell masa tu kan.

Gambar atas - keadaan background masih lapang.
Gambar bawah - yang lapang tadi telah mula diaktifkan menjadi ruang MINI STOR.

Mini stor bukan letak apa sangat, adalah tong-tong cat dan beberapa kotak ni 👆 - baju yang jarang pakai macam baju berpantang, baju mengandung...ateee kakak bukan mengandung hari-hari iya dok? Letak sinilah sesuai ;P

...jeng jengg jengggg...

 ^____^

Apa uols rasa kakak nak buat dengan bekas-bekas ni?

v

v

v

v

v

v

v

Taraaaaaa... ^_______^

Sejenis nak semua seragam, jadi kakak tukarlah bekas-bekas tu jadi sama. Jangan cakap kakak membazir pula ya, sebab bekas lama tu bukan buang pun, kakak jual, dapat duit, beli baru. Bijok tak kakak? heheh

TIPS lagi ya, bekas-bekas merah seragam ni dibeli di Tesco dalam RM20++ satu. Tapi, bila dah beli, jumpa pula lagi murah kat Econsave RM18 je gitu... Aduh geram teramatnyaaalahhhh...dahlah kualiti yang Econsave tu nampak lagi padu! Jadi jika korang nak beli, silalah terjah Econsave dulu ya. Kalau kat Melaka ni, boleh tengok juga di Madam's King. Tu pun ok harga dia bila ada Mega Sale.

Ni waktu tak berapa nak tersusun...patut bekas merah tu susun empat-empat. Kerusi hijau kuning tu pula kerjaan anakanda la tu; ditukar-tukarnya. Sebenarnya kat gambar ni nak tunjuk suis elektrik dan water supply untuk mesin basuh...tu yang saya kata tambah kemudian.


Setakat ni airwell ni berfungsi sebagai ruang mendobilah. I LOVE IT SO MUCH sebab senang hai tak perlu berkejaran selamatkan baju kalau hujan, boleh sidai bila-bila nak, contoh basuh malam - haa sidai terus, dalam rumah kan...Lepas tu, tak perlu nak sarung tudung kalau nak menyidai...haha

Tengok before after tu saja 👆 dah boleh bayang keterujaan kakak kan? ^___^

Jangan risau bab bau sabun. Seperti yang telah diberitahu, airwell ni ada pintu sliding, lepas sidai tutup je pintu tu. Takde bau sabun masuk rumah pun. Lagi pula sekarang banyak sabun yang natural - sumber alami. Worry not okay ;)

Cerita lama airwell KAT SINI ya...❤

Secara asasnya, di airwell inilah 'the never ending job' itu berlangsung;

Basuh di mesin basuh-
sidai di ampaian guna hanger-
keringkan semalaman-
angkut hanger tu ke bilik baju-
Selesai!

dan...

R.E.P.E.A.T..!! ;D

Lipat tak tersenarai sebab bila perlu je baru lipat, contoh kalau ada kain batik ke, kain pelikat ke, tuala ke, tu kena lipatlah. Tapi adudu senang bangat kalau lipat benda-benda gitu. Macam tak melipat pun...>.<


Tapi, tapi, walaupun nampak senang {memang senanglah pun kerja-kerja membasuh sekarang} ada juga beberapa teknik yang saya apply untuk LEBIH memudahkan lagi kerja-kerja tersebut. Haha. Memang tak kasi can, efektif habis ini sistem..!!

So next kita kongsi pulalah cara dan teknik tersebut. Haaa...nantikannnn...

Ps - Kuseru semua otai susun atur sila kongsikan tips urus baju korang. Yang sering berkongsi cerita dengan Sioca dulu, please-please make comeback laa 🙏🙏

Pps - Dan harap bersabar juga menunggu entri BILIK BAJU ya ^^,

 photo footer.png

Sistem Pengurusan Baju - 3 {Sistem Mendobi}

$
0
0
Assalamualaikum wbt,

Mari menyambung cerita pengurusan baju.

Jadinya, beza ke cara basuh baju ada ruang dobi dengan takde ruang dobi ni?

Basuh sama jugakkk - pakai mesin basuh. Cuman caranya setelah itu beda dikit ;P

Recall ruang dobi...


Jadi, begini ya proses mendobiku;

1. Baju kotor diterbalikkan terlebih dahulu kepada keadaan asal sebelum masuk bakul baju kotor. Ada dua bakul; satu untuk anak, satu untuk ibu bapa {tujuan diterbalikkan supaya senang bila nak pakai tak perlu terbalikkan lagi}.

2. Basuh baju ikut kategori dan jangan campur. Contohnya basuh baju budak sahaja, atau dewasa sahaja, atau tuala sahaja dan lain-lain. Satu kategori sekali basuh {tujuannya supaya senang nak sidai, senang nak angkut bila kering dan lebih bersih sebab tak campur saiz besar dan kecil}.

3. Selepas basuh, sidai ikut kategori. Tadi kategori jenis baju nak basuh. Sekarang perincian kepada kategori baju tu pula. Sebagai contoh, baju budak ada baju malam, baju siang, baju sekolah, seluar kecil, serkup kepala, stokin dan sebagainya. Yang inilah yang perlu diasingkan - gunakan bakul untuk tujuan ni {kelebihan langkah ni adalah untuk memudahkan proses nak sidai dan angkut masuk bilik baju}. Dan sidainya guna hanger ya...

4. Dah kering, angkut masuk bilik baju. Jika ada yang kena lipat, lipat terus di situ - sambil diri je lipat, kemudian angkut masuk bilik baju. 

5. Setel.

Bakul-bakul yang sedia berkhidmat...beli murah-murah di Cowboy Melaka RM3 kot tak ingat dah...

Ni baju lepas basuh. Masa nak keluarkan daripada mesin basuh, siap-siap asingkan baju tu ikut kategori tadi - dalam kes ni baju dewasa, jadi ada kategori baju labuh {jubah/seluar}, baju pendek {t-shirts/kemeja} dan kain-kain {yang tak gunakan hanger}. Jadi bila sidai tu takdelah panjang pendek kat ampaian tu. Nak angkut nanti pun senang.

Proses ni nampak renyah tapi berbaloi. 

*tu terlepas satu baju tak terbalik {warna hijau}, masa sidai ni kena la terbalikkan.

Mula menyidai...

Jarak kena sama...jangan risau rapat gini...tak bau pun dan memang kering.

Hanger hitam seragam. Beli macam ni sebab muroh...

Ada kain-kain kita selit di ampaian kosong...

Ni hari membasuh baju anak-anak pula...hanger kecil pula digunakan kali ni.

Sidai-sidai-sidai...{dulu terapi mata tengok baju berlipat, sekarang baju bersidai ;p}

Haa tudiaaa...kalau lambat basuh camnilah jadinya. Penuh! 
Tapi worry not, memang kering! Kalau on kipas lagi laju keringnya.

Guna ruang ampaian bawah untuk maximise ruang sidai...

Ni masa nak prepare baju baby, lepas beli harus ambil gambar dulu...

...baru basuh ;p

Seronok ke idok sistem ni? Hanger je semua, dah kering angkut terus masuk bilik baju, senang amat... ^____^

Kerana ruang terhad, napkin kita tak boleh sidai lebar-lebar. Jadi, ikat gini je.
Tetap kering walaupun tak 'rangup' ;p

Hari membasuh telekung dan sejadah...

Yang ni boleh susun lebar camni, nak ikat macam napkin mustahil pulak kan ;P

i loikeeee ^_______^

Tuala pulakkkk....

Lagi gamborrrr...jangan kamu muntah kerana tuan tanah suka tengokkk...haha ;P

Cadar, comforter, alas tilam semua pun boleh sidai sini...janji asingkan dengan baju lain bila basuh. Kalau tak, nanti tak cukup ruang nak sidai.

Macam ni haa, memang kering....👍

Kain lap, alas meja makan semua pun kita ada jadual basuh...

Itulah sedikit sebanyak tips membasuh dan menyidai cara saya. Cara ni orang nampak macam complicated. Tapi, saya suka sebab memudahkan kerja. 

Contohnya asingkan baju lepas basuh tu, kalau ikutkan boleh je keluarkan selambak masuk satu bakul baru sidai. Tapi bagi saya susah cara tu, susah nak sidai, susah nak asing ikut kategori masa angkut nanti...dan macam-macam lagi la.

Macam orang Jepun la, siap-siap buka kasut terbalikkan sebelum masuk rumah. Supaya bila nak keluar sarung terus. Ada proses kena tambah sikit la untuk memudahkan kerja juga akhirnya.


Lagi satu, bila kita ada sistem mendobi yang efektif, anak-anak pun mudah nak tolong sidai. Bukan nak dera, tapi memang kerja-kerja rumah kami buat bersama. Diorang pun seronok, berlumba siapa siap dulu. Tapi, datang taknak buat tu, taknak juga. Kita pelan-pelan la ajar. 

Boleh kongsi cara basuh dan sidai uols pula? 

 photo footer.png

Azam 2019 Blog #susunatursioca

$
0
0
Assalamualaikum wbt,

Dah nak masuk 2019 dah kan? Dah ready ke korang semua nak masuk tahun baru ni? :)

Diam tak diam, dah nak masuk 7 tahun blog ni bersiaran. Meh recap sikit perjalanan dia...

2011:
Tarikh kelahiran blog ni adalah pada 27 Disember 2011.

Organizing Makes Me Smile :) merupakan entri paling pertama yang meletakkan gambar inspirasi dari blog Jen iheartorganizing. Masih berdarah hidung kalau tengok skillorganizing beliau. Sentiasa mengagumkan.

2012:
Tahun 2012 dah mula menulis cerita susun atur sendiri. Awal-awal ni masih belum banyak entri pun sebab sibuk berpindah randah dan sambung belajar. 

Rekabentuk Kabinet Dapur Yang Praktikal merupakan antara entri yang berjaya ditulis dan mendapat paling banyak sambutan masa tu. 

2013:
Dan kemudian BAM!! Meledak pada tahun 2013 dengan begitu banyakkkk entri susun atur terhasil seperti idea DIY, label, balut kotak dan macam-macam lagilah. Rasa macam tahun-tahun yang gemilang gitu...;D Masa ni juga saya mula buat Cabaran Bulanan dan ramaiiiiii pembaca turut berkongsi cerita susun atur mereka...;))

Ruang Tamu Saya Yang Kos Rendah ni adalah antara entri yang saya tulis tahun ni dan mendapat hit paling tinggi melebihi 250,000 view dan terus bertambah sehingga sekarang.

2014:
Malangnya, masuk tahun 2014, momentum menulis mula slow kerana saya makin sibuk dengan urusan PhD. Entri pun dah tak sebanyak dan semeriah tahun 2013.

Pasang Awning Tepi Rumah
Pasang Awning Tepi Rumah merupakan entri paling hit masa tu.

2015:
Dan momentum tersebut semakin menjunam dan bermulalah tahun-tahun sepi blog ini ;(( Masa ni struggle sangat-sangat nak pulun PhD. Tak semua orang diberi kemudahan nak siapkan PhD dan untuk saya; the struggle is R.E.A.L..!!

Itu yang Sinki Berapa Bowl Yang Efektif? hanya tinggal soalan dan dijawab hanya selepas DUA tahun berikutnya...huhu

2016:
 Dan kemudian kesepian total pun berlaku pada tahun 2016. Momentum ZERO. Entri ZERO

Betul-betul menghadap PhD secara face-to-face...

dia serang-kita lawan,
dia hunus-kita tepis,
dia tekan-kita bangkit.

Satu battle yang dahsyat, dengan segenap tenaga digunakan untuk beroleh kemenangan. Bring it onnn...!! ...macam gitulah lebih kurangnya...

Perit; namun telah berlalu... 
Pedih; namun penuh pelajaran... 

Di titik kehidupan yang paling rendah itu, yang terlihat di mata ini hanyalah keagungan Tuhan dengan segenap ketinggian dan keluasan ilmuNya. Maha Baik Dia dan Maha Kuasa Dia atas segala sesuatu. Jika Dia Berkehendak kejayaan itu milikmu, maka seperit manapun dan semustahil manapun jalan yang ditempuh, akhirnya akan muncul juga sinar bahagia yang tak terduga-duga...❤

2017:
Dan setelah itu, PhD pun selesai {alhamdulillah} dan bermulalah percubaan membuat comeback di sini...;P Walaupun rentaknya sudah tak sama, namun usaha tetap diteruskan. Kebanyakan entri masa ni berkisar penambahbaikan kabinet dapur. Ada sikit-sikit je entri susun atur diselitkan. 

Malah, entri paling hit tahun tu pun bukan berkaitan susun atur tapi entri Cara Pos Barang Melalui Shopee (FREE SHIPPING PROGRAM).  

2018:
Percubaan untuk konsisten menulis diteruskan. Banyak entri berkaitan baju pula masa ni.

Sistem Pengurusan Baju 3 - {Sistem Mendobi} merupakan entri paling hit malah siap buat Cabaran Bulanan tapi nan hado yang join ahahahaa...macam awal-awal dulu buat Cabaran Bulanan dah gayanya...;P;P

2019?

Tahun ni semangat dia lain macam sikit. Mungkin sebab dah terlalu rindu nak menulis dan berkongsi. Mungkin juga sebab nak cari semula semangat berorganizing melalui blog.

So, untuk tahun 2019 ni kita cuba rangka beberapa projek susun atur di mana ia bakal disesuaikan dengan tema berikut:

❤ Bagaimana nak meMINIMALISkan rumah?

❤ Bagaimana nak ada rumah yang senang senanggg senangggggg banget dimaintain?

❤ Bagaimana nak jimatkan masa untuk mengurus rumah {mengemas, membasuh, membersih yang tak berhabisan tu}?

❤ Bagaimana nak ada rumah yang cukup selesa tanpa perlukan bajet yang besar?

❤ Malah, bagaimana nak berkompromi dengan jiwa-jiwa yang hidup dalam rumah tersebut tetapi belum faham tentang susun atur? {emak-emak, kita cuba sama-sama ya ;)}

INGAT, susun atur bukan sekadar cerita house, walls and beams; TAPI juga tentang HOME, LOVE and DREAMS. :)

#cabaranbulanansioca
#4monthstoRAMADAN

Jom join journey hakak ni? 

Bagi yang takde blog, boleh guna platform facebookgroup di bawah ni {dia nak buat group jugekkk...;P} 


Tujuan fb group adalah untuk memudahkan reader blog ni share entri Cabaran Bulanan. Semoga dapat dimanfaatkanlah kelak hendaknya.

So, berbalik kepada tahun 2019 yang bakal tiba dan bakal menghidangkan sambungan siri ujian dan pelajaran kehidupan yang rasanya bukan calang-calang hebatnya, semoga kita semua akan terus kuat untuk menghadapinya dan semoga kita semua akan beroleh kejayaan.

Kerana pada penambahan hari, detik dan tahun itu sebenarnya tidak lain hanyalah menunjukkan bahawa akhir hidup ini makin dekat. Tidak cukup kita hanya risau akan perkara yang bakal berlaku pada masa hadapan, sedangkan kita lupa untuk bertindak mengikut apa yang kita boleh pada MASA KINI. 

Maka marilah kita hadapi tahun ini dengan penuh gagah dan berani...serta tawakkal yang menggunung di hati...dengan lafaz bismillahitawakkaltu'alallah kita melangkah... ❤

Jom berkobar dan seram bersama-sama? ^____^

 photo footer.png

{Sticky Post} Cabaran Bulan Jan 2019 :: SOHO

$
0
0
Assalamualaikum wbt/Hi,

Cabaran Bulanan yang pertama untuk tahun 2019 ni akan dimulakan dengan RUANG KERJA/BELAJAR atau SOHO {small office home office} kerana kalau dapur tu 'jantung' rumah, SOHO ni pula master mindnya iaitu 'otak'. ^^

Ruang ni basically berfungsi sebagai ONE-STOP-CENTRE untuk storan segala macam berkaitan kerja atau belajar seperti buku/alat tulis/album gambar/komputer/printer/etc.

OBJEKTIF yang ingin dicapai dalam Cabaran Bulanan ni ialah:

1. Melancarkan kerja-kerja planninguntuk urusan-urusan rumah {seperti susun atur/membersih/mengemas/membasuh/memasak/merancang belanjawan/etc}.

2. Menaikkan semangat membaca dengan sistem susun atur buku yang efektif.

3. Memudahkan kerja-kerja perniagaan bagi working-at-home-mom, supaya lebih teratur dan mudah dikawal-selia.

4. Melancarkan urusan persekolahan atau homeschooling bagi ibu-ibu yang mempunyai anak-anak bersekolah {7-12 tahun}.

5. Membantu anak-anak berdisiplin dalam menjaga barangan mereka.

6. Memudahkan para isteri nak jawab bila suami tanya, "yangg, ni kat mana...?" ^^

7.Menjimatkan masa mencari dokumen penting untuk diselamatkan sekiranya berlaku sesuatu yang tak diingini.

Ruang ini kalau takde sistem susun atur yang efektif, maka akan mudah dilanda 'taufan' ;P So, kita akan fikir bersama-sama cara terbaik mengatasinya ya! ^^


CARA MENYERTAI {blog}:
1. Buat entri susun atur ruang SOHO di blog anda.
2. Masukkan entri tersebut dengan menekan butang 'Add Your Link' di bawah.
3. Pilih fb dan masukkan url (url entri}, caption {tajuk entri}, dan e-mail.
4. Pilih gambar thumbnail yang ingin dipaparkan.
5. Klik I agree dan Save.
6. Done!

CARA MENYERTAI {fb group}:
1. Upload cerita susun atur ruang SOHO di fb group.
2. Letakkan hashtag  #CabaranJan2019SiocaKemasSOHO dalam sharing anda.
2. Done!

TARIKH TUTUP:
31 Jan 2019

HADIAH:
1 unit DYMO Label Maker😍
...dan hadiah-hadiah saguhati yang berkaitan ruang SOHO 😍

#bolehhantarentrilama
#bolehhantarbanyakentri

So, apa tunggu lagi? Jom-jommm-jommmm mengemassss...!! 💪💪😍

Inlinkz Link Party


 photo footer.png

Susun Atur Back To School 2019

$
0
0
Assalamualaikum wbt/Hi,


Sempena anak-anak dah masuk sekolah ni, saya nak kongsikan sedikit cara saya mengurus susun atur back to school anak-anak. Terutama sekali buku-buku yang berdozen tu, supaya dapat menjimatkan masa mengemas beg sekolah setiap hari.

Macam biasa, kita tengok dulu sejarah di sebalik sistem ni...;)

 2016
Pada tahun 2016, saya menggunakan kaedah tampal STIKER HARI pada buku sekolah - yang ada stiker hari Isnin, hari Selasa semua tu. Cara ni bagusss...tapi tak cukup efektif sebab buku mudah bersepah dan mengambil masa nak ambil satu-satu buku masuk ke dalam beg.

Maka pada tahun 2017, saya ubah kepada sistem FAIL SUBJEK. Satu subjek = satu fail; di mana SEMUA buku dan kertas aktiviti berkaitan subjek tu akan diletakkan dalam satu fail sahaja. STIKER HARI tetap dikekalkan dan masa ni saya DIY stiker tu guna color-coded-system. Konsepnya sama seperti sebelum ni, bezanya kali ni terus ambil fail subjek masuk beg...JIMAT MASA!!

Pada tahun 2018, dua anak mula sekolah {sebab tu ada fail pink dan biru}, sistem FAIL SUBJEK masih dikekalkan dan STIKER HARI telah ditambahbaik dari color-coded-system kepada turut ditulis nama hari tersebut.

Untuk tahun 2019, masih menggunakan cara yang sama {FAIL SUBJEK & STIKER HARI} cuma disebabkan saya dalam proses mengemas SOHO, so letak luar dulu fail-fail ni.

Supaya tidak bersepah, saya kumpulkan setempat macam ni...

...menggunakan kotak mochi sebagai temporary storage...{ada banyak kotak ni sebab ana saudagar mochi lah ;P}

 Ni kotak untuk anak pertamo...

anak keduo...

dan anak ketigo...

Selesai mengumpulkan bahan keperluan setempat, masa untuk melabel buku-buku pula. Ada beberapa kaedah boleh digunakan, yang pertama guna kertas stiker seperti tahun 2017

Kedua, guna set stiker seperti tahun 2018. Set ni lengkap, semua jenis stiker ada; stiker alat tulis, stiker botol air, stiker buku, stiker fail subjek, stiker hari, no contact parent dll.

Ni contoh stiker fail subjek.

 Saya tampalkan pada semua fail...

...boleh guna button file atau fail berzip ikut suka.

Lepas dapat jadual, baru lekatkan STIKER HARI pula.

Dah setel fail subjek, nak label buku, kasut dan baju sekolah pula. Kali ni guna cara melabel yang ketiga iaitu label maker yang boleh cop kertas dan juga FABRIK..!! ❤

Label maker ni kena slot in satu-satu huruf, leceh sikit tapi sangat MENJIMATKAN terutama bagi yang anak ramai, boleh guna satu ni je untuk cop semua nama...

 ...rasa macam CSI pulok tengah investigate kes ;p

 Bagi budak-budak buat...

 ...sampai siap dicop!! ^____^

1. Penyepit huruf
2. Ribbon putih
3. Keyboard
4. Label maker

Ribbon putih kat no.2 tu gunanya kalau nak cop nama pada kasut hitam camni. Cop pada ribbon dan lepas tu iron supaya dia melekat.

 Kalau pada fabrik selain hitam, boleh terus cop tak perlu guna ribbon putih.

 Label botol air guna cara 1 dan 2...

 Label beg sekolah dan beg bekal guna cara 3 tapi belum buat lagi heheh

 
Yang penting pastikan semua cukup dalam beg.

Selesai beg sekolah, kemas baju-baju sekolah pula. Baju-baju semua saya gantungkan setempat di bilik baju termasuk baju sekolah. Untuk baju yang dah pakai, gantungkan di airwelluntuk pengudaraan. Saya dah sangat-sangat kurang melipat baju sekarang ni, minimalis ok minimalis - jangan lupa tu tema 2019 ^^, 

Untuk anak tudung, stokin dan yang kecil-kecil tu letak dalam kotak ni. Yang dah pakai, letak di airwell dengan baju tadi. Kotak ni semua tunggu masa nak pakai 'baju' je. Tunggu kerajinan tuan dia ;P

So, setel beg sekolah, setel baju sekolah. 

Basically begitu jelah saya susun keperluan anak kembali ke sekolah. Kiranya nak pergi sekolah ada dua tempat nak dituju;

1. Hanger baju sekolah {pakai baju}.
2. Kotak beg sekolah {ambil beg}.

Balik sekolah, letak beg di kotak, gantung baju di airwell. Bekal perlu dibasuh dan siapkan beg sekolah untuk esok pula.

Yang penting, anak-anak tahu apa mereka kena buat untuk membantu melancarkan urusan persekolahan mereka sendiri dan berdisiplin dalam menjaga barangan mereka. Diharap tercapailah objektif ke-4 dan ke-5 dalam misi Cabaran Bulanan kita yang sedang berlangsung sekarang ni. ^^

Di bawah ni saya sertakan rujukan tempat saya beli barang-barang tadi:

1. Label maker RM56 inc. postage 

2. Set stiker RM35 inc. postage

4. Beg sekolah flowers RM37 inc. postage
https://shopee.com.my/product/8292524/49668432

5. Beg sekolah Spiderman RM30 inc. postage
https://s.lazada.com.my/s.jI8r
 
6. Beg bekal plain blue RM5.60 
Daiso

7. Beg bekal flower RM12 inc. postage 
https://shopee.com.my/product/63494020/1073190807

8. Beg bekal owl RM18 inc. postage 
https://shopee.com.my/product/12670031/97884461

9. Baju sekolah murah Melaka
Kedai B Gee Taman Asean Melaka

10. Kasut sekolah murah RM12.50/sepasang
Kedai Hari-Hari

11. Stokin hitam online RM2.80/sepasang
https://shopee.com.my/product/3907624/628304735 

12. Alat tulis/kesenian/pembalut buku/abakus/etc
Kedai Eco/Soon Siang Melaka/Tong Hup Melaka/Popular

Semoga entri ni dapat membantu ibu ayah di luar sana mengurus keperluan back to school anak-anak...dan supaya jangan terkejut sangat tengok belanjawan hujung tahun ni luar biasa angka dia. ;P

Selamat maju jaya semua dan jom kongsi cerita back to school korang pula!

 photo footer.png

SPRING CLEANING 2019 :: Ruang Tamu

$
0
0
Assalamualaikum wbt/Hi,

Minggu lepas alhamdulillah masuk juga gear mengemas SPRING CLEANING ^____^...gedehek gedehek bunyi gear masuk kih kih kih -- lama dah uii tak spring cleaning...

Lagipun RAMADAN just around the corner kan. Tu motivasi paling utuh la nak bergerak demi memastikan rumah is presentable menyambut kedatangan tetamu agung.

So to-do-list kita minggu lepas sepatutnya ialah mengemas SOHO dulu. Tapi dok mai fikir, adakah perlu alih meja study ke Bilik Utama sebab baby Aufa sangat clingy, ibu cannot berlama-lama di SOHO. Last-last decide kemas bilik dululah, kot nak letak meja study kat situ dah mudah.

Dah kemas bilik, berjangkit pulak kemas bilik anak, pastu sambung pula ke ruang tamu. Hah, cukup lengkaplah spring cleaning bidan terjun tiga bahagian ni tak semena-mena...;P

So, kita kongsi dululah spring cleaning ruang tamu hari ni.


Sebelum tu, nak cerita my ruang tamu sekarang adalah berkonsepkan minimalis. Kalau tetamu first time datang mesti tanya, "baru pindah ka?" ...padahal dah lebih 7 tahun kami dok situ. Kosong sangat rumahnya ^^''

Sebenarnya mula nak minimalis ni adalah pada tahun 2016. Dia mai sebab masa tu anak nak masuk 4 orang dah, so dok fikir camne nak manage masa supaya boleh banyak quality time dengan anak. Dari situ, saya mula fikirkan cara nak atasi masalah ni. 

Dan, bermulalah saat tu operasi purging atau sisih secara besar-besaran dari sebesar-besar perabot sehinggalah ke sekecil-kecil storan. Mana yang tiada keperluan dan fungsi khusus, semua saya let-go; sama ada bagi orang atau jual. Yang penting semua mesti clear.

Konsep dia adalah, bagi rumah jadi LAPANG supaya anak-anak bebas beraktiviti, dan dalam masa yang sama mudahkan diorang nak kemas balik lepas beraktiviti tu. Jimat masa kita mengemas, bijak takk ;p

Contohnya di ruang tamu saya ni, sofa merah dan meja sisi ni antara yang saya dah let-go kerana selalu jadi tempat berkumpul bahan aktiviti bawah tu, tiap kali nak sapu kena angkat dan alih, sangat time consuming!.

Sofa merah yang ni pun sama, macam-macam ado bawah tu. Rak H pula selalu jadi drop zone area barang tak sepatutnya. Frame dinding mudah berhabuk dan i is tak rajin nak mengelap semua tu ;p 

Solusinya, let it gooooo..!!

Tikar buluh, evamatik mat, alas kaki semua pun let-go...yang ni sebab bawah tu mudah perangkap habuk.

Sekarang pakai pvc mat camni je, tu pun jarang pasang, selalunya biar kosong je. Senang sapu, senang mop. Bawah dia tak mudah berhabuk sebab material getah dan berat.

So basically habis minimalislah semua bahagian rumah saya ni semua nak dilet-go ^^". Tapi jangan bimbang, kita buang barang yang betul-betul kita yakin tiada keperluan sahaja. Yang masih ada fungsinya, kita simpan. 

Minimalis ni saya buat kat semua bahagian rumah dan selepas dua tahun apply cara ni, memang terbukti sangat memudahkan urusan mengemas dan SANGAT MENJIMATKAN MASA..!! Nak spring cleaning pun sonangggg....

Macam ruang tamu ni, saya ambil masa sekejap je nak spring cleaning termasuk FAST danORGANIZING sekali.  

Operasi FAST CLEANING terdiri daripada:

1. Buang habuk di siling.
2. Lap dan bersihkan habuk di semua perabot. 
3. Ketuk dan sapu habuk di sofa.
4.Sapu lantai termasuk bawah perabot.
5. Mop lantai termasuk bawah perabot.

Manakala ORGANIZING:

1. Perbaiki sistem susun atur rak kasut.
2. Perbaiki sistem susunan perabot. 
3. Purging dan sisih barang/perabot yang tiada keperluan.

Dua operasi ni boleh siap dengan sangat cepat SEKIRANYA konsep minimalis tadi digunakan. Basically kerja yang terlibat dalam operasi ni adalah pembersihan habuk di perabot dan kerja-kerja susun atur. So kalau perabot banyak, lamalah jadinya nak siap dan lebih renyah.

Selain tu, saya bahagikan juga operasi ni kepadaDEEP CLEANING dan MAINTENANCE. Dua operasi ni makan masa sikit nak siap sebab kena panjat memanjat untuk membersihkan bahagian yang tinggi dan melibatkan kerja-kerja membasuh dan mengering serta kerja-kerja baik pulih.

DEEP CLEANING:

1. Lap gril tingkap dan cermin. 
2. Lap gril pintu dan pintu.
3. Lap kipas siling. 
4. Bersihkan lampu chandeliar
5. Basuh langsir.
6. Basuh alas meja.
7. Basuh sarung throw pillow

MAINTENANCE:

1. Tukar bulb lampu.
2. Tukar kapasitor kipas {bagi laju}.
3. Tukar bateri remote.
4. Tukar bateri jam.
5. Tukar handle pintu jika berkarat. 
6. Cat gril jika berkarat. 
7. Bersihkan dan servis aircond
8. Jahit sarung throw pillow jika koyak. 
9. Alter langsir jika perlu.

Untuk permulaan, sebenarnya cukup sekadar buat FAST CLEANING dan ORGANIZING je. Itu pun dah nampakkan rumah kemas, tersusun dan efektif. Lagi dua tu kalau dapat buat memang boleh 'penuh rama-rama dalam perut' ^___^

 BAHAN-BAHAN yang diperlukan untuk operasi ni adalah:
 
1. Pembersih habuk siling
2. Kain lap & cecair pembersih
3. Pembersih bulu ayam & berus
4. Penyapu & pengaut
5. Mop, baldi tapis & cecair pembersih lantai
6. Vakum & tangga {untuk deep cleaning}

Dah cukup semua teori dan bahan-bahan, maka bermulalah operasi spring cleaning kita ^____^ 

Mula-mula kita bersihkan sawang ni semua...

Lepas tu kita bersihkan dinding-dinding jika ada kesan contengan atau tampalan camni...

Lap cermin...

Lap tv...

Lap suis-suis...

Lap meja...meja jenis tempered glass ni mudah sangat berhabuk dan bercop-cop...

Kasi cing cingg cinggg bersinarrrr ^^


Kaki meja pun lap sebab selalu jadi tempat lepak tangan anak-anak yang tengah makan ^^ habis kotoq

 Lepas tu naikkan kerusi gini...

...untuk kaji berapa tebal pulak habuk di bawah kaki kerusi -.-''

Dah habis kaji, laplah pulak kasi bersih ;P

Tudiaa hasil mengelap...-.-''

Sekarang kita ketuk-ketukkkk...habuk di sofa..hehe

...dan sapu semua habuk tu dengan penyapu kecik ni. 

 Jangan lupa sapu juga bawah sofa...macam-macam khazanah bawah tu adoo...

 
 Di celah pintu yang jarang dibuka ni pun jangan dilupakan...penuh tahi cicak uii ;(

 Apa lagi, mula mengemop...

 dan lagii...

 dan lagiiii.....;P

...sampailah bersinar boleh bergolek-golek dah haha

 ayuhaiiii...

 ^______^

 Gambaq lama pun nak masukkk ^^"

 ok last-last...^^"

Ni celah pintu yang banyak tahi cicak tadi lepas sapu dan mop...^_____^

Belakang rak tv pun dah bebas habuk.

Bolehlah lunjuq kaki sat...

dan menikmati indah petang hari... 

...dari cahaya yang menerobos masuk melalui tingkap ❤

Nikmatttt sungguhhh lahhh rasa lepas berkemas giniii...^____^ Lain feel dia dari yang kemas hari-hari tu.

Tapi, ni belum habis lagi ni. Lepas dah siap FAST CLEANING, maka perlu DEEP CLEANING pula, which is saya belum start pun lagi heheh. Sebab yang ni kena buat di hari-hari yang tenang ketika ada yang boleh tolong jagakan Aufa, time tu baru boleh pulun. 

Bab MAINTENANCE pula kena tunggu encik suami sebab tu kepakaran beliau...;p. Manakala ORGANIZING sudah pun bermula seiring dengan operasi FAST CLEANING tapi tu nanti kita share lain hari ya.

Kesimpulannya nak bagitau, dengan sistem minimalis ni, terrrrsangatlah mudah nak mengemas rumah dan CEPAT SIAP pulak tu..!! ;) Untuk saya, sistem ni memang sangat efektif...i loikeeee~

Cuba korang try pulak kaedah ni barang sebulan dua tengok macamana pergi dia. Mungkin korang pun akan jatuh hati cing cing cing ❤ ...macam mak saya. ;P

Jangan lupa share nanti kalau dah spring cleaning  & minimalis okehh!! ;) 

 photo footer.png

Susun Atur Rak Kasut Yang Efektif, Ubah Label dan Kaedah Jimatkan Ruang

$
0
0
Assalamualaikum wbt/Hi,


Last time saya share susun atur rak kasut ni tahun 2013. Hari ni masih pakai rak kasut yang sama. Masih elok lagi walaupun pintunya dah berapa kali repair sebab asyik tercabut je. hehe ganas sangat.

Being minimalist, saya hanya ada sepasang je kasut jalan. Mana-mana pergi, itulah dianya. Tapi, semenjak anak makin besar ni, diorang pulak lagi banyak kasut dari emak. So rak kasut ni selalu sangat jadi bersepah.

Ni view ok lagi, sebab baru purging kasut-kasut lama...tapi still sepahlah...dan dah lendut pun kayu tu

So, macam biasa, nak berkemas, keluarkan dulu semua kasut tu dari rak...

Kayu yang lendut ni, nanti terbalikkan masa nak masuk balik supaya dia tekan belah tak lendut tu pulak.

Lap-lap habuk semua...

Sampai bersih...


...dan plan camne nak susun kasut tu semua secara efektif.

Maka, fikir-punya-fikir, saya decide kali ni nak susun ikut kekerapan penggunaan. Sebelum ni setiap orang ada para sendiri, tapi tak efektif cara tu, so try cara ni pulak.

 So susunannya akan jadi yang selalu guna dok atas sekali, kadang-kadang guna di tengah, jarang-jarang guna dok bawah.

Perasan tak, kayu tadi dah diterbalikkan ;)

Lepas tu, LABEL jangan lupa! Disebabkan cara label sebelum ni berkesan namun renyah {nak kena print gambar segala} i is balik kepada label cara ni je. Guna label maker emboss ni sebab label maker dymo habis bateri.

Label maker jenis ni akan keluar gini bila kita klik...kena hati-hati sebab kadang huruf tu bertindih, jenuh nak buat balik.

Cuba tampal, namun kurang melekat ;( 

Maleh fikir, buh soletep je...janji objektif melabel tercapai. haha

Siap label semua...yayy!!. 

Label ni penting ya, SANGAT PENTING sekiranya kita guna kotak-kotak gini sebab takdela tiap kali nak pakai kena buka kotak. Selain tu, anak-anak juga tahu nak susun kasut mereka di tempat masing-masing; contohnya selipar dalam kotak selipar, kasut dalam kotak kasut...

 Dan guna kotak juga boleh jimatkan penggunaan ruang. Contoh macam atas ni, saya letak atas kasut sekolah, bawah kasut sport. Boleh tindihkan macam ni sebab guna kotak.

Untuk jenis dan design yang sama juga boleh diletakkan sekali dalam satu kotak sebab kasut budak kan kecil je jadi muat 2 pasang dalam tu. Kan dah jimat ruang tu dan lebih tersusun.

Lepas dah siap tu, kita kemas pula atas rak.

...dan purging dalam tabung...macam-macam jelah nak ada dalam tu

pun adoo...

Kemaslah sampai siap ^^,

Belah kiri tu bukan abu mayat tau, hahaha...tu koleksi spark joy encik suami, hadiah masa berhenti tnb. Belah kanan tu pun sama - jam-jam kegemaran beliau. Hakak punya? bunga tu pun cukup dahh 

;D

Before after...^^,

So, siaplah spring cleaning ruang tamu untuk bahagian organizing. Ingat semula, ada 4 bahagian; FAST CLEANING, ORGANIZING, DEEP CLEANING dan MAINTENANCE. So, organizing is DONE! 

Cepat siap sebab ini jelah yang perlu diorganize. Yang lain sofa dan meja makan, tak ada apa nak diorganizekan.

Hujung minggu lepas alhamdulillah dah berjaya kemas bilik study/SOHO fasa 1. Nanti i karang entri ok.

Uols baca ke idok ni? Bagi la komen sikittt...

 photo footer.png

Cara Kemas Rumah Jika Terlalu Bersepah

$
0
0
Assalamualaikum wbt/Hi,

Alhamdulillah, setakat 24 Januari 2019 ni, setiap hujung minggu berjaya dipenuhkan dengan operasi menyusun atur rumah. Rasa macam banyak betul nak cerita...:)

Selain susun atur rumah, saya juga menyusun rutin harian agar berkualiti masa yang ada dan begitu juga dengan media sosial dan group-group wasap dan telegram, pun sudah saya organize semuanya. Mana yang patut left sudah left, mana patut baca juga sudah baca dan keluarkan point-point penting. Tinggal 2 group je lagi, tu ada lebih 2000 unread messages...insyaAllah setel dalam this week hendaknya ^^"


Untuk recap diri sendiri, hujung 2018 saya mulakan dengan susun atur keperluan back to school anak-anak.

Kemudian, sepanjang minggu pertama 2019 saya fokus kepada organizing media sosial dan group-group di hp.

Hujung minggu pula saya dah mula spring cleaning tiga bahagian rumah iaitu ruang tamu, bilik utama dan bilik anak. Kerja-kerja pembersihan secara harian diteruskan terutamanya bahagian dapur dan bilik baju {bukan spring cleaning ya tapi daily cleaning - ada beza tu, nanti saya kongsi apa bezanya}.

Hujung minggu ke-2 dan ke-3 barulah saya dapat momentum mengemas SOHO. Itupun ber'perang' dengan si kecil Aufa yang tak boleh tengok ibu buat kerja, mesti nak kena duduk dan layan dia je...anak oh anak ^^''

Dalam masa yang sama, saya turut sibuk dengan kelas-kelas online, usrah-usrah dan aktiviti harian lainnya. Semua pun serba serentak nak dibuat. Mencabar, namun menyeronokkan sebab terasa masa tu penuh dan tak terbazir begitu sahaja.


Berbalik kepada cerita SOHO tadi, SOHO ni antara bahagian rumah saya yang palinggg mudah bersepah sebab banyak sangat barang dalam tu. Dia sebenarnya one-stop-centre untuk SEMUA buku/mainan/office supplies/stationaries/kertas-kertas aktiviti kids dan sewaktu dengannya.

Kalau tempat lain, saya mudah lagi nak purging, seperti perabot, sofa atau katil. Tapi kalau berkaitan SOHO ni, memang sayang belaka --''. Buku belajar masa degree masih ada. Buku sekolah anak darjah 1 {sekarang dia darjah 3} masih ada. Segala journal papers, proposal, draft thesis dari degree, masters sampailah ke phd, semua tu masih ada belaka.

Disebabkan itulah, ruang ni sangat krikital memerlukan satu sistem yang mantap demi melancarkan urusan harian di sini. Tapi hari ni saya akan ceritakan bahagian 1 dulu bagaimana nak tackle kawasan 'taufan' macam ni. ;P

Ada banyak bahagian {insyaAllah} sebab memang banyak benda pun nak kena susun atur kat sini.


Banyak faktor sebenarnya sesebuah rumah boleh dilanda kesepahan yang melampau seperti ini {jangan sedih sebab ia adalah normal}; antaranya mungkin sebab si ibu tak sihat so tak boleh nak maintain sistem yang ada, atau sebab anak-anak yang suka buat aktiviti dan belum tahu cara nak simpan hasil aktiviti tu, atau mungkin juga sebab dah lama tak purging/spring cleaning yang menyebabkan sistem yang ada tak mampu lagi kawal tahap kesepahan yang berlaku secara harian dan pelbagai lagi faktor lain.

So, bila dah bersepah macam gitu sekali - saya panggil di'landa taufan' je senang sebab memang melampau sepahnya ;p kenalah ambil inisiatif untuk perbaiki keadaan tu.

Langkah PALING PERTAMA yang saya suka amalkan ialah, ambil sehelai kertas, ajak anak-anak brainstorm fungsi bilik, apa yang ada dalam bilik, apa punca sepah, bagaimana nak atasi, bagaimana nak pastikan kekal kemas, siapa yang akan jadi PIC bilik dan apa goals dan reward di akhir proses berkemas ini. 

1. Pelan lantai susun atur rak
2. Susun atur storan rak 1
3. Susun atur storan rak 2
4. Susun atur storan rak 3

Langkah ini sangat penting dan sangat berkesan dalam mendidik anak-anak untuk mereka turut rasa bertanggungjawab terhadap rumah ini. Ini rumah tempat tinggal bersama. Bukan tugas ibu dan ayah sahaja yang kena buat tapi anak-anak pun perlu terlibat.


Dan sebenarnya kan, anak-anak sangat seronok bila kita ajak mereka bersama dalam proses ni. Mereka akan rasa dihargai apabila pendapat mereka didengari. Memang dalam banyak keputusan yang diambil, saya akan minta pendapat mereka.

Contohnya, "ni nak buang tak", "ni nak susun macamana", "ni letak sini ok tak" dan sebagainya. Soalan-soalan ini membesarkan jiwa anak dan bantu mereka berfikir dan turut rasa sense of belonging tu.

Sehinggakan sekiranya saya minta mereka berkemas sendiri tanpa bantuan saya pun, mereka akan ambil kertas dan rangka to-do-list sendiri.

ni to-do-list dapur...

ruang tamu

dan bilik study...

Ejaan tu harap dimaafkan...ditulis oleh anak usia 8 tahun ^^'' Tapi tu semua memang idea mereka sendiri, takde pula saya suruh buat semua tu. Saya cuma suruh kemas je tapi mereka perincikan sendiri nak kena buat apa.

So untuk mengemas SOHO ni, hasil brainstorm tadi ditampalkan di pintu bilik dan langkah-langkah berkemas pun dimulakan.

Langkah kedua paling penting untuk berkemas bilik yang bersepah seperti ini adalah; CLEARKAN LANTAI..!! Jangan tengok apa yang ada kat rak, apa ada atas meja semua. Wajib mulakan dengan lantai dahulu.

Untuk memudahkan proses ni, sediakan BEKAS untuk barang yang bersepah di lantai mengikut jenis-jenisnya. Dalam kes kami, yang banyak di lantai ialah mainan, alat tulis, buku dan kertas. So sediakan kotak/bakul/etc untuk letakkan barang-barang tersebut.

Satu plastik sampah yang BESAR juga jangan lupa, sebab confirm banyakkkkk benda nak dipurging!

1. Kotak untuk alat tulis
2. Plastik sampah

3. Kotak untuk buku dan kertas
4. Beg ikea untuk mainan

Ini semua TEMPORARY SOLUTION sahaja. Later kita akan go through balik satu per satu kotak ni semua bila dah masuk stageSPRING CLEANING.

 Proses berkemas...

 jenuh tak haha...ni kalau ibu kemas sorang-sorang boleh je, tapi anak-anak takkan tahu betapa susahnya proses ini...so let them learn

Pelan-pelan depa adik beradik buat, selesai juga akhirnya...

^______^

Ibu tak join stage ni...semua anak-anak yang buat awal sampai akhir. Sebab yang bersepah tu kerjaan depa jugakkk ;P

cing cingg cinggg...



 Hasil purging...


 before after

So basically, inilah cara nak tackle kawasan rumah yang dilanda kesepahan melampau. ;p

Langkah pertama adalah BRAINSTORM,
langkah kedua CLEARKAN LANTAI,
langkah ketiga CLEARKAN MEJA {ni nanti kita kongsikan lain entri}.

Lepas dah clear lantai dan meja, baaarulah boleh masuk fasa SPRING CLEANING yang ada 4 stages tu pula iaitu fast cleaning, organizing, deep cleaning dan maintenance {contoh spring cleaning}. 

So, hari ni kita intro je dulu, belum masuk lagi cerita camne nak capai objektif Cabaran Bulanan. Pelan-pelan kayuh ok...;) Harap by end of this month tercapai impian nak setelkan susun atur SOHO ❤ Taknak terlalu banyak masa digunakan untuk berkemas sebab ada banyakkk juga benda lain sama penting yang nak dibuat...doakan doakan :)

Ps - Pembahagian bekas-bekas tadi berlainan dengan pembahagian KEEP, TOSS & DONATE. Siapa tahu untuk keep, toss & donate akan diserap pada bahagian mengemas yang mana? ;) Saya akan kongsikan jawapan dalam komen. 

 photo footer.png
Viewing all 60 articles
Browse latest View live