Quantcast
Channel: Susun Atur Sioca
Viewing all 60 articles
Browse latest View live

Susunatur Bilik Belajar - Terbaru 2015 {Bahagian 1}

$
0
0
Assalamualaikum wbt,

Yellloooo semuaaa...miss me? ;) Hiatus yang lama tapi tak bermakna tiada projek susunatur...ada tu ada, cuma semuanya berjalan secara perlahan-lahan. Kalau lalu sebelah siput, siput menang kut...


Seperti yang pernah saya khabarkan, tahun ni sebenarnya banyak mega projek susunatur yang nak dijalankan. Banyak ruang yang akan diubah fungsinya dan dalam beberapa keadaan, projek naiktaraf juga akan dilakukan. 

Banyak sebab saya nak kena rombak balik semua fungsi ruang ni. Antaranya yang utama ialah saya dah kenalpasti beberapa faktor yang menyebabkan rumah saya menjadi agak susah dikawal-selia susunaturnya {susah sebab saya kena fokus belajar sebenarnya}. Antaranya;

1. Family room sudah tidak dapat berfungsi dengan baik lagi sebagai FAMILY room sebab kebanyakan waktu kami banyak berkumpul di ruang tamu utama. Ini kerana family room yang asal sudah terasa sempit untuk dua orang dewasa dan tiga kanak-kanak yang sedang membesar. Malah, keadaan beramai-ramai dalam family room tu sangat tidak kondusif untuk saya menjalankan aktiviti belajar/kerja saya.

2. Airwell yang sebelum ni saya tetapkan fungsinya sebagai one-stop playroom centre mudah sangat bersepah dengan permainan anak-anak. 

3. Bilik anak-anak dah jadi bilik baju di mana juga sangat mudah nampak bersepah terutamanya bila keadaan baju belum berlipat.

4. Dapur juga ada beberapa masalah yang memerlukan penyelesaian naiktaraf segera.

Saya nak fokus bahagian-bahagian hardcore iaitu family room dan airwell dulu. Yang lain-lain termasuklah ruang tamu, bilik utama, bilik tetamu dan garaj akan disimpan dahulu perancangannya.

Untuk family room, saya dah keluarkan sofa bed tu dan sekarang berfungsi sebagai katil anak. Dinding yang penuh dengan para, bingkai gambar tanpa kayu, sudut info semasa, rak untuk ruang membaca dan unsur ceria semua terpaksa saya cabut sebab nak clearkan dinding untuk letakkan rak dari airwell.

Tujuannya sekarang family room hanya berfungsi sebagai study room a.k.a. ruang SOHO {tapi masih perlukan ruang di rak untuk simpanan permainan anak}. 

Airwell pulak; yang telah dikeluarkan rak tu akan berfungsi sebagai laundry area...

Ehemmm pardon meLaundry area

;D ;D

Saya sebenarnya tak pernah bercadang pun nak buat laundry area kat rumah ni. Sebelum ni saya rasa cukuplah combine je washing machine dengan kitchen cabinet yang ada tapi semakin hari semakin rasa perlu sangat kepada ruang yang khusus untuk setelkan hal-hal berkaitan baju.

Wash, dry, fold...repeat. Nampak mudah kan.

Ia sebenarnya...

Bring to washing machine, wash, dry, sort, fold, put back to its place, iron, declutter small sized clothes every 6 months...r.e.p.e.a.t. 

Pheww...!~ Berpeluh juga bila cerita bab baju ni. Sebab tu saya merasakan perlu ada ruang khas. Tapi laundry area nantilah kita cerita sebab belum mula apapun lagi. 

Jadi family room takde dah sekarang ni, ruang tamu tulah jadi family room kami...sobs {tetap syukur}. Anak-anak pun bermain kat situ je...no more playroom. Bilik tidur anak-anak setakat ni belum buat apa-apa lagi...pun ada projek tu nanti. Dapur? Punnn samaaa...ada projek menanti...insyaaAllah pelan-pelan kukayuh...{banyak nau projeknyaaa...}

Proses membersihkan dinding family room pun bermula. Cabut para kemudian cabut wall plug yang ada...

Dah berlubang-lubang...

Gunakan Crack Filler ni untuk touch-up balik dinding berlubang...dia macam ubat gigi keluarnya tapi bahan dia macam plaster kapur gitu...

Comel sudah...tinggal nak cat je, tapi cat habis so kita biar je...hehe.

Zoom sikit keadaan selepas disumbat crack filler...isi penuh-penuh baru cantik dan kemas. Kalau tak isi penuh nanti dia tenggelam macam kat gambar tu.

Pastu cabut plak frame Ikea dan cabut penggantung dia ni...

Kadang paku dia tu ikut sama...

Kadang paku dia tinggal kat dinding...kena cabutlah guna playar...

Cabut plak frame isu semasa dan pelekatnya ni sekali...

Cabut peta dan double tapenya pulak...mula-mula nak cabut double tape tu guna cuka tapi tak jadi pun, last-last saya kikis je pakai pisau...tak rosak pun dinding cuma cat tu terhakis...kalau cat balik, tak nampak dah...

Mop pula lantai {sini dulu meja putih bentuk L tu, dah alih tepi meja kerja saya}...ada banyak tahi cicak kat dinding tu...camne ntah nak elakkan.

Mop sampai bersih...

Clearkan barang kat rak airwell ni, lap sampai bersih...

Belakang rak juga tak dilupakan...

Sementara tu, sabar dulu mata tengok semua ni...

Dan ini...huhu

Eh, macam kenal je rak pink tu...? Hehe, tak jadi letak dalam almari baju, nak letak kat sini je. Lebih sesuai. Sebelah dia nak letak rak hitam putih tu, tapi tak muat masuk...

Jadi, saya susun jadi macam ni...

Lepas tu, proses yang paling best, memasukkan semula buku-buku ke ruang yang ada.

Ada buku masa belajar dulu, ada majalah-majalah {tak bertambah pun sebab tak pernah beli lagi bila dah masuk rumah 2011 dulu} dan bahan bacaan lainnya...

Susun-susun...atur-atur...


Dah ada 'rumah' untuk buku-buku kegemaran. 


Baru siap satu fasa, masih banyak lagi kena buat...rak hitam putih tu pun nak kena susunatur, meja kerja nak dikemas, ruang notice board nak dinaiktaraf...

Kerja-kerja yang banyak...tapi seronok melayannya...ni namanya hobi. Bila dah siap tu, rasa lega sangat. Tapi jangan ingat itu titik noktahnya. Biasanya akan ada projek lain yang menanti...biasalah tu, bila dah praktikkan baru kita tahu sistem kita tu ok atau tak. Tiada istilah betul atau salah dalam dunia susunatur, yang ada cuma usaha untuk memperbaiki kelemahan yang ada. Apa orang kata, organizing is a journey, not a destination...gituuu ;))

Camne cerita korang pulak? Biasanya buku-buku lama korang simpan macamana? Majalah-majalah semua tu yang kalau memang suka beli majalah, mana korang letakkan? Ada yang tengah on mood organizing tak? Small ke big ke, jomlah kongsi-kongsi cerita...walaupun tahun ni saya isytiharkan sebagai 'tahun pulun study', dan tak berani nak organize cabaran bulanan, tapi tetaplah nak baca cerita susunatur korang...mesti kongsi ok! 

 photo footer.png

Sinki Berapa Bowl Yang Efektif?

$
0
0
Assalamualaikum wbt,

Sebelum meneruskan cerita hari ini, saya nak share sesuatu dengan korang. Saya baru je buat satu facebook page untuk blog ni (saja tetiba ngada nak buat page pulak...^_*). Entah sempat nak update ke tak tu taktahulah...tapi basically saya akan sharelah kat situ kalau ada entri baru, senang kawan-kawan yang non-blogger nak tengok. Kalau ada masa dan terlebih rajin, saya sharelah apa-apa yang patut pasal susunatur. Nak terjah, terjahlah tapi apapun takde lagi tu. Baru upload gambar sikit-sikit.

Berbalik kepada tajuk.

Taktahulah ada ke tak yang kronik macam saya ni, sinki berapa bowl pun nak masuk fikiran jugak. hadeh


Saya pernah cerita yang sebelum ni saya gunakan sinki tiga bowl. Lepas tu, bila table top saya ada problem dan kena tukar, saya ambil peluang tu untuk tukar sinki sekali, di mana saya merasakan sinki tiga bowl tak efektif lalu memilih sinki dua bowl.

Tapi sekarang ni, setelah beberapa cadangan projek naiktaraf kitchen cabinet diusulkan, maka tercetus sekali lagi permasalahan sinki ni di dalam benak fikiran saya. Nak guna yang dua bowl atau satu bowl?


Kebanyakan rumah yang ada sinki dua bowl yang saya perhatikan akan jadikan satu bowl tu untuk tapisan pingan mangkuk yang dah dibasuh. Samalah dengan saya, tapi sekarang saya rasa macam tak efektif pulak sebab fungsinya hanya untuk tapis pinggan je. Tak efektif sebab dapur saya kecil je. Maksudnya, bila guna sinki dua bowl, ruang kerja pun akan jadi terhad. Kerja-kerja preparation and cooking pun jadi susah. Kalau guna satu bowl bolehlah ada ruang table top yang lebih luas.

Cuma tulah, dok fikir juga macamana nak tapis pinggan mangkuk nanti. Kalau guna ruang atas table top jugak maknanya sama jelah jalan ceritanya, menyempitkan ruang kerja. Tapi mungkin lebih baik sikitlah sebab bila dah clearkan pinggan mangkuk, ruang tu tetap boleh guna untuk buat kerja.

Saya ada baca perbincangan mengenai perkara ni kat forum omputeh, ramai yang kata sinki satu bowl yang besar lebih efektif sebab senang nak basuh periuk kuali yang besar-besar. Kalau dua bowl susah sikit sebab ada divider kat tengah tu.

Kalau ikutkan hati ni, memang nak sinki satu bowl.

Tapi nak minta pendapat korang jugak ni, ada tak yang berpengalaman menggunakan sinki satu bowl? Efektif ke tak efektif sinki satu bowl ni sebenarnya? Yang guna sinki dua bowl atau tiga bowl, boleh share tak cara penggunaan sinki korang. Ada tetiba rasa nak tukar jadi satu bowl tak?

Please advice accordingly.

;)

#nakmasukfikiranjugak
#remehtemehtapipenting

 photo footer.png

Planner 2016 - Hardcopy Version

$
0
0
Assalamualaikum wbt,

Rancangan awal nak beli binder (cover planner) dari Indonesia tapi selepas ditambah tolak kosnya agak tinggi juga, jadi saya beralih kepada pengeluar lain. Untuk saya sendiri saya dah beli yang berwarna merah jambu lembut. Stok datang dalam sekotak yang dah disiap-siap campur warna binder, jadi agak susah nak pilih warna kegemaran sendiri...huhu.

Saya memang suka merah jambu tapi saya sebenarnya nak cuba buat kelainan dengan pilihan warna yang lain tapi stok amat terhad dan tinggal satu ni je merah jambu jadi nak taknak kena ambil juga. Bila sampai ke rumah, saya suka sangat-sangat dengan warna ni sebab lembut dan tidak garang. Ada pilihan warna yang lain seperti biru dan coklat pastel yang juga sangat tenang hati melihatnya.

Saya meraikan para pembeli Planner 2016 dan dalam masa yang sama mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada mantan pembeli Home Binder 2014 dan Home Binder 2015 yang comel-comel semuanya. 

Ramai juga return customer yang nak beli Planner 2016, anda...comel kuasa dua..!! ;)

Planner kali ini adalah daripada material faux leather, berbeza dengan konsep binder tahun 2015 yang menggunakan ring coil. Pemilihan dibuat kerana inginkan penjimatan masa berganda dan seterusnya memberikan rupa yang lebih eksklusif kepada planner. Guna ring coil tu tetap kegemaran saya sebab lebih murah tapi kerjanya jauh lebih banyak dan renyah serta memerlukan masa yang lebih lama untuk disiapkan.

Ciri Planner 2016 hardcopy versionbersaiz A5, terdiri daripada dua slot untuk letak pen, enam slot untuk kad, satu slot untuk kertas atau penanda (bahagian hadapan) dan dua slot melintang dan menegak untuk kertas atau penanda (bahagian belakang).

Tanpa membuang masa, marilah kita tengok Planner 2016 versi saya.

Ini bahagian dalam planner, dimulai dengan muka surat hadapan yang look familiar kan? ...tiru tahun lepas punya daa...

Suka sangat dengan jahitan planner ni...kemas..!! Paling seronok dia pakai enam ring yang kita boleh buka dan refill kertas bila-bila masa pun kita nak. Itulah satu kelebihan paling UTAMA jika dibandingkan dengan planner tahun lepas.

Lebih menawan hati bila ada butang ni untuk tutup planner...sudah tentu planner kita akan kelihatan lebih kemas dan rapi kan?

Muka surat berikutnya ada kalendar tahun 2016 siap bertanda senarai cuti negara Malaysia (amboi negara Malaysia gituuu)...bukan apa, sebab kadangkala orang suka beli planner dari negara luar jadi cuti tu tak sama dengan cuti kita...tak berapa nak seronok la gitu kan...{added value kononnya tu, huhu ^^} 

Cuti umum saya letakkan perkataan (National) kat hujung, cuti ikut negeri saya biarkan kosong jadi senang kawan-kawan nak refer ni cuti umum atau cuti ikut negeri.

Seterusnya, kita ada bahagian utama planner iaitu Monthly Planner...

...yang juga saya tandakan bulatan merah untuk cuti. Selain tu, ada kotak dengan border warna warni yang memenuhi ruang kosong bahagian ni, yang boleh dibuat catatan tambahan atau ruang untuk kata-kata motivasi/inspirasi.

Selepas tu, kita ada mukasurat bebas catatan ni...yang menggantikan Daily Planner tahun lepas. Ramai prefer macam ni katanya, jadi saya yang menurut perintah...ai ai captain!

Paling BEST best B.E.S.T..!! 
Kita ada bahagian untuk Bill Payment kali ni...!! 

Dan bahagian Home Organizing - yang ni optional. Kalau anda takmau boleh pilih inserts Pakej 1, kalau suka boleh pilih inserts Pakej 2. Saya suka, jadi saya pilih inserts Pakej 2...^*

Bahagian Home Organizing ni yang bestnya adalah saya dah susunkan siap-siap perkara-perkara penting dalam menyusunatur rumah...antaranya kita akan tuliskan ruang rumah yang kita nak susunatur dalam kotak hijau belah kanan atas tu, kemudian ada lajur untuk senarai barang nak dibeli, lajur harga, lajur tarikh bila susunatur nak dilancarkan dan lajur nama kedai nak dibeli barangnya tu.

Kemudian, kita ada bahagian untuk idea-idea spontan. Penting juga ni!

Haa...lagi satu bahagian optional yang BEST..!! Iaitu Meal Planning...
Kalau nak, boleh pilih inserts Pakej 2 ya...hampir separuh juga planner ni dipenuhi dengan bahagian ni. Harapnya dapat siapkan makanan yang sedap-sedap untuk keluarga asbab planner ni...

insyaAllah

Ada EMPAT sesi makan dalam satu hari...amboiiiii...;p

Dan akhirnya muka surat belakang...best kan planner ni...ada slot tambahan lagi kat belakang ni, yang anak panah tu pun slot juga tu 

Bahagian hadapan planner...

Bahagian belakang planner...maaf warna kejap nampak macam pic kejap nampak macam merah jambu...dia merah jambu lembut sebenarnya...{pakai kamera telefon je, macam tulah...hukhuk}

Aduhai meltinggg... 


Zoom in kualiti leather yang digunakan...cover hardness = hard copybook...lembut je bila sentuh material dia ni...susah nak cerita, kena beli satu ni buat rasa ;D

Sedang elok je 100 mukasurat planner ni...kalau inserts Pakej 1 = 50 mukasurat...inserts Pakej 2 = 100 mukasurat...jangan lebih sangat nanti tebal sangat dan berat...susah nak bawak ke hulu ke hilir...


Sekian cerita planner saya...:)

Planner ni perencana je...ada orang memang jenis tak boleh ingat semua dalam kepala, memang kena tulis supaya tak lupa. Saya antara orang yang macam tulah...makin tua ni lagilah makin mudah lupa...agaknya betul kata orang, bila banyak bersalin ni banyak urat yang putus...urat mengingat yang putus agaknya tu...haha apa kaitan

But i ever heard someone says if you fail to plan, you plan to fail. Bunyinya seperti kita memang digalakkan untuk tulis dan rancang apa yang kita nak dalam kehidupan kita - dunia dan akhirat. Even nak 'suasana' macamana nanti kat Padang Mahsyar pun kita disuruh rancang daripada sekarang...

Sebab tu, pakar motivasi menggalakkan kita tulis apa yang kita nak kat helaian kertas dan cuba tengok dalam masa 10 tahun, insyaAllah kita akan berjaya capai apa yang kita tulis tu. 

Kita merancang, Allah merancang dan sebaik-baik Perancang adalah Allah...jadi jika rancangan kita gagal bukan bermakna kita perlu bersedih tapi sebaliknya gembira sebab Allah masih pedulikan kita dan masih ada ujian kegagalan untuk kita supaya kita tetap merintih dan meminta pada Dia, dan seterusnya berusaha dengan lebih baik untuk berjaya. Jadi, marilah kita berusaha bersama-sama untuk buat yang terbaik dalam kehidupan kita.

Ops terpanjang pula ceramah ustazah hari ni. Cerita planner je pun...-.-''

;)


Sampai jumpa lagi ya insyaAllah...nak sambung tulis tesis...{terima kasih kepada yang sudi mendo'akan kelancaran urusan belajar saya, sebab terasa mudah sedikit lepas up entri hari tu...alhamdulillah...do'akan lagi tau sampai saya siap ^^,}

Jom berplanner...

 photo footer.png

Shopping Barang UK Dari Malaysia

$
0
0
-Iklan-

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah, draf tesis sudah dihantar. Walaupun ada beberapa perkara lagi yang perlu ditambah pada bab-bab akhir tetapi secara keseluruhannya sudah boleh dikatakan siap 95%. Jenuh la haiii nak nyiapkan seketul tesis itu...berendam ayaq mata..!

Apapun, terima kasih kepada yang sudi mendo'akan...semoga Allah kembalikan do'a yang baik-baik itu untuk kalian kembali.

Sambil tu nak bagitau juga ni, hardcopy Planner 2016 berbaki 3pcs sahaja lagi - warna baby blue 2pcs, baby pink 1pc. Siapa-siapa nak join batch kali ni silalah emel saya segera ok...kalau lambat kenalah tunggu next batch {susunatursioca@gmail.com}. Tapi, jualan softcopy sentiasa terbuka, boleh emel bila-bila masa.

Sebenarnya, tujuan utama entri ni sebab nak kongsikan satu tempat shopping menarik ni. Yang paling menariknya, owner dia adalah rakan saya sendiri. Dia memang duduk sana ikut suami sambung belajar, beli barang kat sana dan pos pada wakil-wakil kat Malaysia. Jadi, kalau ada sale macam black friday ke macam tu, memang depa front liner yang boleh terjah dan belikan untuk kita yang jauh di sini...seronok kan??

Memang saya syorkan sangat-sangatlah sesiapa yang suka membeli-belah barangan UK tu, boleh cuci-cuci mata kat sini...harga pun reasonable bahkan banyak yang murah 


RM 330 include postage





RM 155 include postage

RM 500 include postage


RM 85 include postage
RM 520
RM 169

RM 175 include postage

RM 130 include postage

RM 205 include postage

Ya ampunnn...memang mencongkam mata tengok semua ni kan...apa tunggu lagi kawan-kawan...moh ler kita cuci mata dan poket ke Shoppe.UK...!!

NAME : HAJAR HASAN
TEL : +44 7405586563/ +6019 6489473
FB/IG : Shoppe.UK 

Price rate for kitchen appliance : 80 - RM 1500
Price rate for clothes : RM 25 - RM 150
Price rate for handbag/shoes/backpack : RM 100 - RM 500
Price rate for baby feeding/weaning : RM 40 - RM 750

Brand for kitchen appliance : TEFAL, PHILIPS
Brand for clothes : PRIMARK, NEXT, MARK & SPENCER
Brand for handbag/shoes/backpack : CLARKS, DUNE LONDON, KARRIMOR, ADIDAS
Brand for baby feeding/weaning : TOMMEE TIPPEE, AVENT, BAEBA BABYCOOK

Macam-macam hadooo...baru sikit ni...cuba terjah Shoppe.UK mesti lagi berpinau mata nak shopping... ;D

 photo footer.png

Malaysia Planner 2016 - Lebih Efektif, Lebih Gaya dan Lebih Pilihan..!!

$
0
0
**STICKY POST**

Assalamualaikum wbt kepada semua followers dan readers,

(maafkan tajuk yang berbau kepoyoan di situ...kekok pula rasa nak mengayat huhu)

Pertama sekali, terima kasih sangat-sangat kepada semua yang masih terus setia follow blog dan page SusunAturSioca.

Kedua, saya nak minta maaf sangat-sangat kepada semua pembaca sebab dah lama tak berkongsi cerita susunatur kat sini. Ramai sangat yang tanya "kenapa...kenapa....dan kenapa...". Tak tahu saya nak spesifikkan sebabnya tapi urusan studylah antara faktor utama saya tak dapat nak update blog sekarang ni. Sebab tu, bila ada yang bertanya, saya akan terus minta tolong diorang do'akan agar urusan study saya ni dipermudahkan dan cepat-cepat selesai.

Walau macamanapun, projek susunatur rumah masih juga berjalan sebab tu salah satu terapi diri walaupun taklah rancak sangat. Cuma masa perlu diatur untuk kongsikan di sini. InsyaAllah, akan dikongsikan juga dengan semua satu hari nanti. Last perkongsian susunatur hari tu berbentuk soalan dilema tu kan...ingat tak, yang saya tanya pasal sinki berapa bowl yang efektif tu? Saya dah buat keputusan untuk guna sinki satu bowl dan dah siap ubahsuai pun sinki tu. Berkesan ke tak ke, yang tu nanti saya cerita ya, insyaAllah.

Ketiga, saya sempatkan diri untuk update juga hari ni memandangkan tak berapa lama lagi tahun 2016 akan menjelma, dan dah ramai mula hubungi saya bertanyakan tentang Home Binder2016 (kali ni kita panggil Planner 2016 je, harap-harap lebih mudah orang nak faham). Ada yang tak sempat grabtahun 2015 punya, jadi awal-awal dah message suruh inform kalau keluarkan yang tahun 2016 punya. Walaupun masa untuk design tak berapa nak ada, tapi saya usahakan juga sebab kalau sorang dua je bertanya saya boleh tolak lagi, tapi kalau dah ramai sangat, saya rasa saya perlu buat juga. Dan dah jadi trademark blog ni juga untuk keluarkan homemade planner supaya dapat sama-sama usaha untuk urus masa dengan baik.

Tapi, mohon maaf sangat-sangat, front page saya gunakan tahun lepas punya je sebab yang tu memang tak dan nak fikir baru dah.

Dan yang menariknya kali ni, saya dah perbaiki kelemahan yang ada pada sistem yang lepas di mana kali ni, saya tak gunakan 'Daily Planner' lagi sebab banyak feedback kata prefer blank pages. Kadang-kadang ada hari-hari dalam daily planner kita tu kosong tak berisi sampai rasa membazir ruang pula. Jadi, kali ni saya tukar kepada sistem 'Free Planner' yang hanya ada garisan-garisan bebas untuk catatan yang lebih efektif.

Dan beberapa penambahan ciri yang lebih menarik dan efektif seperti kalendar siap dengan cuti Malaysia, bill payment, home organizing, ruang ideas dan meal planner.

Ramai juga yang minta saiz planner yang lebih kecil, pun saya telah tukar kepada saiz A5, iaitu separuh A4. Harapnya lebih mudah dibawa ke mana-manalah lepas ni ya.

Selain itu, ada 7 pakej (updated) disediakan untuk pembelian Planner 2016 iaitu:

Pakej 1 - RM 25
SOFTCOPY BASIC (.pdf only)

1. Front Page
2. Calendar 2016 with Malaysia holidays
3. Monthly Planner
4. Free Planner (lined pages)
5. Payment Planner
6. Ideas Planner (blank pages)

Pakej 2 - RM 45
SOFTCOPY FULL SET (.pdf only)

1. Front Page
2. Calendar 2016 with Malaysia holidays
3. Monthly Planner
4. Free Planner (lined pages)
5. Payment Planner
6. Ideas Planner (blank pages)
7. Home Organizing Planner
8. Meal Planner

Pakej 3 - RM 55 (incl. postage)
HARDCOPY BASIC WITHOUT BINDER (.pdf + printed inserts)

1. Inserts seperti Pakej 1
2. No binder

Pakej 4 - RM 90 (incl. postage)
HARDCOPY FULL SET WITHOUT BINDER (.pdf + printed inserts)

1. Inserts seperti Pakej 2
2. No binder

Pakej 5 - RM 125 (incl. postage)
HARDCOPY BASIC WITH BINDER (.pdf + printed inserts + binder)

1. Inserts seperti Pakej 1
2. With binder

Pakej 6 - RM 160 (incl. postage)
HARDCOPY FULL SET WITH BINDER (.pdf + printed inserts + binder)

1. Inserts seperti Pakej 2
2. With binder

Pakej 7 - RM 100 (incl. postage)
BINDER ONLY

1. No inserts

PERHATIAN

**Inserts bermaksud bahagian dalam planner.

**Semua harga hardcopy telah termasuk kos untuk ink printer, kertas, melubangkan kertas dan postage {Pakej 3 dan Pakej 4 kertas tidak dilubangkan kerana jarak lubang berbeza bagi penggunaan binder yang berbeza}.

**Saya sangat berharap para pembeli membuat pembelian melalui emel sebab kalau melalui whatsapp atau sms sahaja akan menyukarkan saya untuk keep on track senarai pembeli. Mohon maaf atas kesulitan, harap sudi follow cara pembelian di bawah ya. :*)

CARA PEMBELIAN:

E-melkan maklumat berikut kepada [susunatursioca@gmail.com]:

1. Nama untuk Front Page.
2. Bank pilihan untuk pembayaran (CIMB/Maybank/Bank Islam).
3. Pakej berapa.
4. Alamat e-mel yang aktif.
5. Alamat rumah untuk pengeposan (Pakej 3-7).

Berikut adalah preview inserts.

Gambar binder akan diupload kemudian insyaAllah.


Sekian pengumuman daripada saya. Sape-sape yang nak beli ikut je kaedah yang saya dah nyatakan di atas ya. Mohon maaf atas segala kekurangan.

Sekali lagi, mohon do'akan urusan study saya dipermudahkan ya...tak sabar nak kongsi-kongsi kat blog ni dan baca perkongsian dari anda semua. ;')

 photo footer.png

Kisah Ringkas PhD Saya

$
0
0
Assalamualaikum wbt,

Hai semua! Lama tak jumpa ya tak? Akak sibuk dengan study, tu lah pasalnya. Lepas dah setel, macam tak tahu pula apa nak diupdate kat sini. Dalam kepala masih kekal dan terbayang-bayang nombor-nombor dan graf-graf yang berserakan...

Apapun, alhamdulillah urusan belajar telahpun selesai. Officially selesai! Syukur, berkat do'a dari kalian juga.

Memang 2016 boleh dikatakan tahun yang mencabar sebab pada satu tahap saya merasakan telah sampai ke satu jalan mati yang tak nampak langsung jalan keluarnya dan hampir putus asa untuk meneruskan perjuangan PhD. Tapi, atas pelbagai sebab dan push factor, saya gagahkan untuk bangkit dan terus melangkah walaupun peritnya hanya Tuhan yang tahu. Langkah demi langkah itulah yang akhirnya menyampaikan saya ke garisan penamat.

Kongsi sikitlah gambar dengan readers yang dirindui...

Antara proses akhir study...yang panjanggggg...cukuppp panjangggg....

Cabarannya adalah pada sambung belajar dengan anak-anak yang masih kecil. Masa ni redah bawa diorang dan suami ber'kampung' di Bangi...demi ibu yang nak cari punca masalah analisis yang tak kunjung tiba penyelesaiannya...ibu dari pagi sampai malam duduk di makmal sambil ayah mengadun budak bertiga ni di sebuah rumah yang kami sewa sekejap dengan kawan...ni gambar pagi-pagi ayah bawa diorang hirup udara segar sambil ibu hirup udara makmal...tskk

Cabaran seterusnya...rumah takyah mimpi nak kemas, tersusun dan efektif sangat masa ni...hidup ibu masa ni tak sempat fikir susunatur dah...serius cakap, hanya mampu menghadap komputer dari pagi sampai malam. Kalau nak cerita balik peritnya rasa macam tak mampu...tapi itulah dianya antara sebab blog ni terbengkalai...

Pulun pulun pulun, push diri sendiri sampai tahap maksimum dah terover-over maksimum dah, AKHIRNYA siaplah segerombolan tesis fasa pertama ni. Hangpa ingat siap dah ka ni? Jauhhhhh.....jauhhh lagi...huhu. Ini baru masuk langkah SATU untuk fasa akhir. Berapa banyak langkah pula dalam fasa akhir ni...? Ha, banyak sangatlah senang ceritanya...hehe tapi takpe janji dah nampak sikit cahaya jadi kita cuma ikut sahaja...walaupun tersadung-sadung je kerjanya...

Sampailah jatuh-bangun-duduk-tersepuk itu menyampaikan kepada...

HARI PALING MENDEBARKAN...VIVA DAY...!! 

Orang kata ni kira macam medan tempurlah nak pastikan kerja-kerja kita diiktiraf...dan rezeki saya dapat tarikh viva elok jatuh pada bulan Ramadan iaitu hari ke-empat kita berpuasa. Senang cerita hari ini adalah hari yang Allah mudahkan dengan semudah-mudahnya untuk saya. Walaupun ianya analogi kepada sebuah medan pertempuran tetapi ia sebuah medan pertempuran yang dibantu Allah dengan membekalkan kepada saya semangat juang yang tinggi... 

Bukankah selepas kesusahan ada kesenangan? :')

Syukur alhamdulillah, saya tak gugup langsung, dapat present dengan sangat baik dan sangat yakin sehingga supervisor dan panel pun puji "high confidence level". MasyaAllah...!!

TIPS: Untuk mereka yang nak mudah urusan viva, terlalu banyak tips yang anda boleh cari di google tapi satu yang saya buat ni sangat-sangat membantu masa hari viva adalah - MOCK VIVA!! Sila pastikan anda ajak supervisor, kawan-kawan sepengajian dalam 4-5 orang, co-supervisors jangan lupa dan present depan mereka sebelum tarikh viva yang sebenar. Percayalah, mock viva ni sangat banyak membantu untuk kita buat dengan baik.

Bergambar dengan supervisors dan panel yang hadir pada 'hari kecut perut' tersebut...:')

Dan mempulun selepas itu adalah menyiapkan segerombolan lagi tesis dengan hardbound yang telah melalui pelbagai rencam dan renyah urusan pembetulan content, format, susunatur dan lain-lainnya...takpelah, hati dah tenang sebab setel viva jadi ambil masa seminggu je daripada tiga bulan yang ditetapkan untuk siapkan semua ni. Kira nak beraya dengan hati yang cukup lapanglah kiranya...

Dan hari-hari seronok pun tiba...konvokesyen day! ^^, 




Ya Allah jika anda tanya macamana saya buat semua ni sambil jaga anak...taktahulah saya nak kongsi macamana sebab saya sendiri masa menaip ni pun turut berada dalam fasa masih tidak percaya saya mampu sampai ke tahap ini. Allah jugalah selayak-layaknya saya kembalikan segala rasa syukur tidak terhingga. Serta suami dan anak-anak yang menjadi tulang belakang serta saksi jatuh bangunnya saya dalam perjalanan ini.

Kalau nak minta tips ke apa, insyaAllah saya cuba kongsikan nanti. Tips sangat tu tidaklah, cuma berkongsi pengalaman. 

Saya siapkan PhD ni lebih kurang 4 tahun. Secara umumnya tahun pertama dan kedua tahun yang yakin boleh siapkan dengan cepat. Masuk tahun ketiga dah mula ragu-ragu, awat buat-tak dapat, buat-tak dapat ni...dah mula rasa risau dan cuak. Tahun keempat tahun struggle sehingga ke titisan peluh dan air mata yang terakhir...

Tahu-tahu depan komputer dah dapat graf yang dikehendaki setelah sekian lama mempulun, dengan tak semena-mena air mata bergenang... Saya cuba bangkit dan cerita pada suami dengan suara tersekat-sekat antara gembira dan sayu...waktu nak dekat-dekat Maghrib masa tu...automatik selepas itu kepala jatuh ke bumi, merendah diri kepada yang memiliki segala ilmu ini - sujud syukur. 

Perasaannya sukar digambarkan bila Allah pancarkan sedikit cahaya di dalam lorong yang cukup gelap dan likat - tak jumpa jalan keluar, tak tahu ke depankah yang selamat atau ke belakangkah yang betul, serba buntu dan lemas...Allah bantu akhirnya dengan kasih dan sayangNya yang meluas... 

Perjalanannya cukup panjang, pengorbanan yang diperlukan juga tidak calang-calang, Allah biar hati ini jatuh pada kejatuhan yang paling dalam untuk menyedarkan Dia pemilik segala kekuasaan dan kebijaksanaan. Manusia tiada apa, yang bijak dan pandai hanya Dia. Pada diri ini hanya secebis ilmu yang dipinjamkan buat bekal diri untuk sentiasa sedar '...aku adalah hamba...'.

Buat pemilik-pemilik hati yang sedang dalam proses yang sama, kutitipkan do'a terbaik buat kalian. Semoga berjaya dan terus cekal...!!

Buat peminat susunatur, insyaAllah tahun ni saya nak kembali menulis di sini, buat kongsi-kongsi hobi...kita cuba mana sempat ya...lama dah tak jenguk blog susunatur yang lain...

Sekian dulu, jumpa lagi!

#tidakterlalusibuk
#tapimasihmeneruskansakibakikerja
#jurnaljurnaltertunggak

 photo footer.png

Budget Planner 2017 Up For Sale - Tema JIMAT CERMAT!

$
0
0
Assalamualaikum wbt,

Kisah Budget Planner 2017 by SusunAturSioca.

Planner-planner ni untuk kegunaan sendiri memang lama dah buat. Semenjak sekolah menengah memang tabiat mencatat semua benda. Semenjak universiti dulu dan awal nak masuk alam perkahwinan, saya dah mula serius mencatat keluar masuk duit bermula dari persiapan untuk perkahwinan sehinggalah membawa kepada tahun-tahun seterusnya... Saya mungkin dari kalangan OCD yang jenis pemikir dan suka view sesuatu perkara dari sebesar-besar hingga ke sekecil-kecilnya. Sebab tu, dengan mencatat, barulah saya akan rasa lega. Kalau tak, macam traffic jam dalam kepala ni.

Tahun 2011, blog SusunAturSioca lahir. Tahun 2014, saya dah mula jual planner sendiri, guna blog ni. Tiap tahun ada je planner, termasuklah tahun kelam kelibut saya - 2016. Nak jual tu sebab suka share apa yang saya rasa praktikal untuk saya, nak juga bagi orang lain rasa, kot ada manfaat selain boleh jana income.

Tahun ni alhamdulillah sempat lagi siapkan satu lagi planner. Tapi kali ni, mengkhusus kepada BUDGET planner ataupun perancangan BELANJAWAN. Tak ada yang fancy-fancy dan tak ada general-default-planner macam yang biasa korang tengok di mana-mana. Ni 100% totally dari buah fikiran saya sendiri setelah berkecimpung sekian lamanya menghasilkan planner untuk kegunaan sendiri. Tak komersial pun macam planner orang lain dan sendiri nak pakai je sebenarnya, tapi insyaAllah cukup PRAKTIKAL untuk digunakan.

Tema planner kali ni adalah JIMAT CERMAT. Sebabnya tahun ni seperti dimaklumi adalah tahun ekonomi gawat dan semakin meruncing. Belum nampak cerah lagi setakat awal 2017 ni. Jadi, kita ikut la flownya...mesti catat keluar masuk duit dengan teliti supaya tak over-budget atau sesak-bila-hujung-bulan. Harap-harap planner ni boleh bantu sikit sebanyak keruncingan isu ekonomi ni.

Kecil. Nipis. Ringan.

Saiz planner kali ni sebesar tapak tangan sahaja iaitu A6 size. Muat masuk handbag. Senang dibawa ke mana-mana. Sebab buat saiz ni adalah kerana planner saiz A4 (seperti tahun 2014 dan 2015) atau A5 (tahun 2016) lebih banyak tersadai di meja sahaja dek kerana seringnya saya ke sana sini mengurus pelbagai perkara terutamanya urusan belajar. Oleh itu saiz yang paling praktikal bagi saya adalah saiz sekecil A6 ini.

*sebagai info, separuh A4 dipanggil A5, manakala separuh A5 menjadilah A6.

Bila nak masukkan planner dalam handbag, mestilah taknak yang bulky-bulky kan? Kalau tebal, dah tentu akhirnya malas nak bawa sebab berat. Sebab tu, nipis turut menjadi faktor penghasilan planner kali ni. Apa yang ada dalam planner ni memang telah dinarrow-downkan kepada yang BETUL-BETUL digunakan sahaja. Very practical!

Saya lebih menekankan kita melihat isu yang banyak dan besar hanya dalam mukasurat yang sedikit sahaja. Jangan risau tak muat sebab isu besar pada asasnya tidak sebanyak isu-isu kecil. Macam yang kita biasa dengar, cerita tentang memenuhkan sebuah gelas dengan batu-batu. Kita kena isi dulu dengan batu-batu besar diikuti batu-batu sederhana, kecil dan seterusnya...barulah muat masuk semuanya.


What's inside?

Apa yang ada dalam Budget Planner ni?

Planner ni dimulakan dengan muka hadapan yang akak masih tak boleh nak move on lagi sebab terlalu suka dengan design ni - diikuti kalendar 2017.

MUKA HADAPAN  

KALENDAR 2017  

TEN YEARS PLANNER  

Kali ni, kita ada special features untuk planning sepuluh tahun kehadapan. Pernah dengar kan pasal ni? Plan mesti ditulis atas kertas untuk visualizeIf you fail to plan, you plan to fail. Dalam ni, macam-macam sebenarnya boleh diisi tapi fokuslah pada isu yang besar dan penting sahaja. Contohnya, letakkan pada bahagian ni target nak umrah dan haji bila, nak ada next baby bila (amboihh family planning), kalau ada yang nak sambung belajar pun boleh letak sini bila nak mula, bila nak tamat, achievable atau tidak dan lain-lain yang penting. Jadi, boleh agak impian kita tu mampu atau tidak untuk dicapai bila tengok macam ni. Letak anak start masuk sekolah rendah bila, sekolah menengah bila pun boleh. Tapi ingat, hanya isu besar sahaja ok.
3-MONTHS-IN-A-GLANCE PLANNER  

Diikuti 3-months-in-a-glance planner. Ini juga special features yang dimasukkan untuk memaksimakan penggunaan ruang planner tanpa meninggalkan perkara-perkara penting. Dalam bahagian ni ada beberapa perkara menarik:

  • Tarikh Masehi 
  • Tarikh Hijri 
  • Cuti umum nasional
  • Tarikh special occasion seperti Hari Guru (boleh juga letak birthday)
  • Tarikh full moon dan new moon (berguna untuk mengamalkan puasa hari putih)
  • Tarikh gaji penjawat awam
  • Kotak-kotak tambahan untuk nota kaki 
MAKLUMAT PENTING  

Kemudian, kita masuk ke bahagian utama planner iaitu Pendapatan dan Belanjawan, yang dimulai dengan bahagian untuk isi maklumat penting seperti nombor akaun dan lain-lain.

Selepas itu, ada bahagian untuk isi: 

* Sumber Pendapatan
* Belanja Bulanan
* Belanja Tahunan
* Belanja Special Occasion/Travel 
SUMBER PENDAPATAN 2017  
*Gaji ke, bisnes ke, elaun khas ke, elaun belajar ke...boleh letak sini.

BELANJA BULANAN 2017  
*Bayaran bulanan untuk rumah, kereta, elektrik, air, telefon, internet dan sebagainya pula di sini. Semua kolum penting telah diletakkan seperti tarikh gaji, berapa income, berapa baki, duedate dan lain-lain.

BELANJA TAHUNAN 2017  
*Bayaran tahunan pula seperti Indah Water, cukai pintu, cukai tanah, insurans dan roadtax kereta dan sebagainya pula di sini. Pada bahagian ni, selain boleh letak berapa amaun perlu dibayar juga boleh diisikan berapa kena save sebulan untuk bayaran pada tarikh tersebut.

BELANJA SPECIAL OCCASION/TRAVEL  
*Boleh letakkan amaun untuk celebrate birthday, anniversary, travel atau hari guru...dan lain-lain di bahagian ni.

SAVING TRACKER  

Seterusnya, kita ada Saving Tracker untuk track flow saving kita macamana.
EXPENSES TRACKER  

Expenses Tracker ni sebenarnya nak track perbelanjaan bulanan seperti belanja dapur yang berubah-ubah valuenya setiap bulan. Penting supaya kita tahu ke mana wang yang diperuntukkan tu dibelanjakan. Adakah lebih kepada keperluan atau kehendak? Ada juga bahagian untuk belanja miscellaneous dalam ni...yang selalu terover-over bajet setiap bulan tu, boleh pantau dan track apa sebab over-budget. Catat dalam jadual nilah semua expenses tu.

SIMPAN & BELANJA  

Selain expenses bulanan yang wajib tu, ada juga bahagian untuk 'KEHENDAK YANG WAJIB'. Macam barang keperluan organizing (CONTOHNYA...^^,)...yang ni masuk dalam bahagian Simpan & Belanja. Yang ni ikutlah, kalau ada lebihan gaji, baru simpan secara berkala untuk beli apa yang kita perlukan tu. Atau kalau ada untung bisnes lebih bulan tu pun boleh peruntukkan untuk bahagian ni. Ikut masing-masing...


Nicely fits in my handbag - bersama sistem sampul yang lain...

Bila buka handbag...
Ditutup tetap kemas - tak bulky, tak berat...

Harga?

RM 25 sahaja include postage...!!

Kalau nak lebih untung, boleh beli sambil jana pendapatan pada harga borong. Emel saya untuk tahu lebih lanjut.

Cara beli?

Emel [susunatursioca@gmail.com] ATAU whatsapp [0132068411] 

Tajuk emel: Budget Planner 2017 by SusunAturSioca (your name)
Nama:
Alamat:
No telefon:

Cara bayaran akan diberi selepas confirm order.

Sebarang cadangan/soalan boleh direct tanya saya.

Terima kasih, happy shopping!!

p/s Beli cepat-cepat ok sebab insyaAllah takde aral melintang, awal bulan 4 saya dah start berpantang. Takut banyak pos tertangguh sebab cik abang pun kebizian sekarang ni...[doakan urusan kelahiran kali ni dipermudahkan ya ^^,]

 photo footer.png

Kos Buat Kabinet Dapur {Rekabentuk Sendiri}

$
0
0
Assalamualaikum wbt,

Hai semua! Apa khabar?

Hari ni saya nak cerita sikit kisah kabinet dapur saya {kitchen cabinet}.

Wah tiba-tiba lama menyepi, keluar cerita KC teruih, cerita 6 tahun lepas pulak tu...hehe

Yang pakat duk emel tanya macamana nak design kabinet dapur, berapa harga, buat dengan siapa dan sewaktu dengannya tu, entri ni didedikasikan untuk anda ;p


Mula-mula saya buat kabinet dapur ni pada tahun 2011, jumlah keseluruhan adalah lebih kurang RM 7k {Sam Home Cabinet}. Kemudian, saya ubahsuai pada tahun 2013 sebab table top retak dengan kos RM 2k {Azmi Kedel}. Ada saya kongsi DI SINI. Saya ubahsuai lagi pada tahun 2015 dengan kos RM 3k {Recon Stone Melaka}. Ni sebab tambah kabinet, nanti saya cerita {insyaAllah}.

Jadi, jumlah semua termasuk kabinet, hob hood dan ubahsuai adalah tak sampai RM 15k. Kalau anda takde masalah macam saya, seperti retak dan penggunaan ruang yang bagus, tak perlu pun kos-kos ubahsuai tu.

Masa awal-awal nak buat kabinet dapur ni, bukan sikit-sikit kedai yang kami survey. Hampir semua kedai area Melaka dan Bangi kami terjah satu-satu dan hampir semua bagi sebut harga sekitar RM 10k - 15k. Cuma Sam Home Cabinet sahaja yang paling ok harga dan materiallnya iaitu RM 7k sahaja. Jadi, pesan saya surveylah betul-betul sebelum buat ok.

Nak buat kabinet dapur ni ikut korang sebenarnya. Boleh design sendiri, boleh juga design yang kontraktor bagi. Sama je harganya. Selain tu, material kerangka, body dan pintu semua berbeza-beza harganya. Yang ni korang boleh search sendiri. Saya guna body dan pintu daripada melamine board. Table top mula-mula pakai marble, bila retak pakai solid surface. Lepas tu, jangan lupa juga hob, hood, sinki, built-in rack segala tu. Hob hood saya jenama Effegi berharga RM 1k.

Saya lukis design kabinet dapur yang saya nak ni bukan satu dua kali je terus jadi. Antara proses yang terlibat adalah seperti gambar kat bawah. Dalam design tu, saya senaraikan setiap bahagian KC nak letak apa supaya saya dapat kabinet dapur yang betul-betul efektif {yang bertulis pensel}. Kalau ada KC tapi barang bersepah jugak atas table top, tak efektiflah KC tu kan?

Antara pre-design process yang memeningkan...

Designlah sampai puas hati dan google semua maklumat. Dah setel design, barulah bincang dengan kontraktor anda untuk ke langkah seterusnya. Bincang betul-betul supaya depa faham apa yang kita nak. Pastikan tiada miscommunication masa ni. Terutama bab bayaran, material yang nak diguna dan sebagainya. CATAT dan AMBIL GAMBAR semua benda sebagai bahan bukti dan rujukan masa akan datang.

Ni masa nak mula pasang dah...





Ini tall unit namanya...unit ni ramai kontraktor quote mahal...tapi dengan Sam murah...RM 300 je untuk 1 unit...taktahulah sekarang ni berapa...ni 6 tahun lepas punya cerita. Saya ada 3 tall unit macam ni kat KC saya.

Wet kitchen...

Dry kitchen...

Dua bahagian ni RM 7k termasuk cas travel Nilai-Melaka...murah ke idok?? ;)



Saluran aluminium untuk hood atas tu nanti dia cover dengan melamine board yang sama...

Ini bahagian dry kitchen tadi...nampak pintu panjang tall unit tu kan...tu kalau buka nampaklah seperti di bawah...

Jadi ruang untuk letak penyapu, payung atau any tools yang panjang...sebab tu bagus design sendiri ni, boleh pilih nak macamana fungsi ruang kita. 

Proses pasang built-in rack...{Sam bagi percuma 6 unit built-in rack jenis stainless steel dan boleh slide, kualiti mantap!}


Dah siap semua, tinggal table top, hob dan sinki je...kerja ni Sam sub pada orang lain. Dia tak buat table top. Tak tahulah sekarang kalau dia buat dah...

Setel pasang table top, hob dan sinki
{masa ni pilih sinki 3 bowl - sinki pun Sam bagi}

Peratus keseronokan 99%

1% lagi biasalah cacat cela sikit-sikit tu biasa

Sebagai contoh bahagian ni...perasan tak bawah kabinet dinding ni {wall cabinet} dia putih gitu je...macam tak siap je rupanya...kalau kat dry kitchen ok je macam kat bawah ni...

Kan elok rupa dia...Sam kata tak nampak maa {yang area wet kitchen tadi tulah}

Ya, awak tinggi memanglah tak nampak, saya comel, nampak...hehe...tapi, tu benda kecil je...solutionnya adalah saya cat je papan putih tu dengan cat coklat....setel! ^^,

Inilah lukisan final kabinet dapur saya {area wet kitchen}...saya lukis pakai tangan je ni, asal faham...

Real wet kitchen...

Load in barang-barang...

Ni pula lukisan kabinet dapur area dry kitchen...

Real dry kitchen...berubah sikit kedudukan dengan yang design...sebab nak jimat kos wiring dan piping air

Overall saya puas hati sangat. Sam pun kerja ok, takde bertangguh atau ngelat. Ni buat 6 tahun lepas, sekarang mungkinlah dah naik harga sikit kan. Tapi, sepanjang pakai ni, semua material body dan pintu masih ok, takde yang kembang atau runtuh. Berbaloilah buat KC, dapur pun nampak lebih tersusun dan dah hasilkan macam-macam jenis masakan - air tangan ibu, cewah ;) 

Kecuali top retak tu jelah sebab tersalah pilih marble {tapi dah dibaiki dan dikongsi ceritanya DI SINI}. Kalau takde masalah retak atau nak tambah kabinet ke memang tak perlu ubahsuai apa-apa pun. Bab tambah kabinet, tukar sinki semua tu nanti saya kongsi lagilah kalau berkelapangan, insyaAllah...{nak dengar ke hehe}

Saya tak ada apa-apa bayaran pun untuk review Sam ni. Memang saya kongsi apa yang saya guna. Mungkin ada yang lebih baik dan murah, pakat sharelah ya. Kalau nak survey yang ni, contact Sam terus.

-google-
Sam Home Cabinet
016-687 9687/016-667 9687/016-9961678 (wife Sam)
No. 41 Jalan Seksyen 1/27, Taman Industri Kajang Utama
Showroom : No.37-1-1A Tingkat 1 Jalan Medan PB2 43650 Bandar Baru Bangi
Showroom : PT 12944 Jalan BBN 1/7D, Putra Indah, Putra Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan

Sekian sahaja perkongsian kabinet dapur hari ini. Rasa-rasa kongsi habis dah ni, kalau ada soalan lagi, bolehlah tanya. Tapi cerita ni bersiri tau. Ni baru episod 1. Episod 2 dah tercerita awal, so ada lagi 4 episod. :)

Cerita 1 {KC awal} --- hari ni!
Cerita 2 {baiki table top retak}
Cerita 3 {tambah kabinet laci}
Cerita 4 {sinki yang efektif}
Cerita 5 {dishwasher}
Cerita 6 {tempat tos pinggan}
Cerita 7 {tempat gantung kain lap}

Sedikit tips untuk yang nak design kitchen cabinet sendiri:

1. Lukis je dulu bentuk asas nak macamana.
2. Tentukan fungsi ruang setiap bahagian.
3. Pastikan sesuai dengan sumber elektrik dan air.
4. Baiki semula setiap bahagian supaya praktikal.

Ni contoh FUNGSI RUANG kabinet dapur saya...perincian DI SINI ya...

Sekian dulu, semoga bermanfaat dan jumpa lagi!

 photo footer.png

Bila dah lama tak update blog.

$
0
0
Assalamualaikum wbt,

Rasa janggal nak menulis balik tu memanglah ada.

Suami selalu kata: "Update jelah apa-apapun. Bukak komputer tu, taip je..."

Saya: "Kalaulah semudah itu..."

Saya sejenis {trend orang cakap sejenis ek sekarang} yang perlukan sekitar seminggu untuk siapkan satu entri. Macam tulis jurnal dah kaedahnya. Kalau jurnal, kena ada introduction, methodolgy, results and discussion, conclusion, references bagai..blog pun kena ada flow cerita juga. Tak adalah spesifik macam jurnal tapi kenalah ada juga.

Flow ni macam keywordlah dalam menulis {sama je baik blog, jurnal, tesis, buku dan lain-lain}. Pastu format lagi satu hal. Mana nak huruf besar, mana nak bold, mana nak italic. Tak masuk lagi bab gambar. Nak edit, nak resize, nak letak watermark...ehhh, tak adanya 'main taip' je...#whysocomplicated #isitnormal #adoii


Tu tak masuk bab kekangan masa lagi. Sekarang ni banyak masa digunakan untuk anak-anak. Anak pun dah masuk 4 {alhamdulillah}. Kakak-kakak abang semua dah masuk sekolah. Bila masuk sekolah faham-faham jelah. Asyik terkejar-kejar tiap hari {entah apa nak kejar pun taktahulah}.

Sistem sekolah sekarang kan makin complicated. Soalan exam je macam nak gi perang dah rasa. Sebab tu, "when in doubt, choose the kids, there will be plenty of time to choose work, later". Walau sesibuk manapun, urusan anak-anak kena nombor satu.


Sentiasa kena choose wisely. Kids grow up very fast. Sayang kalau masa yang singkat tu tak terisi dengan memori yang indah untuk dikenang.

Walau bagaimanapun, bukanlah nak janjikan bulan dan bintang, tapi saya akan usahakan juga untuk terus berkongsi cerita susunatur kat sini {insyaAllah}. Mana-mana baik tu ambillah, yang tak baik tu tegur-tegur ya.

Sehingga berjumpa lagi!

#rinduampasuma
#jomsusunaturbaliklaweii
#pimanasumanii
#helloanybodyhomee
#adakerjalain
#tapilayanblogdulu
#sejenisterapi
#metime
#semangat2018
#serusemangatampa
#semangatsusunatur
#demamhashtag
#rajinampabaca;)
#soapalagi?

 photo footer.png

Boleh Ke Extend Kabinet Dapur Sedia Ada?

$
0
0
Assalamualaikum wbt,

Hai bertemu lagi!

Hari ni kita sambung cerita kabinet dapur lagi ok.

Cerita 1 {KC awal}
Cerita 2 {baiki table top retak}
Cerita 3 {tambah kabinet laci} --- hari ni!
Cerita 4 {sinki yang efektif}
Cerita 5 {dishwasher}
Cerita 6 {tempat tos pinggan}
Cerita 7 {tempat gantung kain lap}


Kabinet dapur saya ni sebenarnya ada ruang yang agak besar tak digunakan di hujung tu {anak panah}. Masa design dulu, saya ingat jadi sempit kalau buat sampai hujung, nanti susah nak keluar pintu. Sekali bila dah pakai ok je sebenarnya nak keluar masuk pintu walaupun ada kabinet sampai hujung.

Sebab tu, saya extend.

Ada dua pilihan masa ni. Boleh tambah laci, boleh juga rak biasa. Saya pilih laci sebab nak letak barang non-consumables {seperti pinggan mangkuk, cawan, gelas}, jadi lebih mudah guna laci. Tarik je dan keluarkan. Kalau rak biasa, kena keluarkan yang depan dulu baru boleh capai barang kat belakang.

Bermulalah operasi mencari kontraktor.

Lama juga proses survey kali ni. Kebanyakan kontraktor taknak ambil projek yang berskala kecil macam ni sebab untung tak banyak. Kalau adapun, mahal sangat pula.

Akhir pencarian, jumpa juga yang paling sesuai bajet iaitu Recon Stone Sdn Bhd, Melaka dan kerja-kerja ubahsuai pun bermula.

Mula-mula Ah-Keong (pekerja sub-con Recon Stone} cabut papan hujung ni dulu...ambil ukuran segala dan datang esoknya untuk pasang.

Mula pasang...





Siap...!

Nampak macam senang kan tapi lama juga dia buat ni. Hampir sehari...proses nak ngamkan kabinet baru dengan kabinet asal supaya kemas tu yang jadi lama. Tu sebab tak ramai kontraktor nak buat, kerja renyah. Baik buat kabinet baru terus, berbanding ubahsuai macam ni. huhu 

Sambil Ah Keong buat kerja, saya snap gambar ni. 
Nak tengok material dalam kayu ni. Ni melamine board Recon Stone...

Ni melamine board Sam Home Cabinet yang Ah Keong cabut bahagian hujung tadi... 

Now you know why Sam boleh bagi murah kan ;) 

Jenis Recon Stone tu nampak lebih kukuh {dan memang lebih berat pun}. Yang Sam punya tak ada lapisan kayu dan nampak lebih ringan. Kalau rendam dua-dua ni, sudah tentu jenis Sam lebih cepat rosak berbanding Recon Stone. Tu kalau korang nak rendam KC koranglah...hehe

So, ikut bajet masing-masinglah ya. Kalau bajet besar, tentulah bagus ambil macam Recon Stone ni. Kalau bajet sederhana, ambil jenis Sam pun sebenarnya dah mencukupi. Saya pakai sampai sekarang ok je. No regrets, worth buying.

Kalau bajet kecil pula, boleh ambil jenis Mica {ke apa tah namanya} tu memang jenis paling tak tahan kena air. Kalau nak buat area dry kitchen ok je. Syarat jangan kena airlah. Kalau rumah kat kawasan banjir, lebih baik buat konkrit terus. Tapi, kena pandai pilih kontraktor. Kalau tak betul pasang, nanti boleh tercabut juga tiles tu semula. 

Semua ada pro & cons. Pandai-pandai pilih nak mana.

So, jadi macam ni je ke atas ni? 

jeng jeng jeng...

Tentulah takkk...kita ada table top nanti atas tu...macamana agak-agak rupa dia? Main sambung je ke atau tukar baru ke atau macamana? 

Kita tengok next entri nanti ya {insyaAllah}. 

Kalau tanya saya ok ke tak Recon Stone ni, saya jawab OK. Saya puas hati dengan kerja diorang. Hasil kerja kemas. Walaupun tambah kabinet lain, tapi hasil akhir nampak macam sekali pasang je semua. Tak nampak pun macam tiba-tiba seketul berlainan kat situ. Harga pun tak overpriced. Kalau nak contact, boleh cuba:

Recon Stone Sdn Bhd, Melaka
Tel: 016-610 6023
Alamat: 31, Jalan Ttc 15, Taman Teknologi Cheng, 75250 Melaka, Malaysia

Atau Ah-Keong (013-320 5267)

Sama macam Sam hari tu ya. Takde komisen pun review ni. Perkongsian ikhlas dari hati untuk mudahkan orang yang nak survey-survey.

Jumpa di next entry ya!

#ceritaprojekdulu
#projeklama
#barunakkongsi
#caritasusunaturnantinanti
#semogaterusrajin

 photo footer.png

Relocate Dan Kemas Rumah Plastik

$
0
0
Assalamualaikum wbt,

Lepas ubahsuai dapur hari tu, saya turut rombak tempat letak plastik. Dulu saya letak bawah sinki. Saya pernah cerita dulu.

Saya letak dalam rak Cosway ni... {Lipat Plastik} {Storan Plastik}

Sekarang saya dah alih tempat plastik ni, letak bawah hob memasak pula. Bawah sinki saya khaskan untuk letak peralatan mencuci dan barang-barang kereta je. Ada masa saya kongsi nanti.

So, inilah rupa dia sekarang. haha ya ampunnn...
Tak boleh banyak lagi ke plastiknyaaaaa.....x___x

;P

Yang senang beranak pinak kat dapur ni : 1. Plastik-plastik 2. Botol-botol 3. Bekas-bekas tipuware. Tau-tau je dah penuh. Berapa banyak pun saya buang/donate, nanti penuhhh balik. Ni lifetime punya proses ni. Tak ada end date ;p

Sebab tu kena purging atau sisih, at least 6 bulan sekali. Kalau tak, serupa hoarder dah...ni saya proses plastik ni semua ikut saiz, besar sampai kecil...mana ok saya ambil. Selebihnya saya buang/donate.

Ni proses purging ya. Nama lain dia SISIH.

Hasil yang dikemas tu biasanya dibahagi kepada tiga bahagian iaitu 
KEEP, TOSS, DONATE. Lebih detail boleh tambah SELL atau RELOCATE.

Hasil purging...{sejenis terapi tengok hasil purging...}

Banyak dah buang, yang ni semua elok lagi, saya bagi pada mak saya. Plastik hijau kiri tu saya sisih botol-botol {nanti saya cerita lain}. Plastik-plastik ni semua saya asingkan siap-siap tiga bahagian, senang mak saya nak guna {plastik besar, plastik kecil, beg kain}.

Ni hasil lepas kemas dalam kabinet....;)))

Saya dah tak pakai rak Cosway tu kat sini sebab tak praktikal untuk ruang ni. Tempat ni pun memang dah ada rak. So, saya letak kain-kain kat atas, dan plastik-plastik kat bawah.

Perasaan? 
Sejenis legaaaaaaaaaaaaaa....... ^_____^

Cuba perhatikan dalam bakul merah tu. Tu hasil yang tinggal lepas purging yang saya KEEP. Saya bahagikan kepada empat bahagian plastik iaitu saiz XL, L, M dan S dan setiap saiz tu saya hadkan 10 helai sahaja setiap satu. Banyak-banyak bukan pakai pun. Plastik hijau dan hitam tu pula plastik sampah.

Saya juga tak lipat kecil-kecil dah plastik-plastik ni semua macam dulu lagi. Satu sebab penat lipat kang kejap dah sepah balik. Yelah, nak ambil kadang main tarik je. Dahlah nak lipat ambil masa. Tak efektif, so saya ubah sistem. Yang ni kalau main tarik je, taklah kecewa sangat kalau sepah pun. hehe

Dua, sebab saya dah mansuhkan operasi lipat melipat sekarang sebab ianya sangat-sangat memakan masa. Dulu sempat je, sekarang semedang tak sempat. Termasuklah lipat baju, juga sudah saya mansuhkan sistem tersebut. Yang ada sekarang lebih mudah mantain dan lebih jimat masa. Itu masuk cerita lain nanti ya. 


Ada nampak satu beg kertas kuning di belah kanan bawah tu kan. Tu fungsinya untuk dump in plastik-plastik baru. Nanti akan diproses pada musim purging akan datang {siap musim ko ;p}. 

Kalau tak ada beg kertas ni, nanti dalam bakul tu sepah balik dan jadi tak efektif semula. Nampak kecil je fungsi beg kertas ni tapi sangat signifikan untuk keberkesanan sistem. 

Yang penting bila dah penuh silalah proses. Kalau bertangguh sama je ceritanya. Tunggu dah tak larat tengok nanti baru buat. heheh

So, inilah before after

Ini saya panggil 'rumah plastik dan rumah kain'. Di dapur kita, perlu ada ruang-ruang begini supaya senang nak cari barang dan senang nak kemas. Contohnya bila ada rumah plastik ni, tak adalah bersepah semua tempat dengan plastik kan.

Selain tu, dapur saya ni ada juga 'rumah tipuware', 'rumah botol-botol', 'rumah pinggan mangkuk' dan macam-macam lagi. Semua tu saya akan cuba kongsikan. Mana tahu kot korang boleh dapat idea untuk kekalkan kekemasan dapur korang pula kan.

So far, sistem 'fungsi ruang' macam ni memang sangat efektif untuk saya dan sangat memudahkan untuk saya buat maintenance. Senang nak kemaslah kiranya. Tuju satu tempat je tiap kali pun.

Camne korang simpan plastik korang pula?

Jom kongsi-kongsi...

 photo footer.png

Cara Memaksimumkan Penggunaan Planner

$
0
0
Assalamualaikum wbt,

Semenjak tahun lepas sebenarnya, saya dah ubah banyak fungsi bilik kat rumah ni. Sekarang dah ada bilik baju dan ruang dobi. SOHO memang dah lama ada. Dulu panggil ruang belajar/bekerja. Last saya update ada cerita DI SINI. Lepas tu, banyak berubah juga. Tapi, tak sempat masa tu nak kongsi.

Ni masih lagi dalam proses nak menyetelkan bilik SOHO. Tak adalah gempak mana. Kedudukan sama je cuma bertukar perabot sikit.

Tapi sebelum nak cerita pasal susun atur bilik, hari ni saya nak cerita dulu pasal planner - hasil daripada mengemas bilik ni.

Ni ambil gambar sikit je, kalau gambar penuh nanti takut pengsan. ;p

Kertas apa banyak-banyak ni semua?

Sejenis mencatat namanya kan. So, menjadi tabiat saya untuk capai je kertas kosong dan catat apa nak adanya. Planner by Sioca sudah tentu digunakan, sampai naik lunyai dah bendalah tu. Bila ada benda nak catat yang tak cukup ruang dalam planner, tu yang guna kertas je tu.


Ada macam-macamlah benda nak catat. Contohnya macam kat atas ni. Rutin mencuci/mengemas yang berubah-ubah ikut musim {musim rajin, musim tak rajin, heheh}. Ada juga Ramadan Cleaning

Idea tu kadang datang macam angin lalu, sepoi-sepoi bahasa. Kadang macam angin taufan, laju dan pecut. Kalau tak catat nanti tak ingat.


Ada juga catatan untuk info travel. Bila nak travel, mesti kita survey macam-macam kan. Semua info survey tu saya suka catat sampai bersepah-sepah hasil catatannya pun.

Macam-macam lagilah benda yang on the spot nak catat ni. Kalau tak ada kertas, saya akan guna handphone. Lepas tu, saya akan masukkan dalam planner mana-mana yang perlu. Selalunya capai kertas jelah.

Sebab tu, setelah difikir-fikirkan, untuk merancang dengan baik dan tersusun, I need {at least for me} two types of planner. Itulah saya grab bullet journal dan fixed planner tahun ni.

 Tuan tanah kedaung menyelit ;P 

Bersemangat tuan tanah kedaung tahun 2018 ni...awal-awal dah beli planner...nak aktif berblog balik katanya....;P Semoga mampu mendokumenkan planner dengan lebih teratur dan mudah untuk dirujuk kembali.

So, apa benda bullet journal ni sebenarnya?

Basically dia kertas kosong je sebenarnya, macam notebook biasa, yang dicatat atau dijurnal segala urusan kehidupan. Boleh google ya kalau nak tahu lebih lanjut. Ada yang jenis buku, tapi saya prefer jenis refillable sebab boleh tambah/buang kertas ikut suka.

Fixed planner pula standardlah yang ada monthly planner, finance tracker, expenses tracker dan macam-macam lagilah. Kalau tahu buat sendiri fixed planner pun boleh je gabung dengan bullet journal. Sendiri nak pakai kan, mesti tahu nak yang macamana.

Soalannya.

1. Perlu ke planner?

Bergantung pada individu. Ada yang perlu, ada yang tak. Kalau saya sejenis yang perlu sebab otak selalu jammed dengan macam-macam-benda-nak-masuk-fikiran. Kalau tak catat, boleh hilang terus dari radar, heheh. Benda tak penting takpe. Kadang benda penting tu yang sayang tu.

2. Ada planner ke takde ke, sama je.

Tak sama kalau anda tahu fungsi planner. Rancangan atau impian yang ditulis lebih tinggi kebarangkalian untuk dicapai berbanding hanya simpan di dalam fikiran atau di hati. Hasilnya bukan sekarang. Mungkin 10 tahun akan datang. Tak rugi kalau tahu gunakan planner sebaiknya.

3. Planner tahun lepas selalu kosong, rugi je rasa.

Rugi kalau tak tahu guna. Planner ada banyak jenis. Cari planner yang anda suka dan tahu guna. Ada bullet journal, ada fixed planner, ada macam buku, ada leatherrefillable, ada spiral binding, ada ring binding, ada blank refill, ada bergaris, ada grid, ada juga dotted. Eh macam-macamlah ada. Kertas A4 sahaja pun boleh jadi planner kalau tahu guna dan dokumenkan lepas tu.


4. Nak tulis apa dalam planner sebenarnya?

Ikut fungsi planner. Ada suka memasak. Buatlah meal plan. Ada berstatus pelajar. Buatlah jadual belajar. Ada yang nak improve diri sebagai muslimah yang baik. Belilah planner muslimah. Ada businesswoman. Belilah planner bisnes.

5. Tak ada ke yang boleh all-in? Tak suka banyak sangat planner.

Ada, buat sendiri. ;)

6. Membantu ke ada planner ni semua?

Bergantung pada individu. Apa yang boleh saya kongsikan, successful people {yang kebanyakannya millionaires} also got their own planner and they work for it sebab tahu goals and values diorang nak capai. Yeahh, I googled it to just let you know - planner did helps!


So, successful people did plan too, kan? Depa ada la resepi lain untuk berjaya tapi plan is one of them.

On top of all questions, macamana nak maximize penggunaan planner ni sebenarnya dan make it works for us??

Bagi saya, jawapannya adalah menggunakan dua jenis planner {ni solution untuk diri saya sendirilah selepas kejadian selambak kertas macam kat atas tu}.

Satu, bullet journal untuk catat EVERYTHING.

Dua, fixed planner untuk merancang mengikut sistem yang ada dalam planner tu.

No matter what planner you are using, the keyword is you must WRITE your plan. Macam saya kata, tulis atas kertas A4 saja pun dah jadi, yang penting TULIS!

Lepas tulis jangan lupa take action pula ya :)

Jom berplanner...

 photo footer.png

Nak Tambah Koleksi Shawl Dan Tudung?

$
0
0
Assalamualaikum wbt,

Wahhh, koleksi kemain. ;p

Semenjak dua menjak ni, teringin pula nak melaram pakai shawl cantik-cantik. Nak beli kat kedai tu boleh je, tapi nak belek lama-lama tu sesuatu yang tak menyempat kadang tu. So, beli online je senang.

Tak cakap tipu ni. Tengok je shawl-shawl kat bawah ni semua terus jatuh hati. ♥♥♥


Tak ke rambang mata dibuatnya tengok shawl-shawl ni semua? 😱 😱 😱

Serius cakap, shawl-shawl ni semua sangat-sangat cantik dan affordableWorth your penny la orang kata.

Pilihan pun banyak dengan harga serendah RM15. Ikutlah nak yang macamana, nak mahal ka murah ka...yang penting macam-macam design ada...berbaloi-baloi!

So, apa lagi? Boleh start shopping shawl dah tu jom! ;D

 photo footer.png

Sinki Berapa Bowl Yang Efektif {jawapan}

$
0
0
Assalamualaikum wbt,

Ni entri nak jawab soalan tahun 2015 ni... ;p

Cerita 1 {KC awal}
Cerita 2 {baiki table top retak}
Cerita 3 {tambah kabinet laci}
Cerita 4 {sinki yang efektif} --- hari ni!
Cerita 5 {dishwasher}
Cerita 6 {tempat tos pinggan}
Cerita 7 {tempat gantung kain lap}

Al-kisah bila dah tambah kabinet laci ni, kenalah tambah table top juga kan. Takkan nak biar gini je...


So, masa nilah saya decide nak tukar sinki sekali. Tu yang saya tanya korang pengalaman masing-masing kat ENTRI NI.

Ramai yang prefer sinki 2 bowl.

Tapi menurut pengalaman saya yang dah pakai sinki 2 dan 3 bowl ni, dua-dua masih tak cukup efektif buat saya. Satu, dia makan ruang dan mengehadkan ruang bekerja. Dua, selalu nampak semak sebab fungsi tos pinggan tu.

Waktu-waktu tenang...

Waktu-waktu crowded...{ada lagi crowded daripada ni}

Kadang tak sempat nak clearkan malam-malam walaupun dah jadikan rutin harian. Sebab tu saya pilih sinki 1 bowl je kali ni. Tujuannya: 

1. Supaya ruang bekerja lebih luas dan efektif. 
2. Tetap nampak kemas walaupun tak sempat clearkan tempat tos pinggan.


Dan kali ni, saya pilih sinki daripada material table top ni sendiri iaitu solid surface sebab taknak ada leaking lagi masuk kabinet seperti yang mungkin berlaku pada sinki stainless steel {kes kalau tak seal betul-betul}.

Harga sinki solid surface ni mahal sikitlah berbanding stainless steel, RM 800 satu unit, tapi puas hati dan berbaloi sangat bagi saya untuk long-term-usage.

So, proses dia adalah cabut table top lama dan pasang table top baru yang dah siap built-in sinki.

Dua pekerja Recon Stone memulakan kerja. 
Diorang ni tak fasih BM, jenuh nak bercakap, tapi kerja bagus.

Table top lama dicabut.

Nampak tak kembang area sinki ni...masa tukar table top dengan Azmi Kedel dulu, diorang tak seal betul-betul ke macamana entah. Seal jadi mengecut dan air boleh masuk melalui sinki dan tepi-tepi table top. Kalau air tak masuk, tak kembanglah. 

Macam area hob memasak ni, mana kembang kan...sebab tu ok je kalau pakai kayu Sam ni sepatutnya.

So, diorang ganti terus kayu kembang tu dengan kayu yang baguih ni...

Mula nak pasang table top - pilihan saya masih solid surface warna putih. 

Soalan biasa orang tanya. Senang ke jaga warna putih? Ok ke pakai solid surface? Kenapa tak pakai granit atau marble

Jawapannya, senang je jaga walaupun warna putih. Saya tak pernah terfikir nak tukar warna lain pun sebab memang senang jaganya. Kalau ada tompok kunyit contohnya saya cuma spray cecair pemutih {contohnya Clorox} dan biar sekejap atau semalaman ikut tahap stain tersebut. Lepas tu bilas bersih-bersih dan hilang semua stain tu. Nantilah saya share kalau ada ambil gambar nanti. Tapi, nak ceritanya pakai solid surface putih ni senang je jaga dia.

Solid surface ni pula kalau disambung untuk jadikan bentuk-L bagi kabinet dapur bentuk L, bahagian sambungan tu kita tak akan nampak. Maksudnya flawlesslah gitu. Macam dia datang seketul L macam tu. Kalau granit atau marble sambungan tu akan nampak. Sebab tu saya pilih solid surface. Lagipun harganya jauh lebih murah berbanding granit atau marble.

Lagi satu, saya memang sengaja pilih warna putih yang PLAIN dan taknak ada corak-corak atas tu sebab nak ruang nampak luas dan taknak nampak macam sepah dengan corak-corak tu semua. Sejenis minimalis kaedahnya dan ke arah simpler life.

Diorang setelkan table top bahagian sinki ni dulu...hujung kiri tu nanti baru sambung ke table top untuk hob memasak pula.

Ni table top untuk hob memasak...

Sambung dua ni kang jadilah bentuk-L, dekat tempat sambung tu nantilah yang saya kata tak akan nampak apa-apa line...berbeza kalau pakai granit atau marble atau Mica...semua tu akan nampak line sambungan.

Tu tengah sambung...


Lama pasang macam ni supaya sambungan tu sekata.

Sementara tu, diorang buat lubang untuk paip air.

Siap pasang paip. Saya beli paip jenis fleksibel macam ni, senang nak gerak-gerak.

Sapu-sapu dulu sebab habuk dah terlalu tebal...rumah jangan cakap masa ni...berhabuk...

Sekarang nak buat lubang untuk pasang hob memasak pula...

Siap lubangkan.

Sambung proses meratakan sambungan tadi...

...dan melicinkan permukaan table top.

Ni pula bahagian dalam kabinet...diorang siapkan piping air sekali.

Dan cabut semua rak lama dalam tu untuk pasang divider dan rak baru.

Bahagian rak ni Ah Keong yang kena buat {Ah Keong yang buat laci hari tu}...tu dia tengah nak pasang divider dan rak baru.

Slowand steady dia buat kerja...sampailah siap.




Hasil akhir memang puas hatilah. Memang seperti apa yang saya nakkan. Ruang bekerja memang jadi lebih luas dan sangat-sangat efektif. Nak masak berdua pun boleh, takde laga-laga bahu dah. ;)))

Tapii tapiii tapiiiii.....untuk tujuan kedua tu iaitu sentiasa nampak kemas masih belum tercapai lagi masa ni...sobsss...adalah sebabnya...ceritanya panjang so saya kongsi lagi nanti ya. 

Sementara tu, salam Jumaat, selamat berhujung minggu dan...

 photo footer.png

Kemas Rumah Botol

$
0
0
Assalamualaikum wbt,

Hari ni saya nak share tentang purging'rumah' botol pula.

Botol ni sebenarnya bekas-bekas macam kat bawah ni. Biasa beli kuih-kuih ke, kerepek-kerepek ke, kan orang jual dalam bekas ni.

Ada macam-macam design, warna dan saiz sampai cacamerba jadi dapur. Kalau musim raya lagilah, melimpah-ruah dapur dengan bekas-bekas ni semua.

Untuk memastikan populasi bekas ni tak mengganggu ekosistem dapur {tudiaa}, saya akan pastikan bilangan yang ada mestilah tidak boleh melebihi daripada apa yang boleh muat dalam kabinet sahaja. Selebihnya, saya akan let-go.

Biasanya saya akan tinggalkan yang tutup merah ni je sebab bekas ni yang paling popular dan paling banyak ada kat dapur.

Inilah 'rumah' botol-botol ni...


Saya letak di wall cabinet sebab satu, bukan pakai harian. Dua sebab dia ringan, sesuai letak dalam wall cabinet. Yang berat-berat macam pinggan mangkuk kaca biasanya saya akan letak di base cabinet.

Boleh kira kan berapa je botol yang saya simpan. Saiz yang banyak-banyak tu pun saya narrow down kepada 3 saiz je. Besar, sederhana, kecil. 

Selebihnya saya let-go. Semua yang 'rasa-macam-pakai' ni biasanya akan dilupakan je. 

Bungkus elok-elok mana yang nak bagi pada orang. 

One man's trash could be another man's treasure.

Contoh bekas-bekas ni semua, kalau saya simpan dan akhirnya tak digunakan pun, ada baiknya saya bagi pada orang lain yang nak guna contohnya orang yang bisnes kerepek kan. Ada juga manfaatnya.

Apa yang saya nak sampaikan ialah, purging/sisih ni memang sangat penting bagi membantu kekemasan rumah sentiasa terkawal. Rasa-sayang-nak-buang tu boleh diubah dengan amalkan tips ni.

Macam contoh botol-botol ni kan, bukan saya buang semua. Saya simpan juga untuk kegunaan sendiri, tapi ada tipsnya. Contohnya, semua yang tak muat masuk kabinet saya let-go. Yang muat saja saya simpan. Tu pun belum tentu habis guna.

Sama juga cerita plastik hari tu. Limitkan 10 helai je untuk simpan setiap satu saiz. Yang lain let-go. Dengan cara ni, populasi barang-barang ni semua akan terkawal, tak beranak-pinak sampai takde tempat nak simpan dah. Nak kemas pun senang.

Korang simpan ke tak botol-botol ni? Ke pakai tupperware belaka ni...😖

 photo footer.png

Ok Ke Pakai Dishwasher Untuk Basuh Dan Tos Pinggan?

$
0
0
Assalamualaikum wbt,

Mula-mula nak bagi announcement sikit kepada peserta GA:

1. Dorsett Pink
7. Kak Yong
8. Lynd Abu Bakar
10. CIKCAPPUCCINOLATTE
12. Nisha
14. Aziah
16. suprmomnunu
17. Umi Arbee

Kena share entri GA tau. Klik je button share di hujung bawah entri tu. Nak share di fb boleh, di blog pun boleh. Tq kesayangans. :)

v
v
v

Seterusnya, cerita hari ni ialah - masa saya nak tambah kabinet laci, saya terfikir nak pakai dishwasher. Kiranya, nanti basuh pakai dishwasher dan letak jelah pinggan mangkuk dalam dishwasher tu.


Cerita dia macam ni, asal KC saya ni kosong je di nombor 1 kan. Washing machine kat nombor 2. Kemudian, saya beli dishwasher dan letak kat nombor 1.

Tak efektif sebab piping buang air dishwasher tak ada.

So saya alih dishwasher kat nombor 2 dan washing machine saya letak tempat lain.

So jadi kosong balik kat nombor 1 tu. Tu yang tambah kabinet laci.

Lepas projek tambah laci, jadilah kedudukan dia macam ni...


Dishwasher ni saya beli second hand je, tapi condition tiptop. RM 1.3k masa beli. Brand ELBA.

Harga dishwasher yang baru sangatlah mahal. Sekitar RM 3k ke atas. Bagi saya, tak berbaloilah untuk sekadar basuh pinggan je. Beli second hand macam ni pun dah ok. Janji cari yang elok. 

Tapi, kalau ada duit, ikutlah nak beli sepuluh yang baru pun - tak sapa marah aih ;p


Untuk yang nak pakai dishwasher, jenama ELBA ni pun dah ok sangat. 

Dishwasher secara general beroperasi seperti washing machine dan dia membasuh pakai air panas/suam {ada suhu dia}. Lepas tu, dia ada sabun khas {boleh DIY kalau rajin}. 

Dalam dishwasher biasanya ada dua tingkat macam dalam gambar. Tingkat atas boleh letak barang-barang yang kecil macam cawan-gelas-sudu. Tingkat bawah letak pinggan-mangkuk-periuk-belanga.

Selalu orang tanya - 

Periuk belanga segala bagai tu boleh ke masuk dalam dishwasher
Muat ke? 
Hilang ke kotoran dia? 
Bersih ke? 
Betul-betul bersih ke? 
Betul-betul shining ke? {amboihh ;P} 

Yalah, kita makan bukan macam orang putih. Lauk pauk kita semua jenis yang kadang tu susah nak sental, contoh periuk nasi, periuk gulai, kuali rendang, kan. Belum masuk cerita kuih-muih-kek segala bagai lagi.

So, jawapannya BOLEH aje. 

Periuk belanga kuali semua muat je dalam ni. 

Tapi, janganlah yang untuk masak kenduri tu hang sumbat...;p 

Kerak periuk nasi pun boleh hilang tapi dengan syarat kena rendam dulu bagi kerak tu lembut. Hasil basuhan memang bersih. 👍👍

Cuma kelemahan pakai dishwasher ni adalah - nak basuh satu cycle tu LAMAAAA...

Selalunya 30 ke 40 minit baru siap. 

Kalau jenis pinggan tak banyak, tengah nak makan kenalah tunggu kejap...hehe

Elektrik dan air pun pakai banyak. Macam mesin basuhlah. Ada air masuk, basuh-basuh-basuh, pastu air keluar. Nak basuh banyak-banyak kali satu hari pun rasa macam membazir pula. So, nak taknak kena basuh kat sinki. 

Macam kes saya ni, kononnya nak jadikan dishwasher sebagai tempat basuh dan tos pinggan sekaligus. Bila basuh lain kat sinki dah tak ada tempat nak tos. Nak letak dalam dishwasher nanti nak basuh yang lain macamana pula? Kena clearkan dulu pula, eh lecehhh pulaaa... 

Pening juga masa ni. Puas fikir nak buat macamana. 

-googled-

Saya cuba jugalah beli rak pinggan dua tingkat, lepas tu tiga tingkat, letak atas table top untuk tos pinggan tu semua. Maksudnya tak kacau dishwasher la. Macam gambar atas tu.

Tapi, semak sangat rasa. Sama macam pakai sinki 2-3 bowl dulu. 

Lepas tu ruang bekerja pun back to square one, terhad sebab letak benda tu. Tak ambil gambar pun masa ni sebab sakit mata sangat. heheh

Lepas perah otak -- tercetus idea nak buat kabinet tos pinggan! Bukanlah tambah kabinet pun, maksudnya modify je apa yang ada. Proses dia tu nanti saya kongsikan di entri lain. 

Kesimpulannya, bagi saya dishwasher ni bagus je, memudahkan kerja sangat-sangat. Tangan pun kekal halus dan mulus - tak kecut membasuh pinggan. ;p

TAPI tulah, ada pro-cons dia.

Ada yang lebih, ada juga kurangnya. 

Ikut masing-masing nak macamana. 

Kalau nak pakai juga - saya cadangkan:

1. Sediakan tempat tos pinggan lain untuk basuhan biasa di sinki.
2. Pastikan ada tempat untuk plug dan piping air {air masuk dan keluar}.
3. Jadikan rutin membasuh sekali je sehari di hujung malam waktu nak tidur. Esok bangun pinggan dah siap berbasuh.
4. Kena rajin clearkan pinggan yang dah basuh supaya nak basuh pinggan baru nanti senang.

Ada sesiapa ke pernah pakai dishwasher? Bak mai tengok sikit... 

Cerita 1 {KC awal}
Cerita 2 {baiki table top retak}
Cerita 3 {tambah kabinet laci}
Cerita 4 {sinki yang efektif}
Cerita 5 {dishwasher} --- hari ni!
Cerita 6 {tempat tos pinggan}
Cerita 7 {tempat gantung kain lap}

 photo footer.png

Motivasi Supaya Rajin Berkemas

$
0
0
Assalamualaikum wbt,

Perasan tak saya semakin rajin up status di FB page? ;);) Saya memang mengharap dapat reconnect balik dengan geng-geng apatah lagi otai-otai susun atur. Rasa macam ada satu kimia antara kita gituh. Sebab tu, dengan alasan - ada juga yang tiada blog dan facebook, maka saya siap buat instagram. Hehe. Sudilah kiranya follow untuk mereka yang tiada blog/fb. Doakan saya reti nak handle'rumah' tu pula ya. Kemain banyak rumahnya pun! -.-"

Rumah blog : https://susunatursioca.blogspot.my/
Rumah FB pagehttps://www.facebook.com/susunatursioca/
Rumah IG : https://www.instagram.com/susunatursioca/

Lepas tu, nak ucapkan TERIMA KASIH juga kepada semua yang join giveaway. Nanti saya terjah satu-satu ya - mengikut tahap masa yang saya ada. ;)

So, perkongsian hari ni ialah tentang macamana nak rajin berkemas?
Macamana nak maintain itu rajin?
Bahasa tinggi dia - macamana nak istiqamah?

1. JARINGAN NEURON PADA OTAK

Sebenarnya untuk istiqamah, ada kaitan dengan proses yang berlaku dalam otak kita.

Otak kita ni ada banyak bahagian. Dan dalam setiap bahagian tu ada berbilion sel. Sel-sel otak ni kita panggil neuron. Bila kita buat sesuatu contohnya berjalan, makan, tidur dan sebagainya - neuron kita akan membentuk jaringan bagi setiap perbuatan tersebut.

Contohnya berjalan, ada jaringan neuron berjalan.
Berlari, ada jaringan neuron berlari.
Berkemas, ada jaringan neuron berkemas.
Dan sebagainya.

Semakin kukuh jaringan neuron tersebut, maka semakin mudah untuk kita melakukan sesuatu perkara tu. Sebab tu bayi lahir-lahir belum terus berjalan. Neuron masa tu belum terbentuk. Makin besar, makin pandai sebab jaringan neuron mula membentuk dan kukuh.

Itulah juga yang kita banyak tengok orang iklan minumlah gini-gini - untuk memastikan sel-sel otak anda berhubung. Hah, inilah dia cerita neuronnya.

Sesuatu perkara tu akan jadi mudah - sekiranya kita dah tebiasa buat setiap hari sebab rangkaian neuron dalam otak kita telah kukuh.

Sel-sel otak telah berhubunglah maknanya.

2. BAGAIMANA UNTUK BERMULA?

Nak mula tu memanglah susah. Nak istiqamah lagi susah. Tapi lama-lama, dia akan jadi mudah. Sentiasa beritahu otak kita - nak buat gini gini - setiap hari.

Lakukan setiap hari sekurang-kurangnya selama sebulan. Ada yang panggil Teori 21 hari. Berapa lama nak buat sampai jadi biasa tu, bergantung individu. Ada yang cepat, ada yang lama. Tapi biasanya 30 hari lah puratanya {supaya jaringan neuron tadi kukuh}.

Sebab tu, banyak hikmah puasa kita disyariatkan selama SEBULAN.

Sekiranya kita berjaya menghabiskan madrasah Ramadan, sepatutnya kita juga akan berjaya mencorakkan habit-habit baru yang baik pada diri kita - contohnya bangun awal pagi untuk bertahajud atau bersahur.

3. KEPENTINGAN HABIT TRACKER

Bab istiqamah ni dinamakan juga sebagai 'Habit Tracker' dalam Bullet Journal orang putih. Diorang akan track sesuatu habit tu selama 30 hari - sampailah benda tu jadi kebiasaan pada diorang.

Tengok tu, dimulakan dengan wake up by 5.30 am.

Floss pun ada? One of a good habit kan, macam bersugi. 👍

15 min clean. Ringkas tapi cukup bermakna.

Laundry pun adooo...


Habit Tracker ni dalam Fixed Planner dinamakan Mutabaah Amal.

Mutabaah tu asal perkataan Arab tabaa yang bermaksud mengawasi/track. Dia lebih kepada nak fokus track amal ibadah dalam ni.

Kalau nak tambah urusan harian lain macam berkemas, boleh guna Bullet Journal {sebab tu penting ada Bullet Journal juga}. Takmau beli hat kami jual pun takpa, janji dapatkan seketul BJ untuk anda sendiri ok. Atau tulis je atas kertas kosong lagi senang.

4. ANAK TANGGA N.U.R.I. DAN MUJAHADAH

Analogi nak istiqamah ni macam naik anak tangga N.U.R.I.

Nak buat sesuatu tu kena naik anak tangga NIAT dulu.
Lepas tu, anak tangga USAHAkan untuk buat.
Lepas tu, anak tangga RUTINkan setiap hari.
Akhir sekali, anak tangga IKHLAS.

Dah sampai atas tu nanti senang dahlah. Nak naik tu yang payah - nak lawan graviti nak panjat tangga. Perlukan daya yang besar. Lagi tinggi tangga, lagi besar daya diperlukan.

Daya tu macam MUJAHADAHlah.

Saya bagi contoh - nak buat 15 min cleaning.

Mula-mula kena NIATkan la nak kemas 15 min setiap hari.
Kemudian USAHAkan untuk buat.
Setelah itu, jadikan RUTIN pula selama 30 hari.
Last sekali IKHLASkan hati supaya tak rasa terbeban masa berkemas tu. ;)

Setiap proses tulah yang perlukan mujahadah.

5. TAKE IT EASY!

Sebagaimana payahnya kita melawan graviti untuk mendaki anak tangga, sebegitu jugalah analogi kepayahan proses mujahadah tadi tu.

Cara untuk mudahkan sikit proses tu adalah dengan - take a small step at one time.

TAKE IT EASY kata orang kampung saya. ;p

Mulakan dengan yang kecil-kecil dulu. Jangan terus ok, hari ni nak kemas satu rumah setangga. Esok pun macam tu. Lusa pun semangat, sampailah seterusnya. Biar rumah cing cing berkilau katanya.

Ini bukan tak boleh.

Tapi, takut nanti semangat tinggal semangat je sebab akhirnya nanti akan jadi letih dan demotivated. Paling sadis bila langsung tak buat lagi dah lepas tu. huhu


Dia - biar sedikit tetapi berterusan - daripada banyak tapi sekali ja.

Sekian sahajalah bebelan tips dari hakak ya. Ni untuk telinga yang paling dekat pada tangan yang menaip ni. hehe 🙊😆

Semoga boleh TERUS rajin lepas ni ok! :)

 photo footer.png

Tempat Tos Pinggan Yang Efektif

$
0
0
Assalamualaikum wbt,

Bersua lagi kita dalam cerita bersiri my kitchen cabinet! :)


Last time saya kongsikan perihal dishwasher yang tak mampu untuk basuh dan tos pinggan secara efektif kan {sebab tak ngam dengan sistem saya - bukan sebab DW tu yang tak bagus ya}. 

So, dengan sedih hatinya saya pun let-go dishwasher tu... ;((

Bila dah let-go dishwasher, jadilah kosong balik kat situ. 

Saya pun alihkan kabinet laci yang baru tambah {yang belah kiri tu} ke tempat dishwasher dan jadilah macam kat bawah ni...


...di mana tempat laci lama tu saya buatkan tempat tos pinggan yang baru. 

Itulah HERO kita dalam cerita ni. ;)

Punya lama nak jawab sinki berapa bowl yang efektif...rupanya sebab inilah... 

Setelah beberapa kali perah otak dan pembetulan demi pembetulan dilalui, maka jawapan kepada sinki berapa bowl yang efektif adalah...

v
v
v
v

...sinki SATU BOWL dengan syarat mesti ada satu sistem tos pinggan yang juga efektif serta tersembunyi! 

So, kabinet tos pinggan atas tu kalau kita buka akan nampaklah seperti di bawah.


Ada dua rak besi atas bawah - yang sangat mencukupi untuk tos segala pinggan-mangkuk-periuk-belanga. Rak besi tu boleh slide {tak beli pun, ambil je dari tall unit consumables item saya}. 

Bahagian belakang kabinet tak berapa nak cunlah, sebab asal dia untuk letak laci kan. Takdelah buat cantik-cantik. Ni dah jadikan tempat tos pinggan malas pula nak baiki rupa dia tu. Lagipun saya ok je bab-bab kosmetik macam ni, janji tak kacau sistem.

Ada dua tingkat rak yang saya gunakan. Tingkat atas untuk pinggan-mangkuk-cawan-sudu yang kecil-kecil. 

Tingkat bawah untuk periuk-kuali dan lain-lain yang besar-besar.



Rak besi dalam tu untuk toskan pinggan-mangkuk-cawan-sudu yang kecil-kecil. Letakkan juga dulang tadah air bawah tu.


Ni keadaan tos pinggan bahagian atas. 

Sudu garfu saya letak dalam bekas Ikea warna merah belah kiri tu. Tak letak dalam laci dah macam saya pernah share kat ENTRI NI sebab dah re-organize lain laci tu.


Ni keadaan tos pinggan bahagian bawah. 

Saya letak alas tadah air juga bawah tu yang saya DIY sendiri je pakai corrugated paper {saya pernah guna corrugated paper DI SINI}

Saya DIY sebab bila cari kat kedai tak jumpa saiz yang saya nak {2' x 2'}. So, buat sendirilah jelah senang.

Dulang air ni special, boleh tarik keluar basuh. Air akan bertakung dalam ni dan tak akan rosakkan kabinet. Yang penting seal elok-elok masa DIY tu.



Guna rak besi sliding macam ni memudahkan untuk tos pinggan. Tarik dan letak je pinggan yang dah basuh. Bawah tu saya letakkan karpet supaya tak basah lantai. Pastikan pengudaraan juga baik ya. Boleh gunakan pintu yang berlubang supaya tak lembab dalam kabinet tu dan besi pun tak karat. 

Karat sikit-sikit tu biasalah...

So inilah view lepas membasuh...

Sentiasa kemas macam ni ke table top?

Mestilah tak selalu kemasnya pun...ada waktu sepah juga... 
Tapi sepah tu senang nak maintainlah.

Paling penting...yang selambak tos pinggan tu...macam biskut...

...now you see...

...now you don't... 

^____^

Terjawab sudah persoalan sinki yang efektif tu kan. Sinki satu bowl memang MAMPU menjadi sangat efektif! Dengan syarat - tempat tos pinggan juga mesti efektif. 

Mereka adik beradik - lain mak lain bapak. ;p


Dan tercapailah juga kedua-dua misi saya nak pakai sinki satu bowl iaitu:

1. Ruang bekerja menjadi lebih luas.

2. Table top sentiasa kemas. 

Tutup je tempat tos pinggan tu - nampak macam showroom semula dah dapurnya. ;)

Itulah yang saya katakan tentang pentingnya ada KABINET TOS PINGGAN. 

Macam saya ni bukan buat baru pun, cuma modify je apa yang ada. Tempat laci yang lama tu saya suruh Ah Keong {yang pasang laci hari tu} pasangkan pintu dan letakkan rak besi. Dah siap dah tempat tos pinggannya. 

Kos alih laci dan tambah pintu ni ialah RM600 {ingatkan free? hehehe}

❤❤❤

Sedikit tips kepada yang nak buat kabinet tos pinggan macam ni:

1. Letakkan kabinet tos pinggan ni di bahagian kanan anda. Jangan buat betul-betul di bawah sinki ya, nanti susah nak masukkan pinggan dah kita berdiri kat situ.

2. Sediakan alas takung air yang senang dibasuh {low maintenance}.

3. Gunakan pintu berlubang supaya ada pengudaraan yang baik.

4. Gunakan rak besi jenis sliding tahan karat.

Semoga perkongsian kali ni bermanfaat!

#remehtemehtapiselesai
#punyalamanaksetel

Cerita 1 {KC awal}
Cerita 2 {baiki table top retak}
Cerita 3 {tambah kabinet laci}
Cerita 4 {sinki yang efektif}
Cerita 5 {dishwasher}
Cerita 6 {tempat tos pinggan} --- hari ni!
Cerita 7 {tempat gantung kain lap}

 photo footer.png

Planner Sioca 2018 GIVEAWAY

$
0
0
-sticky post sampai tamat giveaway-

Assalamualaikum wbt,

It's GIVEAWAY time! {setelah sekian lama}

Tema planner tahun 2018 kali ni ialah - Cantik dan MURAH..!!

Tapi kalau nak FREE, jom join giveaway ni. ;D


Tahun ni seperti yang saya beritahu, ada dua jenis planner untuk maximize penggunaannya. Satu bullet journal, satu fixed plannerBullet journal seperti yang saya cerita sebelum ni, adalah istilah untuk orang yang plan sendiri planner dia. Yang dijual adalah cover dia iaitu A6 leather binder with 6 ring hole refill. Dalam dia, kertas putih ja. Yang bagusnya bullet journal jenis ni adalah - anda boleh refill seberapa banyak kali pun takpa. Kalau ada free printables juga boleh print dan masukkan dalam ni. Dan cover ni boleh pakai untuk tahun-tahun akan datang, cuma tukar kertas dalam je, jimat kan!

BULLET JOURNAL

✔A6 leather binder 
✔Color pink/blue 
✔Binder size 13 cm x 19 cm
✔40 sheets blank inserts
*Accessories in photos not included ya*

-klik gambar untuk besarkan-







Fixed planner pula kita tak boleh ubah-ubah. Apa ada dalam tu, guna je. Yang ni complete semua ada dalam tu, tinggal basuh kaki, pakai je. ;P Fixed planner ni saiz A5 {separuh A4} dan ada lebih kurang 200 muka surat berwarna serta dicetak menggunakan kertas berkualiti tinggi 80gsm. Ada banyak pilihan cover. Yang ni kulit biasa tau, bukan hardcover. Kebaikannya, dia lebih ringan dan senang dibawa.

FIXED PLANNER

✔A5 planner book
12 cover designs
✔208 colorful pages
✔Set Goal 2018
✔Calender 2018 & 2019
✔Calender Hijri
✔2018 Planning Chart
✔Info islamik dan trivia
✔Monthly plan
✔Weekly plan
✔Mood tracker
✔Exercise Log
✔Mutabaah Amal
✔Prayer times
✔Finance Tracker
✔Month review
✔Ramadan zone
✔Hafaz Quran in 365 days
✔52 Weeks (1 year) money saving
✔4pages free note (setiap bulan)
✔Cash flow duit bulanan

FIXED PLANNER COVER DESIGN 
-klik gambar untuk besarkan-







FIXED PLANNER INSIDE VIEW
-klik gambar untuk besarkan-






Monthly planner bawah ni pula tiba-tiba jumpa! Comel pula tu, terus borong. ;p  Ni best kalau jenis banyak appointments, meetings atau deadlines

MONTHLY PLANNER

A5 size {pink/blue}
✔A4 size (secretgarden/catlover) 
✔Beautifully designed first page (A4 size)
✔Calendar 2018/2019
✔Personal Details
✔Yearly Planner
✔12 month planner (with hijri dates too in A4 size)
✔Tel/Address List (A4 size)
✔2 beautiful lined pages
✔32 pages


A5 SIZE INSIDE VIEW
-klik gambar untuk besarkan-




A4 SIZE INSIDE VIEW
-klik gambar untuk besarkan-






HARGA PROMOSI

Bullet Journal + Fixed Planner

RM 80 sahaja!!  RM 80 sahaja!!  RM 80 sahaja!! 

FREE Monthly Planner (A4/A5) *selagi stok masih ada


JOINGIVEAWAY

1. Share entri ni di fb/ig/blog/etc. 

2. Isikan nama dan url fb/ig/blog/etc anda di widget Mister Linky di bawah.

3. Yang pertama isi Mister Linky akan dapat hadiah misteri.

4. Pemenang akan diumumkan pada 25 Disember 2017.

5. Kalau dah beli, menang pula, boleh hadiah kat orang lain. Kongsi kebaikan... :)

6. 10 LAGI PEMENANG akan dipilih melalui undian.

Pemenang 1 : Bullet Journal
Pemenang 2 : Fixed Journal
Pemenang 3 : A5 Monthly Planner
Pemenang 4 : A4 Monthly Planner
Pemenang 5 - 10 : Hadiah Misteri :)





#dahlamatakbuatgiveaway
#kalausalahtolongajarin
#jommerancang
#azamdanimpian2018
#jomberplanner

 photo footer.png

Tempat Gantung Kain Lap Yang Baru

$
0
0
Assalamualaikum wbt,

Saya dah terjah dan follow blog/fb peserta GA. Mana-mana sempat saya tinggalkan komen. Terima kasih korang yang sudi join dan jangan lupa share entri GA ya. Tq kesayangans.

Hari ni simple je entri sebab sibuk sangat dengan urusan planner. Alhamdulillah dah lebih 200pcs terjual. Oklah tu untuk beginner-beginner baru nak up macam hakak ni. Tu pun dah semput nak balut, tulis, pos segala.

Recall sikit ya:

Cerita 1 {KC awal}
Cerita 2 {baiki table top retak}
Cerita 3 {tambah kabinet laci}
Cerita 4 {sinki yang efektif}
Cerita 5 {dishwasher}
Cerita 6 {tempat tos pinggan}
Cerita 7 {tempat gantung kain lap} --- hari ni!

Kompleks sangat haih mana gantung kain lap pun nak jadi isu. Alaa, janganlah kecam kakak. Memang benda tu nak masuk fikiran juga. Bukan sengaja.

#remehtemeh
#tapipenting

Cuba cerita sikit kat hakak ni.

Kalau kain lap korang yang dah guna tu, korang letak mana?

Gantung ke, letak atas table top gitu je ke, basuh tiap kali guna ke {amboi cukup rajin} atau macamana?

Macam saya ni, guna kaedah sama je macam dulu.

Gantung je kat Bygel rail Ikea tepi kabinet ni.
Ni gambar masa belum renovasi kabinet {link}.


Lepas tambah kabinet, letak sini pula Bygel rail tu. Tersembunyi sikit.


Cannot see kan? ;)


Nampak tak ada lubang hitam kat belah kiri tu kan. 

Tu lubang tempat buang air basuh baju dulu {kan letak mesin basuh kat situ dulu kan}. Sekarang dah pindah mesin basuh tu. So lubang yang ada tu tutup je pakai soletep hitam supaya tak ada serangga atau haiwan perosak masuk. 

Mesin basuh dah alih ke ruang dobi. Dah ada ruang dobi tau sekarang yuhuuu...sila follow untuk dengar cerita pasal ruang dobi pula...ecece 👀 👀  

So, basically dekat Bygel rail nilah tempat gantung kain lap yang digunakan. Perah kering-kering dan gantung. Efektif sangat-sangat cara ni sebab;

1. Table top kekal kemas dan kering.
2. Gril tingkap clear daripada sebarang gantungan.

Korang pula buat macamana dengan kain-kain lap yang basah ni? Sharelah sikit...

 photo footer.png
Viewing all 60 articles
Browse latest View live